Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE mulai 4 Dis 2023 sehingga 20 Feb 2024
Click here for English
Pelanggan Yang Dihormati,
Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami adalah salah satu daripada penyedia perkhidmatan e-dompet di bawah inisiatif eMADANI yang dijalankan oleh Kerajaan. Program eMADANI bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat. Jadi, mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024, pelanggan Maybank yang layak boleh menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE mereka. RM100 eMADANI boleh digunakan untuk membuat pembayaran fizikal kod QR di mana-mana peniaga seluruh negara, termasuk peniaga-peniaga kod DuitNow QR daripada bank-bank dan e-dompet yang mengambil bahagian selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024.
Cara menebus RM100 eMADANI mulai 4 Disember 2023:
- Lancarkan aplikasi MAE
- Tekan ikon ‘eMADANI’ di halaman utama
- Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘submit’
- Anda akan menerima notifikasi apabila penebusan eMADANI RM100 anda berjaya!
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif eMADANI.