Back



MENANGI PROTON X50 DAN RM200 e-BAUCAR PETROL APABILA ANDA GUNA JUSTGO BERSAMA MAYBANK!

Pautkan cara pembayaran  Maybank pilihan anda ke aplikasi JustGO, bayar tol & rebut peluang menang!

Lebih banyak transaksi, lebih tinggi peluang anda.

Kategori Hadiah

Hadiah

Kriteria Kelayakan

Bil. Pemenang

Tempoh Kelayakan

Hadiah Utama

Proton X50 1.5 TD Flagship

Perbelanjaan Tol Layak yang terkumpul sepanjang Tempoh Kempen = 1 penyertaan

3 pemenang

12 Oktober 2026 to 28 Februari 2027

Hadiah Mingguan

e-Baucar Petrol RM200

100 Peserta Layak dengan Perbelanjaan Tol Layak tertinggi setiap Minggu Kempen (minimum RM10)

2,000 pemenang

(100 pemenang setiap minggu)

12 Oktober 2026 hingga 28 Februari 2027

(berdasarkan minggu kelayakan)

 

Tempoh Minggu Kelayakan adalah seperti yang dinyatakan dalam Terma & Syarat penuh

Tempoh Kempen: 12 Oktober 2026 hingga 28 Februari 2027

Cara Untuk Sertai


Langkah 1: Muat turun aplikasi JustGO, daftar & sahkan akaun

Langkah 2: Pautkan cara pembayaran Maybank pilihan anda sebagai kaedah pembayaran utama

Langkah 3: Daftar kenderaan anda

Langkah 4: Guna JustGO untuk bayar tol


Lebih banyak transaksi, lebih tinggi peluang menang!

Pengumuman Pemenang dan Penyerahan Hadiah


🚗 Pemenang Hadiah Utama (x3)

Pemenang Hadiah Utama akan dihubungi oleh Maybank melalui panggilan telefon dan/atau e-mel berdasarkan maklumat perhubungan yang disimpan dalam rekod Maybank. 

Pemenang akan diumumkan di platform media sosial rasmi JustGO, platform media sosial rasmi Maybank dan Maybank2u.com.my menggunakan nama dan/atau nombor kad pengenalan yang sebahagiannya disamarkan.

Pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah untuk menerima Proton X50 1.5 TD Flagship. Maklumat lanjut akan dimaklumkan pada tarikh kemudian.


🎁 Pemenang Hadiah Mingguan (x2,000)

Pemenang Hadiah Mingguan akan menerima e-Baucar PETRONAS bernilai RM200, yang akan dihantar oleh JustGO ke alamat e-mel yang berdaftar dengan Maybank.

Pemenang akan diumumkan di platform media sosial rasmi JustGO, platform media sosial rasmi Maybank dan Maybank2u.com.my menggunakan nama dan/atau nombor kad pengenalan yang sebahagiannya disamarkan, mengikut jadual pengumuman pemenang seperti di bawah:

Bulan Pemenang

Bulan Pengumuman

Oktober 2026

Disember 2026

November 2026

Januari 2027

Disember 2026

Februari 2027

Januari 2027

Mac 2027

Februari 2027

April 2027


Ingin mengetahui cara menebus e-Baucar anda? Sila rujuk Soalan Lazim  Kempen (FAQ) untuk panduan penebusan langkah demi langkah.

Terma & Syarat


  1. Setiap peserta berhak memenangi maksimum satu (1) Hadiah Mingguan dan/atau satu (1) Hadiah Utama sepanjang Tempoh Kempen.
  2. Peserta yang mencapai Jumlah Perbelanjaan Tol Layak terkumpul minimum RM10 sepanjang Tempoh Kempen akan layak menyertai cabutan bertuah Hadiah Utama, termasuk peserta yang telah memenangi Hadiah Mingguan.
  3. Semua hadiah adalah tertakluk kepada syarat kelayakan, terma dan syarat yang ditetapkan dalam Terma & Syarat Penuh di bawah.
  4. Maybank berhak untuk meminda, mengubah, menggantung atau menamatkan Kempen selaras dengan Terma & Syarat penuh.
  5. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara ringkasan ini dengan Terma & Syarat penuh, Terma & Syarat penuh akan terpakai dan mengatasi ringkasan ini.

Semua yang anda perlu tahu mengenai kempen ini: