Back

Gunakan Secure2u pada aplikasi MAE untuk mengesahkan DuitNow Transfer dan meluluskan penambahan 'Favourite' baharu

Click here for English

Pelanggan Yang Dihormati,

Berkuat kuasa 8 November 2022, anda perlu menggunakan Secure2u pada aplikasi MAE untuk mengesahkan semua DuitNow Transfer dan untuk meluluskan penambahan ‘Favourite’ baharu, kerana pengesahan melalui SMS TAC tidak akan tersedia lagi untuk transaksi ini. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian dan mengurangkan risiko penipuan TAC, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia untuk mempertingkatkan usaha memerangi penipuan kewangan.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE:

Langkah 1: Buka aplikasi MAE dan tekan ‘Secure2u’ di bahagian Quick Actions

Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’

Langkah 3: Sahkan nombor telefon anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 4: Masukkan nombor ID anda

Langkah 5: Sahkan nama peranti anda dan selesai!

Sila ambil perhatian bahawa tempoh pengaktifan 12 jam akan dikenakan apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain. Untuk mengelakkan pengesahan transaksi yang mencurigakan, anda hanya boleh meluluskan transaksi selepas 12 jam.

Berikut merupakan cara-cara untuk menggunakan Secure2u:

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi.

Langkah 2: Anda akan menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE pada peranti anda yang berdaftar.

Langkah 3: Buka notifikasi dan tekan sahaja untuk luluskan atau tolak transaksi tersebut, anda tak perlu log masuk lagi!

Kini anda boleh membuat pengesahan dengan lebih selamat dan lebih cepat dengan Secure2u pada aplikasi MAE, ia tersedia untuk dimuat turun di sini:

Sekiranya anda masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, anda masih boleh mengesahkan transaksi seperti biasa. Walau bagaimanapun, kami amat menyarankan agar anda beralih ke aplikasi MAE kerana ia juga dilengkapi dengan semua perkhidmatan yang ada pada M2U dan banyak lagi.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Secure2u dan video panduan langkah demi langkah. Sebagai alternatif, emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut.