Back

Penutupan Cawangan & Pusat Perkhidmatan Maybank untuk Cuti Umum pada 15 dan 16 September 2025

EN BM

Pelanggan Yang Dihargai,

Kami ingin memaklumkan kesemua Cawangan dan Pusat Servis Maybank akan ditutup pada hari Isnin, 15 dan Selasa, 16 September 2025, selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri berkenaan cuti umum tambahan bersempena sambutan Hari Malaysia.

Sepanjang tempoh ini, anda boleh terus melakukan semua aktiviti keperluan perbankan seperti biasa melalui Maybank2u (web), aplikasi MAE, Maybank2u Biz (web & aplikasi) dan Maybank2E. Anda juga boleh menggunakan ruang terminal layan diri (Self Service Terminals) di cawangan Maybank terdekat kami untuk memenuhi keperluan perbankan anda.