Back

Insurans One2Cover Kini Boleh Didapati di Aplikasi MAE dan Laman Web Maybank2u

EN BM

Pelanggan Yang Dihormati,

Kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran Insurans One2Cover, pelan perlindungan mikro-insurans mampu milik yang boleh didapati secara eksklusif di aplikasi MAE dan laman web Maybank2u. Diunderait jamin oleh Etiqa General Insurance Berhad, ia menawarkan perlindungan dengan kos serendah RM1 sebulan di samping kelebihan yang disenaraikan di bawah.

Perlindungan

Pelan A

Pelan B

Premium

RM12 setahun

RM30 setahun

Kematian Akibat Kemalangan

Dengan jumlah diinsuranskan sebanyak RM10,000

Dengan jumlah diinsuranskan sebanyak RM12,000

Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal Akibat Kemalangan

Dengan jumlah diinsuranskan sebanyak RM10,000

Dengan jumlah diinsuranskan sebanyak RM12,000

Transaksi Tidak Sah daripada Maybank2u/MAE

Kerugian kewangan akibat transaksi tidak sah daripada aplikasi MAE atau laman web Maybank2u yang disebabkan oleh penipuan dalam talian atau melalui laman web/aplikasi palsu.

Dengan jumlah diinsuranskan sehingga RM1,000

Dengan jumlah diinsuranskan sehingga RM3,000

Perlindungan Bagi Pembelian Dalam Talian

Perlindungan terhadap kerugian akibat pembelian dalam talian yang dibuat melalui laman web/aplikasi palsu.

N/A

Dengan jumlah diinsuranskan sehingga RM750

Perlindungan Penjagaan Telefon Bimbit

Perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan pada telefon bimbit anda akibat daripada kecurian ragut atau pecah rumah yang melibatkan premis atau kenderaan.

N/A

Dengan jumlah diinsuranskan sehingga RM750

 

Kelayakan

Pelan Insurans One2Cover terbuka kepada Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap Malaysia dan bukan warganegara dengan pasport yang sah, berumur 16 hingga 65 tahun.

Cara memohon

Melalui aplikasi MAE

  1. Dalam aplikasi MAE, tekan ‘Apply’
  2. Pergi ke tab ‘Insurance/Takaful’ dan pilih ‘One2Cover Insurance’
  3. Tekan ‘Apply’ untuk memohon

Melalui laman web Maybank2u

  1. Di halaman utama, klik ‘Apply’
  2. Pergi ke halaman insurans
  3. Pilih ‘One2Cover Insurance’ untuk memohon

Untuk maklumat lanjut tentang Insurans One2Cover, klik di sini.

Anda juga boleh meneroka pelan Insurans/Takaful kami yang lain di aplikasi MAE:

Jika anda belum memuat turun aplikasi MAE lagi, dapatkannya daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Ketahui lebih lanjut tentang aplikasi MAE di sini.

Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Perlindungan PIDM
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Etiqa General Insurance Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my)

Mengenai Etiqa General Insurance Berhad
Etiqa General Insurance Berhad ialah anak syarikat Malayan Banking Berhad, dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Semua manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak ini dilindungi oleh PIDM sehingga hadnya.