Back
Talk To Us

Overview

  


Pelabur dinasihatkan untuk membaca dengan teliti dan juga memahami maklumat yang disertakan dalam Terma dan Syarat serta Pek Maklumat Sukuk Prihatin sebelum membuat keputusan untuk melabur. Terma dan syarat utama Sukuk Prihatin dapat diringkaskan seperti berikut:

   

Penerbit


Kerajaan Malaysia (“Kerajaan”).

Instrumen


Sukuk Prihatin (Tanpa sijil).

Kegunaan Terimaan


Terimaan daripada Sukuk Prihatin akan disalurkan kepada Kumpulan Wang COVID-19 untuk membiayai langkah-langkah yang diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi dan pemulihan pasca pandemik COVID-19. 

Saiz Sukuk


Sehingga RM500 juta dalam nilai nominal.

Tempoh Langganan

   


Dari 18 Ogos sehingga 17 September 2020.

Tarikh Terbitan


22nd September 2020.

Prinsip Islamik


Komoditi Murabahah (melalui Tawarruq).

Tempoh / Tarikh Matang


Sukuk Prihatin akan bertempoh matang 2 tahun dan akan matang pada 22 September 2022.

Pelabur Sasaran


Rakyat Malaysia dan Syarikat Korporat yang layak.

Kadar Keuntungan kepada Pelabur


2.0% setahun (tetap sepanjang tempoh matang).

Kekerapan Bayaran Keuntungan kepada Pelabur


Suku tahunan dari Tarikh Terbitan. Bayaran keuntungan akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun Pemegang Sukuk oleh Bank Agihan Utama.

Amaun Langganan Minimum dan Maksimum


Setiap permohonan/langganan (permulaan ataupun berikutnya) mestilah sekurang-kurangnya dalam nilai minimum RM500 dan gandaan RM100. Tidak terdapat had langganan maksimum bagi Sukuk Prihatin.

Penebusan


Amaun Prinsipal akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun Pemegang Sukuk pada tarikh matang oleh Bank Agihan Utama.

Kebolehpindahan & Serah Hak


Sukuk Prihatin adalah tidak boleh diniaga, dipindah milik dan diserah hak.

Pilihan untuk Mengetepikan Amaun Prinsipal Pada Tarikh Matang sebagai Sumbangan kepada Kerajaan


Pemegang Sukuk berhak untuk mengetepikan amaun Prinsipal (sebahagian ataupun sepenuhnya) pada tarikh matang, sebagai sumbangan kepada mana-mana akaun amanah Kerajaan yang diluluskan Kerajaan(“Akaun Amanah Kerajaan”).

Layanan Cukai yang Diberikan kepada Pemegang Sukuk


(a) Semua keuntungan Sukuk Prihatin akan dikecualikan cukai.

(b)Bagi amaun Prinsipal yang diketepikan (sebahagian atau sepenuhnya) oleh Pemegang Sukuk pada tarikh matang, amaun yang diketepikan dibenarkan untuk  potongan cukai bagi tahun taksiran dimana penebusan Sukuk Prihatin dibuat.

Layanan cukai di atas hanya terpakai untuk Pemohon/Pembeli yang Layak sahaja dan tidak terpakai kepada semua Institusi Kewangan dan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan perniagaan pengurusan dana dibawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Pemegang Amanah Berdaftar yang bertindak bagi pihak Pemohon/Pembeli yang Layak. 

Saluran Agihan


Penawaran adalah secara digital sepenuhnya melalui perbankan internet/ mudah alih melalui platform JomPAY/ DuitNow di Bank Agihan.

Para pelanggan Maybank boleh log masuk ke Maybank2u atau Maybank2E.

Perundangan


Undang-undang Malaysia.

Maklumat Lanjut


Klik di sini untuk Pek Maklumat Sukuk Prihatin – mengandungi maklumat lanjut mengenai Sukuk Prihatin seperti Inisiatif PENJANA, Cara–Cara Untuk Memohon dan Soalan Lazim.  

Klik di sini untuk Terma & Syarat Sukuk Prihatin.

Klik di sini untuk Soalan Lazim Sukuk Prihatin.

Klik di sini untuk Cara-cara memohon Sukuk Prihatin.

Sila layari penjana.treasury.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif PENJANA dan Sukuk Prihatin.

Locate a Branch

Locate our Maybank branches nearby you