Had Transaksi Tanpa Sentuh Google Pay Baharu dan Transaksi untuk Pemegang Kad Maybank
Pelanggan Yang Dihormati,
Berkuat kuasa 27 Januari 2026, kami mengemas kini proses transaksi tanpa sentuh untuk semua Kad Maybank yang digunakan dengan Google Pay. Bagi pembelian melebihi RM250, anda tidak lagi perlu memasukkan PIN kad anda, menjadikan pengalaman pembayaran anda lebih lancar.
Walau bagaimanapun, had maksimum RM2,500 bagi setiap transaksi kini akan dikenakan. Untuk transaksi yang melebihi amaun ini, anda perlu menggunakan kad fizikal.
Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu:
Kad Kredit: Anda boleh terus melakukan pelbagai transaksi sehingga had kad kredit anda, dengan syarat setiap transaksi tanpa sentuh tidak melebihi RM2,500.
Kad Debit: Setiap transaksi tanpa sentuh dihadkan pada RM2,500. Transaksi akan ditolak sekiranya ia mencapai had pembelian harian yang telah anda tetapkan. Untuk keselamatan tambahan, anda boleh memilih untuk menurunkan had transaksi Google Pay anda di bawah RM2,500 dengan melaraskan had pembelian kad debit anda melalui platform M2U.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menulis kepada kami di mgcc@maybank.com.my atau hubungi kami di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara). Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Kami berharap dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada anda.