Back

Skim Bantuan Kewangan Maybank


Dikemaskini 7 April 2026:

Pelanggan yang dihormati,

Seiring dengan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik semasa, kami memahami bahawa anda dan perniagaan anda mungkin memerlukan bantuan kewangan. Kami komited untuk membantu anda dengan program-program berikut:

 

 

Semakan Ansuran Bulanan


Kami memahami bahawa terdapat pelanggan yang mungkin memerlukan bantuan berikutan peningkatan bayaran ansuran bulanan akibat perubahan kadar pinjaman/pembiayaan dan keadaan ekonomi semasa.


Bagi pelanggan individu dan perniagaan yang layak, pilihan bantuan berikut disediakan:



Pakej Bantuan:

  1. Mengurangkan ansuran bulanan kepada jumlah yang lebih rendah, atau
  2. Mengekalkan jumlah ansuran bulanan sedia ada, atau
  3. Bantuan bayaran balik untuk Kemudahan Perdagangan dan Overdraf/Cashline-i

    (Dokumen sokongan diperlukan sebagai sebahagian daripada permohonan.)


Sila ambil perhatian bahawa pilihan di atas mungkin mengakibatkan lanjutan tempoh pinjaman/pembiayaan.

Pelanggan boleh memilih untuk meningkatkan jumlah ansuran bulanan pada bila bila masa, dan tempoh pinjaman/pembiayaan akan diselaraskan sewajarnya.


Pembiayaan yang Layak:

  1. Pinjaman/Pembiayaan-i Perumahan
  2. Pinjaman/Pembiayaan-i Peribadi
  3. Pinjaman/Pembiayaan ASB-i
  4. Pinjaman/Pembiayaan Pendidikan-i
  5. Pinjaman/Pembiayaan Perniagaan Berjangka-i
  6. Kemudahan Perdagangan Perniagaan dan Overdraf/Cashline-i



Kelayakan


Untuk pelanggan individu yang memenuhi syarat kelayakan di bawah:

  1. mempunyai pinjaman/pembiayaan di bawah Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas atau Kadar Asas/Kadar Asas Islamik; DAN
  2. mempunyai pinjaman/pembiayaan yang telah dikeluarkan sepenuhnya dan ansuran masih dalam perkhidmatan.



Cara memohon



Sekiranya anda memohon pengurangan ansuran bulanan semasa atau bantuan bayaran balik, sila pastikan semua dokumen sokongan yang diperlukan disertakan bersama permohonan e mel anda.



Maklumat lanjut


Senarai dokumen yang diperlukan

Kehilangan pekerjaan

  • Salah satu daripada dokumen-dokumen yang berikut:

  1. Penyata KWSP (2020 & 2021); atau
  2. Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 & 2020; atau
  3. Penyata akaun bank (6 bulan terkini); atau
  4. Surat pemberhentian kerja daripada majikan terdahulu

 

Pekerja dengan pengurangan pendapatan

  • Salah satu daripada dokumen-dokumen yang berikut:

  1. Penyata KWSP (2020 & 2021); atau
  2. Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 & 2020; atau
  3. Slip gaji terkini dalam tahun 2021 (1 bulan) dan slip gaji (1 bulan) dalam tahun 2020; atau
  4. Surat pengesahan dari majikan

 

Individu yang berkerja sendiri dan mengalami pengurangan pendapatan

  • Salah satu daripada dokumen-dokumen yang berikut:

  1. Penyata akaun bank yang menunjukkan pengurangan pendapatan sebanyak 50% dalam dua tahun lepas; atau
  2. Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 & 2020

 

Individu yang berkerja sendiri dan perniagaan telah berhenti beroperasi

  • Salah satu daripada dokumen-dokumen yang berikut:

  1. Penyata akaun bank yang menunjukkan pengurangan/kehilangan pendapatan dalam dua tahun lepas; atau
  2. Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 & 2020

 

Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan Bantuan Pembayaran Balik Maybank

1. Untuk pelanggan yang mengalami pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%:

 

Pelanggan Individu

 

Pekerja yang mengalami pengurangan pendapatan

  • Salah satu (1) daripada dokumen-dokumen berikut:

  1. Slip pendapatan 1 bulan terkini DAN mana-mana slip pendapatan 1 bulan sebelum pengurangan pendapatan; ATAU
  2. Penyata EPF (2019 DAN penyata EPF terkini); ATAU
  3. Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 DAN Cukai Pendapatan Taksiran terkini
  4. Surat dari majikan anda yang mengesahkan pengurangan pendapatan

 

Individu yang berkerja sendiri dan mengalami pengurangan pendapatan

  • Salah satu (1) daripada dokumen-dokumen berikut:

  1. Penyata akaun bank yang menunjukkan pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50% dalam tempoh 2 tahun lepas; ATAU
  2. Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 DAN Cukai Pendapatan Taksiran terkini; ATAU
  3. Akuan Berkanun yang ditandatangan dihadapan dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah

 

PKS

 

  • Salah satu (1) daripada dokumen-dokumen berikut:

  1. Penyata akaun bank 3 bulan terkini; ATAU
  2. Penyata kewangan terkini perniagaan

 

2. Untuk pelanggan yang mengalami kehilangan pekerjaan

 

Pelanggan Individu

  • Salah satu (1) daripada dokumen-dokumen berikut:

  1. Surat pemberhentian kerja daripada majikan terdahulu; ATAU
  2. Akuan Berkanun yang ditandatangan dihadapan dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah; ATAU
  3. Penyata EPF (2019 DAN penyata EPF terkini); ATAU
  4. Penyata akaun bank (3 bulan terkini); ATAU

 

Individu yang berkerja sendiri dan perniagaan telah berhenti beroperasi

  • Salah satu (1) daripada dokumen-dokumen berikut:

  1. Penyata akaun bank yang menunjukkan pengurangan pendapatan dalam tempoh 2 tahun lepas; ATAU
  2. Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 DAN Cukai Pendapatan Taksiran terkini; ATAU
  3. Penyata kewangan terkini perniagaan; ATAU
  4. Akuan Berkanun yang ditandatangan dihadapan dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah;

 

Nota – Untuk pelanggan yang kehilangan perkerjaan atau sumber pendapatan sahaja yang layak untuk penangguhan pembayaran.

Senarai dokumen yang diperlukan untuk Permohonan Semakan Ansuran Bulanan

Pekerja

  • Salah satu (1) daripada dokumen-dokumen berikut:

  1. Penyata EPF (2021 DAN penyata EPF terkini); ATAU
  2. Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2021; ATAU
  3. Slip pendapatan 1 bulan terkini

 

Individu yang berkerja sendiri

  • Salah satu (1) daripada dokumen-dokumen berikut:

  1. Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2021; ATAU
  2. Penyata kewangan terkini perniagaan