Back


Maybank dan MC+ kembali berganding bahu untuk membawakan pengalaman pembelajaran yang lebih eksklusif kepada pelajar SPM 2026


Seramai 500 pelajar terpilih yang telah berdaftar untuk ROARING SPM Seminar bakal menikmati sesi fizikal bersama tutor-tutor terkenal MC+, lengkap dengan teknik skor A, strategi peperiksaan dan motivasi terakhir sebelum menghadapi SPM 2026.

Rebut peluang anda dengan memulakan simpanan di dalam Tabung MAE dan namakannya “SPM2026”

Tempoh Kempen: 27 Julai 2026 - 21 September 2026

12/10/2026

Manfaat


๐ŸŽ“ Pengalaman Eksklusif Bersama MC+

Belajar secara bersemuka bersama tutor-tutor MC+ yang membantu ribuan pelajar cemerlang setiap tahun.

๐Ÿ’ก Teknik Skor A

Belajar strategi menjawab soalan, teknik pengurusan masa dan fokus kepada topik penting SPM.

๐Ÿ’ฐ Mulakan Tabiat Menabung

Simpan RM150 sepanjang tempoh kempen berlangsung dalam Tabung MAE dan jadikan simpanan anda tiket untuk merebut pengalaman ini.

Agenda


๐Ÿ“… Tarikh Seminar: 11 Oktober 2026

๐Ÿ“ Lokasi: Auditorium, Sasana Kijang

Aturcara: Akan diumumkan pada 1 September 2026 di laman rasmi Maybank2u ROARing SPM Seminar 2026.

Cara Sertai


  1. ๏ธPelajar perlu membuka Tabung dan namakannya “SPM2026” melalui aplikasi MAE dan dapatkan ganjaran tunai RM10* selepas pendaftaran berjaya.
  2. Daftar sebagai pelajar MC+ melalui aplikasi MC+.
  3. Simpan RM150 dalam Tabung “SPM2026” sepanjang tempoh kempen berlangsung dan sebelum tarikh tutup pendaftaran Seminar.
  4. Daftar Roaring SPM Seminar bersama Maybank yang akan dikongsikan oleh MC+, kepada yang berjaya mendaftar sebagai pelajar MC+.
  5. Selepas mendaftar, sahkan kehadiran anda ke Seminar SPM melalui eโ€‘mel RSVP yang akan dihantar daripada MC+ selepas tamat tempoh kempen.**
  6. Nantikan e-mel pengesahan kehadiran daripada Maybank, yang mengatakan anda telah berjaya mendapat tempat untuk ROARing SPM Seminar.

*Ganjaran tunai RM10 akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar dalam tempoh 45 hari bekerja selepas hari terakhir setiap bulan kempen mengikut tarikh pembukaan Tabung. Terhad kepada 5,000 peserta terawal dan pengumuman akan dibuat di laman rasmi ROARing SPM Seminar di Maybank2u apabila ganjaran ditebus sepenuhnya.

**Sebarang informasi adalah untuk tujuan pendaftaran, pemilihan pelajar dan emel pengesahan kehadiran untuk ROARing SPM Seminar dengan kerjasama MC+ sahaja.


Tarikh tutup pendaftaran:
21 September 2026

Tempat terhad – hanya 500 peserta sahaja akan dipilih secara rawak oleh MC+ untuk mendapat tempat untuk ROARing SPM Seminar!

Terma dan Syarat


  • Program ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Maybank dan MC+ dimana kandungan seminar dan tenaga pengajar dikendalikan oleh MC+, manakala Maybank bertindak sebagai rakan lokasi dan penganjur bersama.
  • Sebarang pertanyaan untuk program ini boleh ditujukan kepada Talian Khidmat Pelajar MC+ yang disediakan melalui aplikasi MC+.
  • Terbuka kepada pelajar yang akan menduduki SPM 2026 sahaja.
  • Kelayakan tertakluk kepada pendaftaran sah program Roaring SPM Seminar 2026 anjuran bersama MC+ dan memiliki akaun MAE Wallet aktif dengan simpanan minimum RM150 dalam Tabung “SPM2026” sebelum 21 September 2026.
  • Hanya 500 tempat disediakan dan pemilihan dibuat sepenuhnya oleh MC+ secara rawak, Maybank tidak terlibat dalam proses pemilihan peserta.
  • Sebarang perubahan tertakluk kepada terma dan syarat daripada MC+ yang akan dikongsi melalui e-mel atau laman sosial rasmi MC+.
  • Bagi pelajar di bawah umur lapan belas (18) tahun (“Bawah umur”), pelajar mesti mendapatkan kebenaran daripada Ibu Bapa dan/atau Penjaga yang sah untuk menyertai Seminar ini. Penggunaan aplikasi MAE adalah pengakuan kepada Maybank bahawa pelajar-pelajar di bawah umur telah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ibu Bapa dan/atau Penjaganya yang sah untuk menyertai Seminar ini. Terma dan Syarat ini akan terpakai bersama dengan Ibu Bapa dan/atau Penjaga pelajar-pelajar di bawah umur yang sah dan kesannya adalah sama seperti jika Ibu Bapa dan/atau Penjaga pelajar-pelajar di bawah umur adalah pihak yang bersetuju dengan Terma dan Syarat ini.

Soalan Lazim (FAQ)


  • Siapa yang boleh menyertai?
    Calon SPM 2026 yang telah mendaftar untuk Maybank Roaring SPM Seminar 2026 anjuran bersama MC+ dan mempunyai akaun MAE Wallet aktif dan berjaya menyimpan minimum RM150 dalam Tabung “SPM2026” sepanjang tempoh kempen.

  • Bagaimana saya tahu jika saya antara 500 yang  terpilih?
    Nantikan e-mel pengesahan kehadiran daripada Maybank, yang mengatakan anda telah berjaya mendapat tempat untuk ROARing SPM Seminar 2026.

  • Bagaimana saya boleh membuka MAE Wallet & MAE Tabung ?
    • Cari “MAE by Maybank2u” di Google Play Store atau Apple App Store.
    • Buka Aplikasi MAE dan pilih Sign Up.
    • Tekan pada MAE Wallet
    • Ikuti langkah seterusnya sehingga berjaya membuka akaun MAE Wallet.
    • Seterusnya, tekan ikon Tabung pada skrim utama.
    • Tekan “Create Tabung”
    • Namakannya “SPM2026”
    • Ikuti langkah seterusnya sehingga berjaya membuka Tabung MAE “SPM2026”.
    • Mulakan menabung anda!

  • Adakah seminar ini percuma?
    Ya! Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 500 peserta sahaja yang akan dipilih secara rawak oleh MC+, untuk mendapat tempat untuk ROARing SPM Seminar.

  • Apa yang perlu dibawa pada hari seminar?
    Bawa kad pengenalan (IC)/Passport, e-mel pengesahan kehadiran dan alat tulis.

  • Bagaimana saya boleh memastikan akaun MAE Wallet berjaya dibuka?
    Akaun MAE Wallet anda akan aktif serta-merta selepas pembukaan akaun.

  • Bolehkah saya menggunakan Tabung orang lain?
    Tidak dibenarkan, Pelajar mesti menggunakan Tabung MAE milik sendiri dan menyimpan minimum RM150 dalam Tabung “SPM2026”.