Back

Soal Selidik Pengalaman Pelanggan Maybank 2026

EN BM

Pelanggan Yang Dihormati,

Di Maybank, kami komited untuk memberikan perkhidmatan bertaraf tertinggi dan terus meningkatkan pengalaman pelanggan, selaras dengan tujuan kami, “Menginsankan Perkhidmatan Kewangan”.

Kami amat menghargai penyertaan anda dalam Soal Selidik Pengalaman Pelanggan Maybank 2026. Maklum balas anda amat penting kepada kami dan akan membantu kami mengenal pasti kekuatan serta ruang penambahbaikan.

Untuk makluman, Maybank telah melantik Kantar Malaysia Sdn Bhd, sebuah firma perunding bebas, untuk menjalankan soal selidik ini. Soal selidik ini akan dijalankan melalui panggilan telefon menggunakan nombor yang disenaraikan di bawah atau secara dalam talian melalui Aplikasi MAE, dari Oktober hingga Disember 2026. Soal selidik ini dianggarkan mengambil masa antara 15 hingga 20 minit untuk dilengkapkan.

Nombor Telefon TetapNombor Telefon Bimbit
03-2774 1381 011-43713659
03-2774 1382 011-43913659
03-2774 1383 011-43763659
03-2774 1384 011-43063659
03-2774 1385 011-65453659
03-2774 1701 011-65473659
03-2774 1702 011-65403659
03-2774 1703  
03-2774 1704  
03-2774 1705  
03-7885 9451  

Peserta akan dipilih melalui kaedah persampelan rawak. Sekiranya anda terpilih, anda mungkin menerima panggilan telefon atau pemberitahuan melalui Aplikasi MAE yang menjemput anda untuk menyertai soal selidik ini.

Harap maklum bahawa anda tidak akan diminta untuk memberikan sebarang maklumat peribadi atau maklumat akaun. Semua maklum balas yang diberikan akan dirahsiakan sepenuhnya.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03 5891 4775, dari Isnin hingga Ahad, antara pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.