Pelanggan yang dihormati,
Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Insurans/Takaful Pemilik Rumah & Isi Rumah kini boleh didapati di aplikasi MAE. Ketahui lebih lanjut di sini.
|
Insurans/Takaful Pemilik Rumah
|
Insurans/Takaful Isi Rumah
|
Apakah yang dilindungi
|
Polisi/sijil ini secara amnya melindungi struktur fizikal rumah anda. Ini termasuk:
- Bangunan utama (dinding, bumbung, lantai, tingkap)
- Lekapan dan pemasangan kekal
- Kawasan simpanan (garaj dan pondok)
- Bahagian luar (pagar utama dan pagar)
|
Polisi/sijil ini secara amnya melindungi isi kandungan dalam rumah anda. Ini termasuk:
- Barangan isi rumah (perabot, perkakas, barangan elektronik)
- Harta benda berharga (pakaian, barang kemas, hasil seni, peralatan)
|
Siapa yang boleh memohon
|
|
- Pemilik rumah
- Penyewa (untuk harta benda mereka)
|
Manfaat-manfaat
|
- Perlindungan tinggi sehingga RM5,000,000
- Diskaun dalam talian serta-merta
- Dapatkan diskaun 15% apabila anda memohon secara dalam talian
- Harga premium/caruman yang berpatutan
- Perlindungan serendah RM111.21 setahun*.
*Sumbangan/premium tahunan sebanyak RM111.21 adalah berdasarkan pelan asas dengan jumlah dilindungi/diinsuranskan sebanyak RM85,000 dan hanya untuk tujuan ilustrasi. Jumlah sebenar sumbangan/premium mungkin berbeza bergantung pada perlindungan yang dipilih, cukai yang dikenakan (contohnya SST 8%), serta penilaian pengunderaitan (jika berkenaan).
- Perlindungan kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh:
- Kebakaran, panahan petir atau letupan gas
- Banjir, paip pecah dan tangki air melimpah
- Bencana alam semulajadi seperti gempa bumi, taufan dan angin halilintar
- Kecurian dengan kemasukan secara paksa dan ganas
- Impak daripada kenderaan jalan raya atau binatang
- Perlindungan tambahan untuk merangkumi:
- Rusuhan, mogok dan niat jahat
- Tidak berpenghuni melebihi 90 hari
- Tanah runtuh dan penenggelaman tanah
|
Selain itu, kami juga menawarkan pelan perlindungan yang lain seperti:
Jenis-jenis pelan perlindungan
|
Kelebihan
|
Insurans/Takaful Kereta
|
- Perlindungan yang komprehensif untuk kereta termasuk pulangan tunai sehingga 30% dengan Etiqa Cashback by Driving Less.
- Bantuan kecemasan tepi jalan 24/7 dengan tunda percuma sehingga 200KM
|
Insurans/Takaful Motosikal
|
- Diskaun 10% serta-merta tambahan kepada Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda
- Permohonan pantas dan mudah
- Perlindungan untuk kemalangan, kebakaran, kecurian dan liabiliti pihak ketiga
|
Insurans/Takaful TripCare 360
|
- Nikmati diskaun sebanyak 25% jika anda mohon melalui aplikasi MAE / laman web Maybank2u
- Perlindungan bagi pelancongan antarabangsa dan domestik.
- Dapatkan duit pampasan sekiranya berlaku kelewatan penerbangan, pembatalan pelancongan, kehilangan bagasi dan bantuan perubatan kecemasan
|
Insurans/Takaful Personal Accident
|
- Pelan perlindungan mampu milik
- Perlindungan menyeluruh bermula serendah RM1 sehari
- Tidak perlu pemeriksaan perubatan
|
Insurans OneMedical
|
- Pelan kesihatan premium yang berpatutan dengan harga serendah RM41.36 sebulan
- Pengesahan segera — tidak perlu pemeriksaan perubatan
- Dapatkan perlindungan seumur hidup dengan had jumlah tuntutan tahunan sehingga RM150,000
|
Sekiranya anda masih belum memuat turun aplikasi MAE, dapatkannya daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi MAE, klik di sini.
Sekian terima kasih.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Manfaat-manfaat yang dibayar bawah produk yang layak dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi Etiqa atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).