Back

Ciri Money Lock baharu kini boleh didapati di aplikasi MAE

Pelanggan yang Dihormati,

Kami berbesar hati ingin memperkenalkan ciri anti-penipuan kewangan terbaru kami — Money Lock.

Money Lock merupakan ciri perlindungan anti-penipuan kewangan pertama seumpamanya di aplikasi MAE. Ciri ini membolehkan anda mengunci dana di dalam Akaun Semasa atau Simpanan anda. Lapisan perlindungan tambahan ini memastikan dana di akaun anda selamat kerana perlindungan ini menghalang scammer dalam talian daripada mengakses dana yang telah dikunci secara digital.

Menerusi Money Lock, Maybank merupakan bank pertama di Malaysia yang membolehkan pelanggan mengunci dana secara digital dalam Akaun Simpanan dan Semasa pilihan mereka. Setelah anda mengaktifkan ciri Money Lock melalui aplikasi MAE dan mengunci dana anda, anda juga boleh meningkatkan jumlah dana yang dikunci pada bila-bila masa sekiranya ada kecemasan.

Sebagai perlindungan tambahan, anda hanya boleh membuka kunci pada dana atau mengurangkan jumlah yang dikunci di mana-mana ATM atau cawangan Maybank.

Untuk maklumat lanjut dan panduan buat Money Lock, klik di sini.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel mgcc@maybank.com.my.

 

FAQ

  1. Apa itu Money Lock?

Money Lock adalah lapisan perlindungan tambahan untuk melindungi wang anda dengan mengunci jumlah yang anda telah tetapkan dalam Akaun Semasa atau Simpanan. Anda boleh mengunci dana lebihan yang diluar peruntukan perbelanjaan harian anda. Dana yang dikunci tidak boleh diakses secara digital dan hanya boleh dibuka kuncinya melalui ATM atau cawangan Maybank.

  1. Adakah dana saya yang dikunci masih meraih kadar faedah?

Anda akan terus meraih kadar faedah pada dana walaupun ianya dikunci kerana dana tersebut masih sebahagian daripada baki akaun semasa atau simpanan.

  1. Bagaimana cara untuk mengunci dana saya?

Anda boleh mengunci dana melalui aplikasi MAE.

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE anda dan tekan 'Accounts'

Langkah 2: Pilih akaun yang anda mahu kunci dananya

Langkah 3: Setelah akaun dipilih, tekan ikon ‘Money Lock’

Langkah 4: Baca maklumat pada skrin dan tekan ‘Lock Now’ untuk mengunci dana anda

  1. Bagaimanakah cara membuka kunci dana saya?

Anda boleh membuka kunci dana di mana-mana ATM atau kaunter cawangan Maybank.

  1. Adakah saya boleh membuka kunci dana jika saya berada di luar negeri?

Anda hanya boleh membuka kunci pada dana di ATM atau cawangan Maybank sahaja. Sila rancang dan uruskan proses pembukaan kunci dana sebelum anda keluar negeri sekiranya anda perlukan akses ke dana yang dikunci.

  1. Apa yang akan terjadi apabila dana saya dikunci?

Apabila dana anda dikunci, dana tersebut tidak boleh digunakan untuk:

-Urusan pembayaran baharu atau sedia ada (seperti GIRO, arahan tetap atau pindahan pada tarikh akan datang)

-Pindahan ke akaun Maybank lain

-Pindahan ke akaun bank lain (seperti pindahan tempatan dan luar negeri)

-Pembayaran bil atau kad kredit

-Peletakan deposit tetap atau pelaburan

-Pembayaran semula pinjaman atau cukai

-Pembayaran cek

-Pengeluaran atau pindahan ATM

-Penggunaan kad debit

Harap maklum bahawa setelah dana anda dikunci, anda tidak mempunyai akses pada dana tersebut secara digital. Dana tersebut akan disimpan secara selamat sehingga anda bersedia untuk membuka kunci dana. Sila pastikan bahawa anda mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun anda untuk mengelakkan sebarang fi atau caj pembayaran lewat. 

  1. Akaun yang manakah layak untuk Money Lock?

Anda boleh gunakan ciri Money Lock untuk semua akaun Semasa dan Simpanan kecuali Akaun Master Foreign Currency (MFCA), Imteen dan akaun Bersama.

  1. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya masih ada transaksi atau pembayaran yang belum selesai tetapi baki akaun saya tidak mencukupi? 

Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun bagi mengelakkan fi atau caj pembayaran lewat.

 

Untuk dana yang dikunci

Jika anda mempunyai sebarang pembayaran yang telah dijadualkan/berulang atau arahan tetap

Untuk pembayaran yang telah dijadualkan/berulang atau arahan tetap, transaksi tidak akan diproses untuk bulan tersebut dan anda perlu membuat pembayaran secara manual. Akan tetapi, transaksi akan tetap berjalan untuk bulan yang berikutnya sekiranya dana mencukupi.

Jika anda ada sebarang fi atau caj

Untuk akaun semasa, fi akan ditolak dari akaun anda. Akan tetapi, jika baki akaun anda adalah negatif, caj tambahan akan dikenakan dan akaun anda akan digantung.

Untuk akaun simpanan, fi tidak akan diproses dan akaun anda akan digantung. Jika anda juga mempunyai Akaun Semasa, maka fi akan ditolak dari Akaun Semasa anda.

Jika anda mengeluarkan cek dan Bank menendang/memulangkan cek tersebut

Bank akan memulangkan cek dan caj tambahan akan dikenakan

Nota: Sekiranya Bank memulangkan cek anda, penerima cek tidak akan menerima dana tersebut.

  1. Bagaimana cara untuk membayar sebarang fi atau caj pembayaran lewat dalam akaun saya?

Anda perlu menambah dana secara manual ke akaun anda. Kemudian, pihak Bank akan menolak sebarang fi atau caj tertunda dalam akaun anda pada bulan berikutnya.

  1. Bagaimanakah saya boleh membuka kunci dana saya jika saya tidak mempunyai kad?

Anda perlu ke mana mana cawangan Maybank untuk membuka kunci dana anda.

  1. Berapa banyak dana yang boleh saya kunci?

Anda boleh mengunci dana serendah RM10 dan sehingga jumlah baki akaun semasa atau simpanan anda.

  1. Bilakah waktu operasi untuk Money Lock?

Anda boleh mengunci dan membuka kunci dana melalui ATM (6 a.m. sehingga 11.30 p.m.) atau di cawangan (9.30 a.m. sehingga 4 p.m.; klik di sini untuk senarai penuh waktu operasi).

  1. Berapa lama masa yang akan diambil untuk mengunci dana saya?

Permohonan anda akan diproses serta-merta. Kami akan menghantar notifikasi untuk memaklumkan bahawa dana anda telah dikunci.

  1. Berapa lama masa yang akan diambil untuk membuka kunci dana saya?

Pembukaan kunci dana adalah serta-merta.

  1. Bagaimana cara untuk meningkatkan jumlah dana yang dikunci dalam akaun saya? Bolehkah saya menghantar lebih daripada satu permohonan untuk mengunci dana dalam akaun yang sama?

Anda boleh meningkatkan jumlah dana yang dikunci pada bila-bila masa. Anda tidak perlu membuka kunci dana sebelum meningkatkannya.

Contohnya: Jika anda telah mengunci RM1,000 dalam akaun anda hari ini. Keesokannya, anda memutuskan untuk menambah RM5,000 ke dana yang dikunci. Untuk meningkatkan dana yang dikunci, hanya mohon semula melalui aplikasi MAE. Dana anda akan dikunci serta-merta dan jumlah dana yang dikunci akan dikemaskini ke RM6,000.

  1. Bolehkah saya membuka kunci sebahagian dana yang telah dikunci?

Ya. Anda boleh membuka kunci untuk sebahagian jumlah dana yang telah dikunci melalui ATM atau cawangan Maybank.