Back
Apply Now

Akaun Simpanan

Konvensional

Akaun Simpanan Asas

Akaun simpanan asas tanpa caj perkhidmatan atau penyelenggaraan

  • DEPOSIT MINIMUM

    RM20

  • BAKI MINIMUM UNTUK DIKEKALKAN

    RM20

EN BM

Simpanan Asas

Hanya RM20 diperlukan untuk menikmati faedah simpanan. Tiada caj perkhidmatan atau penyelenggaraan dikenakan.


Dengan akaun ini, anda akan mendapat:

  • Faedah ke atas baki akaun anda, tidak kira jumlahnya.
  • Tiada caj perkhidmatan atau penyelenggaraan jika baki minimum RM20 dikekalkan.
  • Penyata mini percuma.
  • Perbankan dalam talian melalui Maybank2u.com.

Pilihan pengeluaran:

  • Bayar ikut penggunaan:
    • 6 lawatan di kaunter (over-the-counter - OTC).
    • 8 pengeluaran wang tunai ATM percuma (pengeluaran ke-9 dan seterusnya dikenakan RM0.50).
    • Tiada caj untuk transaksi bukan tunai seperti semakan baki atau pindahan dana dalam Maybank.
    • 2 transaksi GIRO pertama melalui kaunter setiap bulan dikenakan caj RM0.50 setiap transaksi. Transaksi ke-3 dan seterusnya dikenakan RM2.00 setiap satu.
    • Tiada caj transaksi untuk GIRO yang dilakukan melalui M2U, M2U Mobile dan MyMobile.
  • Yuran tahunan: RM8
    • Transaksi OTC tanpa had.
    • Pengeluaran tunai ATM tanpa had.
    • 2 transaksi GIRO pertama melalui kaunter setiap bulan dikenakan caj RM0.50 setiap transaksi. Transaksi ke-3 dan seterusnya dikenakan RM2.00 setiap satu.
    • Semua transaksi GIRO melalui M2U, M2U Mobile, dan MyMobile adalah percuma.

         

*Akaun ini dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.

* Klik di sini untuk Risalah DIS PIDM.

Cara Memohon

Untuk semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap sahaja


Kunjungi cawangan Maybank terdekat dengan dokumen utama anda.

Akaun yang tersedia:

  • Akaun Simpanan Asas (BSA) – untuk individu dewasa berumur 18 tahun ke atas.
  • Akaun Simpanan Asas Amanah (BSA Trust) – untuk kanak-kanak di bawah 18 tahun dengan ibu bapa atau penjaga sah di bawah umur 60 tahun.
  • Akaun Simpanan Asas Remaja (BSA Minor) – untuk remaja berumur 12 tahun hingga di bawah 18 tahun.

Dokumen Utama Yang Diperlukan:

  • Kad Pengenalan Asal / Kad ID Polis atau Angkatan Tentera.
  • Sijil Kelahiran dan MyKid (untuk akaun amanah dan minor).

Kadar Faedah


Jumlah Simpanan Kadar Faedah (% p.a)
RM1,000 pertama 0.25
Lebih RM1,000 hingga RM10,000 0.25
Lebih RM10,000 hingga RM25,000 0.25
Lebih RM25,000 hingga RM50,000 0.25
Lebih RM50,000 hingga RM100,000 0.25
Lebih RM100,000 hingga RM200,000 0.30
Lebih RM200,000 hingga RM500,000 0.30
Baki seterusnya melebihi RM500,000 0.30

*Berkuatkuasa daripada 8 Mei 2023

Semua kadar faedah/dividen yang dinyatakan mungkin berubah tanpa notis terlebih dahulu. Sila hubungi cawangan Maybank terdekat untuk kadar terkini.

Mulai 1 Ogos 2022, pengiraan kadar faedah 'Split Tier' akan dilaksanakan. Kaedah ini memisahkan baki akaun mengikut kadar setiap jalur.


Klik di sini untuk Soalan Lazim.