Back

Kemas Kini Manfaat Rangkaian Centurion Lounge - Perubahan Polisi Akses dan Akses Lounge Baharu untuk The Platinum Card

EN BM

Para Ahli Kad yang Dihargai,

Berkuat kuasa 8 Julai 2026, terdapat kemas kini terhadap manfaat The Centurion Lounge Network di lounge terpilih di Amerika Syarikat, London (LHR), Tokyo (HND), Hong Kong (HKG), Sydney (SYD) and Melbourne (MEL) bagi Ahli The Platinum Card® Utama dan Tambahan yang layak.

Perubahan ini terpakai secara global bagi semua produk Kad American Express®.

Perubahan berikut akan berkuat kuasa mulai tarikh tersebut:

  • Kelayakan tetamu percuma akan dikemas kini daripada dua (2) tetamu kepada satu (1) tetamu bagi setiap Ahli Kad Utama dan Tambahan.
  • Semua tetamu hendaklah menaiki penerbangan yang sama dengan Ahli Kad (dengan tempahan yang disahkan).
  • Akses lounge semasa transit atau layover hanya dibenarkan dalam tempoh lima (5) jam sebelum waktu pelepasan penerbangan sambungan.

Terma dan Syarat yang dikemas kini bagi manfaat ini juga akan berkuat kuasa pada 8 Julai 2026.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai pemahaman anda.