Back

Pengumuman Penting: Pembaharuan - Tetapan Had Transaksi FPX Melalui Laman Web Maybank2u

Klik di sini untuk Bahasa Inggeris.

Pelanggan Yang Dihormati,

Harap maklum bahawa anda kini boleh menetapkan had harian untuk transaksi FPX anda di laman web Maybank2u. Anda boleh menukar had harian anda sehingga RM50,000* setiap hari dengan hanya mengikuti langkah-langkah berikut: 

LANGKAH 1: Log masuk ke laman web Maybank2u.
LANGKAH 2: Klik pada 'Settings' pada sudut kanan sebelah atas.
LANGKAH 3: Pilih tab 'Pay & Transfer'.
LANGKAH 4: Pilih 'FPX' dan tukar had anda.
LANGKAH 5: Sahkan melalui SMS TAC dan selesai!

Jika anda tidak melakukan perubahan pada had harian anda sebelum 16 Disember 2022, had tersebut akan ditetapkan pada RM3,000 secara automatik. Ini adalah salah satu usaha berterusan kami untuk menaik taraf sekuriti perbankan dalam talian anda.

*Amaun maksima bagi setiap transaksi adalah kekal iaitu RM30,000. Contohnya, jika anda telah menetapkan had harian pada RM50,000 dan anda melakukan transaksi berjumlah RM30,000 hari ini, anda masih boleh melakukan transaksi pemindahan sehingga RM20,000 pada hari yang sama. Pada hari seterusnya, had harian anda akan diperbaharui.

Terima kasih.