Back

Pembukaan Akaun ASNB dan Pelaburan Dana melalui Aplikasi MAE

EN BM

Pelanggan yang dihormati, 

Sukacita dimaklumkan bahawa pelabur baharu kini boleh membuka akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) terus melalui aplikasi MAE. Ciri baharu ini bertujuan untuk memudahkan perjalanan pelaburan anda.

Pelabur baharu dan sedia ada boleh membuat pelaburan ke dalam pelbagai dana ASNB dan mengurus akaun ASNB melalui aplikasi MAE. Bagi pelabur ASNB yang belum menghubungkan akaun ASNB mereka dengan aplikasi MAE, sila klik di sini untuk mengetahui caranya.

Kenapa anda perlu membuka akaun ASNB melalui MAE:

  • Mudah: Buka akaun anda dalam beberapa minit sahaja, tidak perlu ke cawangan
  • Mampu Milik: Pelaburan bermula serendah RM10
  • Pengurusan Menyeluruh: Semak dan urus kewangan bersama Maybank, termasuk ASNB, melalui satu aplikasi

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas

Cara membuka akaun melalui aplikasi MAE

Kaedah 1

Kaedah 2

  1. Tekan ikon 'Apply'
  2. Pergi ke tab 'Investment'
  3. Tekan ‘ASNB Account’ dan ikut arahan pada skrin
  1. Tekan ikon 'Accounts'
  2. Pergi ke tab 'Wealth'
  3. Tekan ‘ASNB Accounts’ dan ikut arahan pada skrin

Cara membuat pelaburan ASNB melalui MAE

  1. Tekan ikon 'Accounts'
  2. Pergi ke tab 'Wealth'
  3. Tekan 'ASNB Accounts' dan pilih 'Top up Fund' atau 'Subscribe New Fund'

Jika anda belum memuat turun aplikasi MAE lagi, sila muat turun daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery anda. Ketahui lebih lanjut tentang aplikasi MAE di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pelaburan & Akaun ASNB, klik di sini.