Back

Pengumuman Penting: Perlaksanaan Semula Caj Transaksi Bagi Pengeluaran Wang Tunai Antara Bank

Klik sini untuk melihat laman ini dalam Bahasa Inggeris.

Pelanggan Yang Dihormati,

Sila maklum bahawa mulai 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran Wang Tunai Antara Bank di ATM akan dilaksanakan semula oleh semua bank.

Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj* di mesin ATM Maybank.

 

Nota*:

Pelanggan yang memilih untuk tidak membayar yuran tahunan, boleh menikmati lapan transaksi pengeluaran wang tunai percuma sebulan untuk Akaun Asas dan empat transaksi pengeluaran wang tunai percuma setiap bulan untuk Akaun Bukan Asas.