Back

MAE Memperkenalkan Saluran Baharu Untuk Memulakan Perancangan Persaraan & Legasi dengan Pengurus Perhubungan/Penasihat Kewangan Peribadi Anda

EN BM

Pelanggan Yang Dihormati,

Kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa anda kini boleh memulakan perancangan persaraan dan legasi (peninggalan harta pusaka) anda dengan Pengurus Perhubungan (Relationship Manager) atau Penasihat Kewangan Peribadi (Personal Financial Advisor) kami melalui saluran mudah di aplikasi MAE. Pelan Perlindungan Persaraan & Legasi Etiqa direka untuk membantu anda membina persaraan yang kukuh dan memastikan kelancaran peninggalan harta pusaka anda kepada generasi akan datang.

Dengan aplikasi MAE, anda kini boleh mendaftarkan minat anda dalam pelan perlindungan khas ini. Pengurus Perhubungan/Penasihat Kewangan Peribadi kemudiannya akan menghubungi anda untuk menyesuaikan pelan peribadi dengan matlamat dan keperluan anda. Perkhidmatan percuma ini disediakan tanpa sebarang kos tambahan dan memberi anda peluang untuk meneroka pelan tersebut secara terperinci sebelum anda membuat keputusan.

Semasa sesi perbincangan, anda akan mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai pelan yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Ciri

Perancangan Persaraan

Perancangan Legasi

Matlamat Utama

Untuk membiayai gaya hidup pada masa hadapan dan memastikan kebebasan kewangan semasa anda di usia emas

Membantu melindungi dan mewariskan harta anda kepada insan tersayang

Manfaat Utama

Aliran Tunai Terjamin: Dapatkan pendapatan tahunan untuk menampung perbelanjaan sara hidup dan hobi anda

Pemindahan harta yang lancar dan akses segera kepada dana: Pembayaran tunai sekali sahaja kepada orang tersayang anda

Contoh Pelan yang Ditawarkan

Smart Income Takaful/Smart Golden Life Insurance Plan: Menyediakan perlindungan pendapatan persaraan serta perancangan legasi

Smart Waris Takaful/Smart Wealth Insurance Plan:

Perlindungan kematian/kecacatan yang tinggi tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan untuk jumlah perlindungan sehingga RM4,000,000

Faktor ‘Hibah (pemberian)’

Tumpuan diberi kepada perancangan persaraan dan pengumpulan harta

Membenarkan Hibah (Pemberian), memastikan harta anda pergi terus kepada waris tanpa melalui proses perundangan yang panjang

Mengapa Anda Memerlukannya

Untuk membantu memastikan kekayaan anda kekal sepanjang persaraan dan memberikan ketenangan fikiran untuk anda dan keluarga anda

Untuk membantu menjamin masa depan kewangan keluarga anda dan menyokong kejayaan berterusan bagi perniagaan dan aset anda

 

Mulakan sekarang melalui aplikasi MAE:

  1. Di laman utama, tekan ‘Apply’.
  2. Pergi ke tab ‘Insurance/Takaful’ dan pilih ‘Retirement & Legacy’.
  3. Tekan ‘Talk to Us’.
  4. Isi butiran anda dan lengkapkan borang tersebut.
  5. Pegawai kami akan menyemak borang anda dan menghubungi anda untuk sesi perbincangan.

Jika anda belum memuat turun aplikasi MAE, dapatkannya daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Ketahui lebih lanjut tentang aplikasi MAE di sini.

Terima kasih.

Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Etiqa Life Insurance Berhad/Etiqa Family Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).