Notis Kemas Kini Borang Permohonan Pembiayaan Perdagangan Islamik
Kepada Pelanggan Yang Dihargai,
Dalam usaha untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik, kami telah mengemas kini Borang Permohonan Pembiayaan Perdagangan Islamik (“Borang Permohonan”) tanpa sebarang kos tambahan kepada anda.
Borang Permohonan ini akan berkuat kuasa 21 hari selepas tarikh notis ini. Sementara itu, semua terma dan syarat lain dalam Surat Tawaran / Kemudahan anda akan kekal dan terus berkuatkuasa seperti sedia ada.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila kunjungi Transaction Banking Centre kami yang terdekat untuk bantuan.
Kami amat menghargai sokongan berterusan anda.
Terima kasih.
Nota: Notis ini hanya terpakai untuk Pelanggan dengan Kemudahan Pembiayaan Perdagangan Islamik.