Back

Penggantian Kontrak Syariah bagi Kad Maybank Islamic (Konsumer & Komersial)

EN BM

Pelanggan Yang Dihargai,

Dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 26 Disember 2025, Maybank Islamic Berhad (Bank) akan mengganti kontrak Syariah semasa bagi Kad Maybank Islamic daripada Ujrah dan Qard kepada Komoditi Murabahah.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan industri untuk memperkukuh penyelesaian kewangan patuh Syariah, kontrak Syariah ini akan digantikan di seluruh bank. Inisiatif ini bertujuan memberikan penjelasan dan ketelusan yang lebih baik dalam amalan perbankan Islam, sekali gus memastikan keperluan kewangan anda dipenuhi dengan lancar. Penggantian struktur Kad Maybank Islamic bertujuan untuk menyelaraskan susunan kewangan dengan keperluan Syariah dan amalan terbaik industri.

Sila ambil perhatian bahawa walaupun berlaku penggantian kontrak Syariah, semua ciri serta manfaat kad kekal tidak berubah, dan tiada kos tambahan akan dikenakan kepada pelanggan.

Tindakan Diperlukan daripada Pihak Anda

Sehubungan dengan penggantian tersebut, anda diberikan pilihan seperti berikut:

Pilihan

Tindakan

Pilihan 1

Bersetuju dengan penggantian Kontrak Syariah. Tiada tindakan diperlukan daripada pihak anda.

Pilihan 2

Tidak bersetuju dengan penggantian dan ingin memilih untuk tidak meneruskan. Anda dikehendaki menghubungi Bank sebelum 23 Disember 2025 untuk melaksanakan pilihan ini.

Mekanisme untuk tidak bersetuju (hanya bagi Pilihan 2 di atas):

Kad Konsumer Islamic

Pilihan Opt-Out (Tidak Meneruskan)

Kandungan

Emel ke mibcards@maybank.com

Perhatian Pelanggan:

Sila pastikan anda menghubungi kami melalui alamat e-mel rasmi anda yang telah didaftarkan dengan Bank.

Subjek: Pilih Keluar daripada Penggantian Kontrak Syariah

Kandungan: Meminta untuk keluar daripada Pelaksanaan Penggantian Kontrak Syariah.

MIBCM<JARAK>OPTOUT<JARAK>NOTELEFON

Kad Komersial Islamic

Pilihan Opt-Out (Tidak Meneruskan)

Kandungan

Emel ke corpsvc@maybank.com

Perhatian Pelanggan:

Sila pastikan anda menghubungi kami melalui alamat e-mel rasmi Syarikat yang telah didaftarkan dengan Bank serta menggunakan kepala surat syarikat.

Subjek: Pilih Keluar daripada Penggantian Kontrak Syariah

Kandungan: Meminta untuk keluar daripada Pelaksanaan Penggantian Kontrak Syariah.

No. Kad: (1234 5678 1234 5678)

MIBCM<JARAK>OPTOUT<JARAK>NOTELEFON

 

Maklumat Lanjut

Sila kunjungi cawangan Maybank terdekat anda.

Mana-mana cawangan Maybank / Maybank Islamic

Hubungi Khidmat Pelanggan kami.

📞 1-300-88-6688 (Malaysia)

📞 +603-7844 3696 (Luar negara)

📧 mgcc@maybank.com

Soalan Lazim (FAQs)

Klik di sini

Kami menghargai sokongan berterusan anda.

Terima kasih kerana terus bersama Maybank Islamic Berhad.