Penambahbaikan Manfaat Kad Caj Emas Maybank American Express
Para Ahli Kad yang Dihargai,
Berkuat kuasa 14 Ogos 2026, kami dengan sukacitanya memperkenalkan penambahbaikan manfaat bagi Kad Caj Emas Maybank American Express®, yang direka khas untuk memberikan nilai harian yang lebih baik serta ganjaran gaya hidup yang lebih menarik.
Penambahbaikan akan berkuat kuasa seperti berikut:
|
Kategori |
Manfaat Semasa |
Manfaat Baharu |
|---|---|---|
|
Kadar Perolehan Mata Ganjaran* |
2X Mata Ganjaran Membership Rewards (MR) bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di dalam dan luar negara. |
3X Mata Ganjaran Membership Rewards (MR) bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara. 2X Mata Ganjaran Membership Rewards (MR) bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di dalam negara. |
|
Tiada tempoh luput bagi Mata Membership Rewards |
Tiada tempoh luput bagi Mata Membership Rewards |
|
|
Pulangan Tunai |
Tiada |
Pulangan Tunai 10% bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di dalam dan luar negara, dengan had maksimum RM30 sebulan, untuk perbelanjaan hiburan dan gaya hidup terpilih, termasuk:
Tiada had minimum atau maksimum perbelanjaan. Transaksi yang layak akan dikenal pasti berdasarkan Kod Kategori Pedagang (MCC) yang berkenaan serta keterangan pedagang. Semua Pulangan Tunai adalah tertakluk kepada kriteria kelayakan, had bulanan serta terma dan syarat yang berkuat kuasa. |
*Transaksi utiliti, pendidikan, Pelan Ansuran EzyPay/-i dan insurans akan terus memperoleh 1X Mata Ganjaran Membership Rewards bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, sama ada di dalam atau luar negara. Sila ambil maklum bahawa transaksi yang melibatkan agensi kerajaan, JomPAY, FPX, tambah nilai e-dompet dan MyCDD masih tidak layak memperoleh Mata Membership Rewards.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui e-mel di mbbcardservices@maybank.com.my atau hubungi 1-800-88-9559 (Malaysia) atau +603-78443595 (luar negara).
Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Kami komited untuk terus menambah baik pengalaman penggunaan kad anda dengan menawarkan lebih banyak nilai dan ganjaran.