Back

Kami telah melanjutkan waktu operasi cawangan untuk membantu pelanggan mengakses perkhidmatan perbankan dalam talian pada aplikasi MAE

Click here for English

Pelanggan Yang Dihormati,

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengukuhkan keselamatan dalam talian dan melindungi pelanggan Maybank, kami memahami yang ketika ini anda mungkin sedang menghadapi kesukaran dalam proses perpindahan ke Aplikasi MAE. Peningkatan keselamatan ini adalah satu keperluan, tetapi mungkin terdapat beberapa kesukaran ketika mengaktifkan Secure2u dan juga isu-isu berkaitan berbilang ID Pengguna M2U.

Kepada pelanggan yang menghadapi kesukaran, kami telah melanjutkan waktu operasi kami pada minggu ini di cawangan-cawangan terpilih sehingga 6.00 petang pada hari bekerja dan sehingga 12.00 tengah hari pada hari Sabtu. Rakan sekerja kami di cawangan-cawangan tersebut sedia membantu anda dalam proses perpindahan ini.

Hari

Waktu Operasi Biasa

Waktu Operasi Lanjutan

Rabu, 26 Julai 2023

9.30 pagi – 4.00 petang

4.00 petang – 6.00 petang

Khamis, 27 Julai 2023

Jumaat, 28 Julai 2023

Nota: Cawangan-cawangan MBB di Kelantan dan Terengganu tidak beroperasi pada hari Jumaat.

Sabtu, 29 Julai 2023

Tutup

9.30 pagi - 12.00 petang

Untuk senarai penuh cawangan-cawangan terpilih yang beroperasi pada waktu lanjutan, sila klik di sini.

Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) jika anda mempunyai pertanyaan lanjut. Sebagai alternatif, anda juga boleh emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com.

Terima kasih.