Back

Makluman Mengenai Akta Sewa Beli Pindaan 2025

EN BM

Pelanggan Yang Dihormati,

Di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2025 (HPAA), kadar rata dan kaedah perakaunan peraturan 78 akan dimansuhkan untuk pelanggan baharu, menandakan peralihan besar dalam cara pengiraan pembiayaan sewa beli. Untuk memastikan keadilan bagi pelanggan yang membuat perjanjian sebelum HPAA atau dalam tempoh tangguh yang dibenarkan, Maybank/Maybank Islamik (secara kolektif dirujuk sebagai Maybank) akan menawarkan Diskaun Muhibah (Goodwill Discount) untuk penyelesaian awal perjanjian sewa beli kadar tetap ini.

Keutamaan kami adalah untuk memastikan setiap pelanggan berasa disokong dan dihargai semasa perubahan ini. Diskaun Muhibah (Goodwill Discount) ialah langkah seluruh industri yang direka untuk menyediakan pelanggan yang sedia ada, layanan yang setanding dengan pelanggan baharu dibawah HPAA, apabila mereka memilih untuk menyelesaikan pembiayaan sewa beli mereka lebih awal.

Perkara Utama

1) Siapa yang layak?

Individu dan perniagaan mikro atau kecil (PKS) dengan perjanjian sewa beli kadar tetap dan/atau yang menggunakan kaedah Peraturan 78:

  • Ditandatangani sebelum HPAA berkuatkuasa: atau
  • Ditandatangani dalam tempoh tangguh 18 bulan yang dibenarkan HPAA; dan
  • Yang memilih untuk menyelesaikan pembiayaan sewa beli mereka awal iaitu pada bila-bila masa sebelum pinjaman atau pembiayaan matang.

2) Kriteria kelayakan?

Ketika penyelesaian lebih awal, akaun hendaklah:

  • Tidak mempunyai tunggakan melebihi 90 hari;
  • Tidak berada di bawah tindakan undang-undang atau perintah pemilikan semula dikeluarkan; atau
  • Tidak berada di bawah penyusunan semula dan penjadualan semula sedia ada atau didaftarkan dalam program pengurusan hutang formal.

3) Apakah diskaun diberikan?

  • Diskaun Muhibah (Goodwill Discount) akan dikira berdasarkan ciri-ciri perjanjian sewa beli sedia ada (seperti masa penyelesaian awal dan strutur kadar) dan digunakan pada baki bersih yang dibayar. Hasratnya adalah untuk menawarkan kaedah penyelesaian awal yang secara amnya setanding dengan pendekatan d bawah HPAA.
  • Pengiraan tepat dan amaun Diskaun Muhibah (Goodwill Discount) mungkin diubah mengikut bank serta mengikut produk dan akan diterangkan kepada pelanggan semasa membuat permohonan untuk penyelesaian awal.

4) Tarikh berkuatkuasa?

Program Diskaun Muhibah (Goodwill Discount) akan berkuatkuasa bermula dari tarikh HPAA diwartakan. Pihak Maybank akan memaklumkan pelanggan sebaik sahaja HPAA berkuatkuasa.

5) Tempoh masa?

Program ini akan terus kekal sehingga semua perjanjian sewa beli pada kadar tetap di bawah peraturan 78 telah mencapai tempoh matang atau diselesaikan awal (anggaran 9 tahun, selaras dengan tempoh maksimum pembiayaan kenderan).

6) Apa yang perlu anda lakukan?

Pelanggan yang ingin menyelesaikan pembiayaan sewa beli mereka lebih awal akan diberikan butiran komprehensif semasa permohonan untuk penyelesaian awal berkenaan. Pelanggan yang meneruskan pembayaran mengikut jadual yang dipersetujui sehingga tamat tempoh, tidak akan terjejas oleh pendekatan Diskaun Muhibah (Goodwill Discount). Oleh itu, pelanggan boleh terus membayar ansuran yang sama seperti yang dipersetujui dan tidak perlu mengambil sebarang tindakan.


Sebaik sahaja HPAA berkuatkuasa, pelanggan digalakkan untuk melayari laman web rasmi Maybank (www.maybank2u.com) atau menghubungi Pusat Pembiayaan Auto/Hab Auto/ Pusat Panggilan Kumpulan Maybank, untuk maklumat lanjut.

Terima kasih di atas sokongan anda.