Transfer Limit Management Now Available On The MAE App
Dear Valued Customers,
Starting 14 July 2025, you will be able to change your transfer limit directly on the MAE app. This update is part of our ongoing efforts to make banking easier for you. If you prefer to manage your transfer limit via Maybank2u web, that option is still available too.
To change your transfer limit on the MAE app, please follow these steps:
- Log in to your MAE app and tap ‘Settings’ (top left corner)
- Go to Pay & Transfer, select Transfer, then select Transfer Limit
- Tap your preferred transfer type
- Select your new daily limit from the dropdown menu
- Tap ‘Save Changes’ and verify with Secure2u (only required for limit increases)
Important Note:
As a security measure to protect your accounts, any increase in transfer limit will trigger a 12-hour cooling-off period. You can still continue to make payments up to your current limit during this time. Once the cooling-off period ends, your new limit will take effect. You will be notified via the MAE app or SMS when the period starts and ends.
We encourage you to:
- Regularly review your daily limits for transfer, payment, and reload services
- Only increase your limit based on your actual needs
- Monitor your account activity and report anything suspicious
If you suspect someone has unauthorised access to your Maybank2u account, quickly activate the Kill Switch via the MAE app or Maybank2u web to temporarily block access to your account(s) and protect your money.
Pengurusan Had Pemindahan Kini Tersedia Di Aplikasi MAE
Pelanggan Yang Dihormati,
Mulai 14 Julai 2025, anda boleh menukar had pemindahan terus dari aplikasi MAE. Kemudahan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memudahkan urusan perbankan anda. Jika anda memilih untuk menggunakan laman Maybank2u, pilihan itu masih tersedia untuk anda.
Cara menukar had pemindahan anda di aplikasi MAE:
- Log masuk ke aplikasi MAE dan tekan ‘Settings’ (di bahagian kiri atas)
- Pergi ke tab ‘Pay & Transfer’, pilih ‘Transfer’ dan pilih ‘Transfer Limit’
- Pilih jenis pemindahan yang ingin anda tukar
- Tetapkan had harian baharu anda dari menu pilihan
- Tekan ‘Save Changes’ dan sahkan dengan Secure2u (hanya diperlukan untuk kenaikan had)
Nota Penting:
Sebagai langkah keselamatan untuk melindungi akaun anda, sebarang permintaan untuk menaikkan had pemindahan akan melalui tempoh bertenang selama 12 jam. Anda masih boleh membuat pembayaran sehingga had semasa dalam tempoh ini. Had baharu akan berkuat kuasa selepas tempoh bertenang tamat. Anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi MAE atau SMS apabila tempoh ini bermula dan berakhir.
Kami menggalakkan anda untuk:
- Menyemak had harian anda bagi urusan pindahan, pembayaran dan tambah nilai secara berkala
- Menaikkan had hanya apabila benar-benar diperlukan
- Memantau aktiviti akaun anda dan melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan
Jika anda mengesyaki seseorang telah mengakses akaun Maybank2u anda tanpa kebenaran, segera aktifkan Kill Switch melalui aplikasi MAE atau laman Maybank2u untuk menyekat akses sementara dan melindungi wang anda