Back


Hantar wang ke Singapura tanpa caj tambahan!

Pindahan dana ke Singapura kini lebih berbaloi!

Nikmati pengecualian caj RM10.80 (termasuk 8% SST) apabila anda menghantar minimum RM5,000* melalui Maybank Overseas Transfer di laman web Maybank2u atau aplikasi MAE.

Tempoh Kempen: 25 Jun 2026 - 31 Disember 2026

*Nota: Pindahan minimum RM5,000 untuk individu dan RM10,000 untuk pemilik tunggal.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Maybank Overseas Transfer.

01/01/2027

Mengapa gunakan Maybank Overseas Transfer?


Nikmati manfaat berikut apabila anda membuat pindahan dana dengan Maybank Overseas Transfer:

  • Kadar lebih rendah apabila anda menghantar minimum RM10,000
  • Pindahan masa nyata supaya penerima anda menerima dana dengan serta-merta
  • Penerima menerima jumlah pindahan sepenuhnya tanpa sebarang potongan
  • Had pindahan tinggi sehingga RM100,000 untuk individu dan RM150,000 untuk pemilik tunggal

Cara untuk membuat pindahan


Melalui aplikasi MAE

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE dan tekan ‘Transfer’

Langkah 2: Pergi ke tab Overseas dan pilih 'Overseas' di bawah New Transfer

Langkah 3: Pilih ‘Singapore’ dan akaun debit anda

Langkah 4: Masukkan jumlah, pilih SGD dan Maybank Overseas Transfer

Langkah 5: Ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan transaksi

Langkah 6: Luluskan pindahan melalui Secure2u dan pindahan anda selesai

 

Melalui laman web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u dan pilih ‘Pay & Transfer’

Langkah 2: Klik ‘Transfer To’ dan pilih ‘Overseas (FTT, Western Union, Visa Direct, Maybank Overseas Transfer)’

Langkah 3: Pilih ‘Singapore’ dan masukkan jumlah dalam SGD

Langkah 4: Pilih ‘Maybank Overseas Transfer’

Langkah 5: Isi butiran, setuju dengan terma dan klik ‘Confirm’

Langkah 6: Luluskan pindahan melalui Secure2u di aplikasi MAE dan pindahan anda selesai

Terma dan Syarat


  1. 1,600 pelanggan pertama setiap bulan layak menerima pengecualian caj perkhidmatan RM10.80 (termasuk 8% SST).
  2. Pengecualian caj perkhidmatan akan dikreditkan sebagai pulangan tunai ke akaun semasa atau simpanan/-i Maybank Malaysia berdaftar milik pelanggan yang layak dalam tempoh 90 hari selepas tempoh kempen.
  3. Tiada had bilangan kali bagi setiap pelanggan yang layak untuk menerima pengecualian caj perkhidmatan sepanjang tempoh kempen, tertakluk pada jumlah keseluruhan pulangan tunai yang tersedia untuk keseluruhan kempen.
  4. Untuk layak menerima pengecualian caj perkhidmatan, pelanggan perlu membuat pindahan minimum RM5,000 untuk individu dan/atau RM10,000 untuk pemilik tunggal.
  5. Pengecualian caj perkhidmatan ini hanya terpakai untuk pindahan dari Maybank Malaysia ke Maybank Singapura melalui Maybank Overseas Transfer sahaja.

Klik sini untuk terma dan syarat penuh.