Cara baharu untuk membuat pembayaran LHDN di MAE dan laman web Maybank2u
Click here for English
Pelanggan Yang Dihormati,
Anda kini boleh membuat pembayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui aplikasi MAE. Selain itu, pembayaran cukai LHDN melalui laman web Maybank2u juga telah dipermudahkan untuk anda.
Sebelum membuat pembayaran, pastikan anda memperoleh Nombor Bil anda terlebih dahulu. Caranya mudah, cuma log masuk ke mytax.hasil.gov.my dan klik pada 'Papar Nombor Bil'.
Setelah anda memperoleh Nombor Bil anda, berikut adalah cara untuk membuat pembayaran kepada LHDN:
Melalui aplikasi MAE
- Lancarkan aplikasi MAE dan pilih ‘Pay Bills’ di bahagian Quick Actions
- Tekan pada ‘Pay Bills’ di bawah New Payment dan cari ‘LHDN’ dalam senarai pengebil
- Masukkan Nombor Bil 16-digit (yang diperoleh daripada mytax.hasil.gov.my) dan sahkan butiran
- Sahkan pembayaran melalui Secure2u dan selesai!
Melalui laman web Maybank2u
- Log masuk, klik pada tab ‘PAY & TRANSFER’ dan pilih ‘Pay’
- Pada ‘Pay From’, pilih akaun untuk membuat pembayaran
- Di bawah ‘Payee’, klik pada ‘New Payment’ dan cari ‘Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)’
- Masukkan Nombor Bil 16-digit (yang diperoleh daripada mytax.hasil.gov.my) dan sahkan butiran
- Sahkan pembayaran melalui Secure2u pada aplikasi MAE dan selesai!
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Untuk pertanyaan lanjut, emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com