Back

Anda Kini Boleh Tetapkan Had Pembayaran dan Had Harian imteen di Aplikasi MAE

EN BM

Pelanggan Yang Dihormati,

Mulai 12 Januari 2026, kami akan melaksanakan penambahbaikan baharu secara berperingkat yang membolehkan anda menukar had pembayaran di aplikasi MAE.

Bagi pemilik akaun Imteen, anda juga boleh menukar had harian pembayaran, pemindahan dan tambah nilai di akaun Imteen melalui aplikasi MAE tersebut.

Kemudahan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memudahkan urusan perbankan anda. Jika anda memilih untuk menguruskan had melalui Maybank2u web, pilihan itu masih tersedia untuk anda.

Anda juga boleh menukar had pemindahan di aplikasi MAE untuk kemudahan tambahan.

Cara menukar Had Pembayaran anda melalui aplikasi MAE:

  1. Log masuk ke aplikasi MAE dan tekan ‘Settings’ (di bahagian kiri atas)
  2. Pergi ke tab ‘Pay & Transfer’, pilih ‘Pay’ dan pilih ‘Pay Limit’
  3. Pilih jenis pembayaran yang ingin anda tukar
  4. Tetapkan had harian baharu anda dari menu pilihan
  5. Tekan ‘Save Changes’ dan sahkan dengan Secure2u (hanya diperlukan untuk kenaikan had)

Cara menukar Had Harian Pembayaran, Pemindahan dan Tambah Nilai di akaun imteen melalui aplikasi MAE:

  1. Log masuk ke aplikasi MAE dan tekan ‘Settings’ (di bahagian kiri atas)
  2. Pergi ke tab ‘Pay & Transfer’, pilih ‘Daily Limit’, dan pilih ‘Pay, Transfer & Reload Daily Limit
  3. Tetapkan had harian baharu anda dari menu pilihan
  4. Tekan ‘Save Changes’ dan sahkan dengan Secure2u (hanya diperlukan untuk kenaikan had)

Nota Penting:
Sebagai langkah keselamatan untuk melindungi akaun anda, sebarang permintaan untuk menaikkan had pembayaran, pemindahan dan tambah nilai akan melalui tempoh bertenang selama 12 jam. Anda masih boleh membuat pembayaran sehingga had semasa dalam tempoh ini. Had baharu akan berkuat kuasa selepas tempoh bertenang tamat. Anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi MAE atau SMS apabila tempoh ini bermula dan berakhir.

Kami menggalakkan anda untuk:

  • Menyemak had harian anda bagi urusan pembayaran, pemindahan dan tambah nilai secara berkala
  • Menaikkan had hanya apabila benar-benar diperlukan
  • Memantau aktiviti akaun anda dan melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan

Jika anda mengesyaki seseorang telah mengakses akaun Maybank2u anda tanpa kebenaran, segera aktifkan Kill Switch melalui aplikasi MAE atau laman Maybank2u untuk menyekat akses sementara dan melindungi wang anda.