Pengumuman Penting: Perkhidmatan Akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Akan Dipindahkan ke Aplikasi MAE
Klik disini, untuk Bahasa Inggeris.
Pelanggan yang Dihormati,
Bermula 7 Oktober 2022, perkhidmatan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di aplikasi M2U MY akan dipindahkan ke aplikasi MAE secara tetap untuk memberikan pengalaman perbankan mudah alih yang lebih baik kepada anda:
- Semakan baki akaun sendiri atau akaun anak
- Membuat pindahan ke akaun sendiri melalui ‘Favourites’
Yakinlah bahawa butiran akaun ASNB anda dan ‘Favourites’ yang telah disimpan juga akan dipindahkan ke aplikasi MAE. Berikut adalah cara untuk mengaksesnya:
Semak baki akaun:
Langkah 1: Buka aplikasi MAE dan pilih ‘Maybank2u’ daripada pilihan di bahagian bawah.
Langkah 2: Log masuk dengan menggunakan nombor PIN anda atau secara biometrik.
Langkah 3: Pilih tab ‘Wealth’ daripada pilihan di bahagian atas.
Langkah 4: Pilih ‘ASNB Accounts’ untuk semak baki akaun anda.
Pindahan ke akaun sendiri:
Langkah 1: Buka aplikasi MAE dan pilih ‘Transfer’ di pilihan 'Quick Actions'.
Langkah 2: Log masuk menggunakan akaun Maybank2u anda.
Langkah 3: Pilih tab ‘ASNB’ daripada pilihan di bahagian atas.
Langkah 4: Pilih akaun anda di ‘Favourites’.
Langkah 5: Masukkan amaun yang anda mahukan dan lengkapkan pindahan.
Lakukan pindahan baharu:
Langkah 1: Buka aplikasi MAE dan pilih ‘Transfer’ di pilihan 'Quick Actions'.
Langkah 2: Log masuk menggunakan akaun Maybank2u anda.
Langkah 3: Pilih tab ‘ASNB’ daripada pilihan di bahagian atas.
Langkah 4: Pilih ‘ASNB Transfer’ di bahagian ‘New Transfer’.
Langkah 5: Masukkan maklumat pindahan dan lengkapkan transaksi anda.
Kami sangat menyarankan anda untuk memuat turun dan melakukan transaksi melalui aplikasi MAE untuk pengalaman perbankan mudah alih yang lebih lancar. Aplikasi MAE boleh dimuat turun di:
Sebagai alternatif, anda boleh gunakan laman web Maybank2u:
Semak baki akaun:
Langkah 1: Log masuk ke www.maybank2u.com.my.
Langkah 2: Klik pada tab ‘Wealth’.
Langkah 3: Tatal ke bawah sehingga anda lihat ‘ASNB Amanah Nasional Berhad’ dan klik pada ‘View’ untuk semak baki akaun anda.
Pindahan ke akaun sendiri:
Langkah 1: Log masuk ke www.maybank2u.com.my.
Langkah 2: Klik pada ‘Pay & Transfer’ daripada pilihan di bahagian atas.
Langkah 3: Klik pada tab ‘Transfer’.
Langkah 4: Pilih ‘ASNB accounts’ di sebelah ‘Transfer To’.
Langkah 5: Pilih akaun anda daripada ‘ASNB Own Accounts’.
Langkah 6: Masukkan butiran pindahan dan lengkapkan transaksi anda.
Lakukan pindahan baharu:
Langkah 1: Log masuk ke www.maybank2u.com.my.
Langkah 2: Klik pada ‘Pay & Transfer’ daripada pilihan di bahagian atas.
Langkah 3: Klik pada tab ‘Transfer’.
Langkah 4: Pilih ‘ASNB accounts’ di sebelah ‘Transfer To’.
Langkah 5: Klik ‘New Transfer’.
Langkah 6: Masukkan butiran pindahan dan lengkapkan transaksi anda.
Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kami di mgcc@maybank.com.
Terima kasih.