Tiada Yuran Ejen untuk Pemindahan Telegrafik Luar Negara (FTT) ke Cawangan Maybank di Luar Negara
Pelanggan Yang Dihormati,
Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa berkuat kuasa serta-merta, tiada Yuran Ejen akan dikenakan bagi Pemindahan Telegrafik Luar Negara (FTT) untuk dana USD yang dibuat ke cawangan Maybank luar negara yang disenaraikan di bawah, melalui laman web Maybank2u, Maybank2u Biz, atau aplikasi MAE.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian perbankan antarabangsa yang lebih lancar dan mudah untuk pelanggan kami.
Untuk senarai penuh entiti luar negara Maybank, sila rujuk jadual di bawah:

Untuk maklumat lanjut tentang Pemindahan Telegrafik Luar Negara , sila klik di sini.
Terima kasih.