Back

Kemaskini Antara Muka dan Ciri-ciri terbaru aplikasi MAE.

Click here for English.

Para pelanggan yang dihormati,

Sukacita kami maklumkan yang aplikasi MAE telah dikemas kini dengan wajah dan ciri-ciri terbaru bagi untuk memudahkan pengalaman perbankan anda. Aplikasi MAE anda kini menyediakan paparan butiran akaun anda dengan lebih pantas untuk memberikan akses yang mudah kepada aktiviti perbankan anda melalui 8 butang ‘Quick Action’.

Mulai 28 Mei 2023, pengguna Android dan Huawei boleh menikmati pengalaman perbankan yang lebih baik dengan aplikasi MAE. Versi yang dikemaskini dengan fungsi perbankan yang dinaik taraf akan tersedia untuk pengguna iOS mulai 30 Mei 2023.

Sila kemas kini aplikasi MAE kepada versi yang terkini untuk menikmati fungsi-fungsi terbaru ini.

MAE

Soalan Lazim

  1. Adakah akaun saya akan terjejas dengan wajah baharu aplikasi MAE ini?
    Wajah aplikasi MAE diubah untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik. Semua akaun anda masih boleh diakses melalui aplikasi MAE. Anda juga boleh terus melakukan transaksi selamat di aplikasi ini melalui Secure2u seperti biasa.
  2. Bagaimanakah caranya untuk melihat wajah baharu aplikasi MAE?
    Untuk menikmati pengalaman baharu menggunakan aplikasi MAE ini, anda perlu memuat turun atau mengemas kini aplikasi MAE dengan versi terkini (v0.9.12) daripada Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
  3. Bolehkah saya mengubah rupa aplikasi MAE ke wajah yang dahulu?
    Tidak, wajah aplikasi MAE diubah untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik untuk melakukan transaksi di dalam aplikasi ini. Setelah dikemas kini, anda akan terus melihat wajah yang baharu untuk masa yang akan datang.
  4. Apakah ikon ‘Accounts’ baharu pada bar navigasi di bahagian bawah?
    Ikon ‘Accounts’ (dahulu dikenali sebagai ‘Maybank2u’) membolehkan anda melihat semua akaun (Current Account & Savings Account) yang dipautkan dengan ID M2U. Sebaliknya, anda juga boleh menekan 'View All Accounts' untuk mengakses semua maklumat akaun melalui halaman utama.
  5. Saya tidak boleh mencari butang ‘More’. Dimanakah ia sekarang?
    Anda boleh mencarinya dengan menuju ke halaman kedua ‘Quick Actions’ dan menekan ikon ‘View All’ untuk mengakses lebih banyak fungsi.
  6. Apakah perubahan penting yang dibuat di aplikasi MAE?
    • Di halaman utama, anda boleh melihat akaun utama anda (dahulu dikenali sebagai ‘Wallet’) untuk melihat maklumat dengan sekali imbas sebelum melakukan transaksi. Anda juga boleh menunjuk dan menutup baki akaun anda mengikut kehendak anda.
    • Terdapat lebih banyak fungsi di bawah ‘Quick Actions’ untuk kesenangan anda. Anda juga boleh mengubah kedudukan setiap fungsi mengikut keperluan anda.
    • Di halaman utama, anda juga boleh mengakses ‘Settings’, ‘Notifications’, ‘Apply’ serta daftar masuk dan keluar daripada aplikasi MAE dengan lebih senang.
    • Anda kini boleh menukar akaun utama anda dengan lebih mudah. Pergi ke ‘View All Accounts’ atau ‘Accounts’ > tekan akaun yang anda ingin jadikan akaun utama > ‘Manage’ > ‘Set as Primary’.