Apakah Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)?
MIGA-i ialah akaun pelaburan emas patuh syariah Maybank yang membolehkan anda melabur dalam emas digital dengan ketulenan 999.9 tanpa perlu memegang emas fizikal dan bimbang tentang keselamatannya. Anda juga boleh memilih untuk menukar pelaburan emas anda kepada emas fizikal (daripada 1g hingga 1,000g).
Pelaburan emas telah lama menjadi satu strategi yang boleh dipercayai untuk mengatasi inflasi sambil meningkatkan kepelbagaian portfolio dengan mengurangkan pendedahan kepada risiko dan ketidaktentuan pasaran.
Manfaat melabur dalam MIGA-i
- Mampu Milik - Pelaburan pertama serendah RM10 setiap transaksi
- Mudah - Buka akaun anda dan beli atau jual emas melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u. Dapatkan pemberitahuan apabila anda mencapai keuntungan 10% atau lebih tinggi, atau tetapkan pesanan masa hadapan untuk membeli dan menjual emas secara automatik pada harga yang anda tentukan melalui laman web Maybank2u. (Klik sini untuk melihat Trend Harga Emas terkini)
- Pelaburan Selamat - Emas MIGA-i mempunyai ketulenan 999.9
- Harga Kompetitif - Perbezaan harga yang rendah dan harga pasaran masa nyata untuk membeli dan menjual emas.
- Penebusan Emas Fizikal - Anda mempunyai pilihan untuk menebus baki emas dalam akaun MIGA-i bagi mendapatkan emas fizikal dengan denominasi 1 gram sehingga 1,000 gram.