Back

Kemas Kini Butiran Peribadi Anda di Maybank2u

EN BM

Pelanggan yang dihormati,

Kami menggalakkan anda untuk memastikan profil anda dikemas kini termasuk status dan butiran pekerjaan, alamat, nombor untuk dihubungi dan lain-lain. Ini boleh dilakukan dengan mudah melalui Maybank2u.

Kemas kini ini adalah penting untuk:

  • Memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan.
  • Untuk mengenal pasti dan mengesahkan akaun dan transaksi perbankan anda.
  • Memastikan kesahihan komunikasi bagi menerima arahan dan pengesahan transaksi daripada anda.
  • Menilai dan menawarkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan anda.

Kami memberi jaminan bahawa maklumat anda disimpan melalui langkah-langkah keselamatan yang memenuhi ciri-ciri kesematan dan sekuriti terbaik antarabangsa.

Untuk mengemas kini maklumat peribadi anda, sila lakukan langkah-langkah berikut:

1.

Login masuk di https://www.maybank2u.com.my

2.

Klik pada “Settings” di bahagian atas dan kanan skrin

3.

Kemas kini maklumat berkaitan. Jangan lupa untuk klik SAVE.

Untuk sebarang pertaanyaan lanjut, sila hubungi Maybank Group Customer Care di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau + 603 7844 3696 (luar negara).