Back

Perubahan Terhadap Penghantaran Penyata Akaun Semasa & Simpanan/-i

EN BM

Pelanggan yang dihormati,

Mulai 1 Januari 2027, penyata bulanan bagi Akaun Semasa dan Akaun Simpanan/-i peribadi tidak akan dihantar secara automatik melalui e-mel. Anda masih boleh melihat dan memuat turun penyata anda pada bila-bila masa melalui aplikasi MAE dan laman web Maybank2u.

Cara Melihat Penyata Anda

Aplikasi MAE

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Tekan ‘Accounts’ di bahagian bawah skrin
  3. Pilih akaun yang ingin anda lihat
  4. Tekan ‘View Statements’ (leret ke kiri pada ikon-ikon tersebut jika tidak kelihatan)

Laman web Maybank2u

  1. Log masuk di www.maybank2u.com.my
  2. Klik pada akaun yang ingin anda lihat
  3. Pilih ‘View Statements’

Jika anda ingin terus menerima penyata melalui e-mel, anda boleh mengaktifkan pilihan ini menerusi ciri tetapan mulai 1 Januari 2027 melalui langkah-langkah berikut:

  • Aplikasi MAE*: 'Settings' > 'Profile' > 'Email' > 'Add Email Statement'
  • Laman web Maybank2u: 'Settings' > 'Accounts' > 'Email Statement Delivery' > 'Add Email'

*Nota: Sila pastikan aplikasi MAE anda telah dikemas kini kepada versi 0.9.52 atau terkini untuk mengaktifkan penghantaran penyata melalui e-mel.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang bantuan, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di mgcc@maybank.com.my atau hubungi kami di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

Terima kasih.