Back


Untuk masa yang terhad, nikmati diskaun 20% untuk Laporan Skor MyCTOS pertama anda apabila anda membuat pembayaran dengan Maybank2u Online Banking dan gunakan kod promo ‘CTOSMAE’ di laman web CTOS.

Tempoh kempen: 18 Mei 2026 - 31 Ogos 2026

Tekan SINI untuk pembelian

Click here for English

01/09/2026

Cara menikmati diskaun


Dapatkan diskaun 20%* untuk pembelian anda apabila anda membuat pembayaran dengan Maybank2u Online Banking. Caranya mudah:

  1. Klik butang di bahagian 'Maklumat lanjut' di atas untuk layari URL unik kempen ini.
  2. Isi nombor Kad Pengenalan dan alamat e-mel anda.
  3. Klik pada 'I have a Promo code' dan masukkan kod 'CTOSMAE'.
  4. Klik 'Apply' dan 'Check out'.
  5. Pembayaran FPX akan dipilih secara automatik, klik 'Continue' untuk meneruskan pembelian.
  6. Setelah pembayaran selesai, sebuah skrin akan dipaparkan untuk membimbing anda melengkapkan pengesahan identiti elektronik (eKYC).
  7. Ikuti langkah-langkah untuk menerima Laporan Skor MyCTOS anda.

*Terhad kepada pembeli report kali pertama sahaja

Apakah CTOS?


CTOS (CTOS Data Systems Sdn. Bhd.) ialah sebuah syarikat swasta di Malaysia yang menyediakan laporan kredit yang digunakan secara meluas dalam sistem kewangan Malaysia. Bank, institusi kewangan, firma guaman dan perniagaan bergantung pada laporan CTOS untuk menilai kebolehpercayaan individu atau syarikat sebelum meluluskan pinjaman atau permohonan kredit.

Kelebihan laporan kredit


Mengapakah anda perlu laporan kredit?

  1. Pinjaman dan kelulusan kad kredit

    Laporan yang bersih meningkatkan peluang kelulusan dan menunjukkan bahawa anda seorang peminjam yang bertanggungjawab.

  2. Kadar faedah yang lebih baik

    Sejarah kredit yang kukuh boleh melayakkan anda mendapat kadar faedah yang lebih rendah, menjimatkan wang anda dari semasa ke semasa untuk gadai janji, pinjaman kereta atau pinjaman peribadi.

  3. Perlindungan penipuan dan identiti

    Menyemak laporan kredit anda secara berkala membantu anda mengesan kesilapan atau penipuan lebih awal, melindungi kesihatan kewangan anda.

Bilakah masa terbaik untuk mendapatkan laporan kredit?

  1. Dua bulan sebelum memohon pinjaman

    Ia boleh memberi anda gambaran sama ada pinjaman anda berkemungkinan diluluskan dan memberi masa untuk meningkatkan skor anda jika perlu.

  2. Sebelum keputusan kewangan yang besar

    Semakan laporan dapat membantu anda membuat pilihan yang menyeluruh apabila anda ingin membuat keputusan untuk komitmen besar seperti membeli rumah atau memulakan perniagaan.

  3. Setiap tiga bulan

    Sebaiknya anda membuat penyemakan setiap suku tahun. Ini dapat membantu anda mengesan penipuan dan memastikan anda sentiasa peka tentang kesihatan kewangan anda secara menyeluruh.

Terma & Syarat


  • Tawaran ini hanya sah untuk pembeli report kali pertama sahaja.
  • Pelanggan mesti memasukkan kod promosi - ‘CTOSMAE’ untuk menikmati diskaun 20%.
  • Pembayaran mesti dibuat melalui Maybank2u Online Banking (FPX).
  • Pelanggan dikehendaki melengkapkan proses eKYC dalam platform CTOS.
  • Untuk Terma & Syarat penuh, klik di sini.