Maybank Mengaktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada Pelanggan yang Terjejas di Semenanjung Malaysia
Pelanggan yang Dihargai,
Berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, dan susulan notis daripada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai hujan lebat yang berterusan, Maybank telah mengaktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Bantuan kewangan ini tersedia serta merta, bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Bantuan Kewangan Banjir ini direka untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir dan akan merangkumi, antara lain, penangguhan bayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Pelanggan boleh memohon Bantuan Kewangan Banjir melalui dua (2) saluran mudah seperti berikut:
- Emel ke floodrelief@maybank.com dengan menyertakan nama/nama syarikat, nombor kad pengenalan/pendaftaran perniagaan, nombor telefon, jenis pinjaman/produk (contoh: Pinjaman Perumahan, Pembiayaan Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Berjangka); Nombor kenderaan (untuk Pembiayaan Sewa Beli).
- Kunjungi atau hubungi mana-mana cawangan kami, Pusat Perbankan Komersial atau Pusat Pembiayaan Auto (yang berkaitan) di seluruh negara.
Bagi pelanggan PKS, mereka digalakkan untuk menghubungi pengurus perhubungan mereka untuk bantuan.
Selain itu, Bank juga menawarkan pengecualian yuran dan caj bagi perkhidmatan terpilih, seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak akibat banjir.
Sementara itu, cabang insurans Kumpulan Maybank, Etiqa, telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah kepada pemegang polisi insurans dan sijil takafulnya, tanpa memerlukan borang atau dokumen sokongan. Untuk membuat tuntutan, pemegang polisi atau sijil boleh:
- Hantar mesej teks, gambar atau video banjir kepada nombor WhatsApp 24 jam khusus Etiqa:
Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Penang, and Perlis:
011-1630 6646
Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, and Negeri Sembilan:
018-226 3288
atau
- Hubungi Talian Utama Tuntutan Banjir Etiqa:
Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Penang, and Perlis:
03-2692 8188
Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, and Negeri Sembilan:
03-4270 7735 / 03-4270 5068
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Banjir Maybank, sila layari www.maybank2u.com.my. Pelanggan juga boleh menghubungi Talian Utama Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 untuk bantuan lanjut.