Perkhidmatan ASNB di Saluran Digital, ATM dan Cawangan-Cawangan Maybank Tergendala Buat Sementara Waktu
Pelanggan Yang Dihormati,
Sila ambil maklum bahawa perkhidmatan dana ASNB akan tergendala buat sementara waktu di aplikasi MAE, laman Maybank2u, ATM dan cawangan-cawangan Maybank kerana ia sedang dalam proses penyelenggaraan berjadual dan pengiraan agihan pendapatan oleh Amanah Saham Nasional Berhad.
Sila rujuk tempoh perkhidmatan tergendala di bawah:
|
Dana |
Tempoh Tergendala |
|---|---|
|
Dana ASNB (ASB2, ASB3, ASM, ASM2, ASM3 dan lain-lain) |
27 Disember 2025, 2:00 pagi hingga 28 Disember 2025, 2:00 pagi |
|
Amanah Saham Berhad |
27 Disember 2025, 2:00 pagi hingga 31 Disember 2025, 11:59 malam |
Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, sila lakukan transaksi sebelum tarikh yang disebutkan di atas.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ASNB di 03 – 7730 8899 atau emel kepada asnbcare@pnb.com.my.
Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.