Kadar Istimewa Khas untuk Kakitangan Kerajaan Persekutuan Tetap & Kontrak
Tempoh Kadar Istimewa: 7 September – 7 Disember 2026
Tertakluk pada Terma dan Syarat
Nikmati urusan kewangan yang lebih mudah dengan Pembiayaan Peribadi-i khas untuk Kakitangan Kerajaan Persekutuan serendah
KAS* + 2.45%
Kelebihan
✔️ Bayaran bulanan melalui potongan gaji
✔️ Bayaran bulanan serendah RM108**
✔️ Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
✔️ Pembiayaan sehingga RM200,000 atau 20x gaji asas termasuk elaun tetap
(yang mana lebih rendah)
✔️ Kadar pembiayaan serendah 5.20% (KAS* + 2.45%)
*Kadar Asas Standard pada 2.75% setahun berkuat kuasa mulai 11 Julai 2025.
**Tertakluk pada Terma dan Syarat
Kelayakan
- • Warganegara Malaysia
- • Pendapatan sebulan minima RM3,000 (termasuk elaun tetap)
- • Berumur antara 21 hingga 55 tahun
- • Kakitangan Kerajaan Persekutuan tetap dan disahkan oleh majikan
- • Kakitangan Kerajaan Persekutuan Kontrak hanya terdiri kepada doktor perubatan dan pergigian, jururawat, ahli farmasi, pensyarah dan guru. Kakitangan kontrak harus melengkapkan sekurang-kurangnya satu tahun perkhidmatan
Yuran & Caj
- • Duti Setem: RM5 untuk setiap RM1,000 daripada jumlah pinjaman/pembiayaan
- • Pilihan Tambahan Perlindungan Insurans/Takaful
Caj yang dikenakan akan ditolak daripada jumlah pinjaman/pembiayaan
Jadual Pembayaran Untuk Kakitangan Kerajaan Persekutuan
Klik di sini untuk Jadual Pembayaran bagi Kakitangan Tetap Kerajaan Persekutuan (pendapatan bulanan RM3,000 hingga kurang daripada RM5,000)
Klik di sini untuk Jadual Pembayaran bagi Kakitangan Tetap Kerajaan Persekutuan (pendapatan bulanan RM5,000 dan ke atas)
Klik di sini untuk Jadual Pembayaran bagi Kakitangan Kontrak yang terpilih Kerajaan Persekutuan
Cara Memohon
Langkah 1: Muat turun dan isi Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi-i
Langkah 2: Lampirkan dokumen yang diperlukan:
- • Salinan Kad Pengenalan pemohon utama
- • Jika gaji dikreditkan ke Akaun Maybank: Penyata gaji 1 bulan terkini
- • Jika gaji dikreditkan ke akaun bank lain: Penyata gaji terkini untuk 3 bulan berturut-turut DAN Penyata Bank terkini untuk 3 bulan
- • Penyata KWSP/Borang EA/BE terkini
- • Surat pengesahan majikan
- • Penyata Penebusan (Redemption Statement) daripada Institusi Kewangan lain (jika berkenaan)**
** Penyata Penebusan (Redemption Statement) ialah dokumen undang-undang yang menyatakan jumlah akhir pinjamam/pembiayaan yang anda perlu jelaskan kepada pihak Institusi Kewangan
Langkah 3: Hantar borang permohonan yang lengkap bersama dokumen yang diperlukan ke cawangan Maybank yang terdekat.
Sebagai pilihan lain, anda boleh menghantar permohonan atau pertanyaan melalui e-mel ke salaryfinancing@maybank.com atau menghubungi kami di talian 1-300 88 6688.
Semua permohonan bagi Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic adalah tertakluk kepada penilaian kredit, kelulusan Maybank serta terma dan syarat lain yang berkenaan.
Sila ambil maklum bahawa Maybank tidak melantik mana-mana ejen atau agensi pihak ketiga untuk mempromosi atau menguruskan produk Pinjaman Peribadi-i Maybank. Semua urusan dan permohonan berkaitan produk Pinjaman Peribadi Maybank hanya boleh dilakukan secara langsung melalui cawangan Maybank, Kumpulan Khidmat Pelanggan Maybank atau laman web rasmi Maybank.
Sebagai pilihan lain, anda boleh menghantar permohonan atau pertanyaan melalui e-mel ke salaryfinancing@maybank.com atau menghubungi kami di talian 1-300 88 6688.
Selain itu, pelanggan diingatkan agar tidak berkongsi maklumat peribadi dan/atau maklumat berkaitan akaun mereka dengan pihak luar yang tidak sah bagi melindungi kepentingan mereka. Sekiranya terdapat keraguan, sila terus hubungi saluran rasmi Maybank.
Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan, sila hubungi Maybank secara langsung melalui cawangan Maybank, Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank atau laman web rasmi Maybank.