Back

Perkhidmatan tergendala: Tambah nilai dan pembayaran untuk Grab, Shopee, Lazada, Fave dan pedagang lain yang dipautkan ke akaun M2U

Pelanggan Yang Dihormati,

Untuk makluman anda, perkhidmatan tambah nilai dan pembayaran terus berjumlah melebihi had harian RM250 melalui akaun Maybank2u yang dipautkan akan tergendala buat sementara waktu bermula 10 Julai 2023.

Ini akan melibatkan pedagang-pedagang yang dipautkan kepada akaun Maybank2u anda seperti berikut:

  • Shopee
  • GrabPay
  • FavePay
  • Lazada Wallet
  • WePost
  • MyRapid Tap

Kami akan memaklumkan kepada anda sebaik sahaja anda boleh menambah nilai dan membuat pembayaran terus berjumlah melebihi had harian RM250.

Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan kami menghargai kerjasama anda dalam perkara ini.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank, Tel: 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).