Back


Gunakan peluang keemasan ini untuk melabur dengan Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) secara dalam talian untuk peluang menang emas!


Bersedia untuk promosi dwidigit kami! Bermula 10.10, 11.11 dan 12.12, anda mempunyai masa selama seminggu untuk melabur dalam emas dengan MIGA-i dan berpeluang untuk memenangi emas digital. Mohon dan labur dengan mudah melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u sekarang untuk mula raih peluang kemenangan. Tertakluk pada terma & syarat.

Tempoh kempen:

  1. 10 Oktober 2025 - 16 Oktober 2025
  2. 11 November 2025 - 17 November 2025
  3. 12 Disember 2025 - 18 Disember 2025

Click here for English

19/12/2025

Kelebihan MIGA-i


Apa itu Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)?

MIGA-i ialah akaun pelaburan emas patuh syariah Maybank yang membolehkan anda melabur dalam emas digital dengan ketulenan 999.9 tanpa perlu memegang emas fizikal dan bimbang tentang keselamatannya. Anda juga boleh memilih untuk menukar pelaburan emas anda kepada emas fizikal (daripada 1g hingga 1,000g).

Pelaburan emas telah lama menjadi satu strategi yang boleh dipercayai untuk mengatasi inflasi sambil meningkatkan kepelbagaian portfolio dengan mengurangkan pendedahan kepada risiko dan ketidaktentuan pasaran.

 

Manfaat melabur dalam MIGA-i

Mampu Milik - Pelaburan pertama serendah RM10 setiap transaksi

Mudah - Buka akaun anda dan beli atau jual emas melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u. Dapatkan pemberitahuan apabila anda mencapai keuntungan 10% atau lebih tinggi, atau tetapkan pesanan masa hadapan untuk membeli dan menjual emas secara automatik pada harga yang anda tentukan melalui laman web Maybank2u. (Klik sini untuk melihat Trend Harga Emas terkini)

Pelaburan Selamat - Emas MIGA-i mempunyai ketulenan 999.9

Cara untuk sertai


Simpan tarikh-tarikh berikut! Hanya untuk seminggu sahaja, bermula pada tarikh dwidigit, melabur dengan MIGA-i untuk menang emas digital.

Cara untuk meraih penyertaan:

  • Melabur minimum 1g emas dalam satu transaksi dalam tempoh minggu kempen untuk meraih 1 penyertaan sah
  • Setiap emas 1g tambahan = 1 penyertaan tambahan
  • Eksklusif untuk pelanggan baharu MIGA-i: Buka akaun melalui aplikasi MAE dan labur minimum 1g = 1 penyertaan bonus

Tempoh pelaburan dan hadiah bulanan:

Tarikh Sah Transaksi

Hadiah

Senarai Pemenang

10 Oktober 2025 -

16 Oktober 2025

Emas digital 10g di MIGA-i (3 pemenang)

Nantikan

11 November 2025 -

17 November 2025

Emas digital 11g di MIGA-i (3 pemenang)

Nantikan

12 Disember 2025 -

18 Disember 2025

Emas digital 12g di MIGA-i (3 pemenang)

Nantikan

Para pemenang akan dipilih secara rawak.

Cara untuk mendaftar


Belum pernah guna MIGA-i? Buka akaun melalui aplikasi MAE untuk penyertaan bonus! Hanya ikuti langkah-langkah berikut untuk mula mendaftar:

Cara membuka akaun melalui MAE

Cara melabur dengan MIGA-i melalui MAE

Langkah 1: Tekan ‘Apply’ di sebelah bawah, penjuru kanan skrin

Langkah 2: Pilih ‘Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)’ dibawah tab Investments

Langkah 3: Ikuti arahan pada skrin dan isi borang permohonan

Langkah 4: Aktifkan akaun anda dengan membuat pelaburan pertama anda

Langkah 1: Pergi ke ‘Accounts’ dan pilih tab Wealth

Langkah 2: Pilih Gold Investment dan tekan ‘Buy’

Langkah 3: Masukkan jumlah pelaburan yang anda mahu lakukan dan siap!

 

Cara membuka akaun melalui laman web Maybank2u

Cara melabur dengan MIGA-i melalui laman web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u

Langkah 2: Klik ‘Apply’

Langkah 3:  Pilih ‘Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)’ untuk membuka akaun MIGA-i anda

Langkah 4: Aktifkan akaun anda dengan membuat pelaburan pertama anda

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u

Langkah 2: Klik ‘Wealth’

Langkah 3: Pilih ‘Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)’

Langkah 4: Klik ‘Buy Now’, masukkan jumlah yang anda mahu laburkan dan siap!

Terma dan syarat


Klik di sini untuk lihat Terma dan Syarat

Klik di sini untuk lihat halaman produk

Klik di sini untuk lihat Soalan Lazim (FAQs)

Klik di sini untuk lihat kadar semasa

*Maybank Islamic Berhad merupakan ahli PIDM. MIGA-i tidak dilindungi oleh PIDM.

*Klik di sini untuk lihat Risalah DIS PIDM.