Back

Memberikan kebenaran akses kepada aplikasi tertentu boleh mendedahkan peranti anda kepada risiko.

Ketahui mengapa kebenaran akses ini boleh menjejaskan aplikasi MAE dan akaun anda, serta cara melindungi diri anda.

Dimaklumkan bahawa kebenaran akses pada peranti anda diaktifkan? Inilah sebabnya


Jika anda tidak boleh mengakses aplikasi MAE anda dan melihat skin imbasan keselamatan seperti di bawah, ini bermakna Kebenaran Akses telah diaktifkan untuk satu atau beberapa aplikasi pada peranti anda.

Kebenaran-kebenaran ini penting untuk aplikasi yang direka untuk membantu pengguna kurang upaya, meningkatkan kepenggunaan melalui ciri-ciri seperti  pembaca skrin dan teks ke ucapan. Namun, ini juga boleh membawa risiko keselamatan jika tidak dikendalikan dengan betul.


Bagaimana ini boleh mendatangkan risiko kepada anda:

1. Scammers boleh mengawal peranti anda dari jauh melalui kejuruteraan sosial.

2. Aplikasi-aplikasi mungkin ada akses kepada maklumat perbankan anda dan boleh mencurinya.

3. Perubahan pada fungsi aplikasi boleh menyembunyikan tanda-tanda aktiviti penipuan.

Mengapa kami menyekat akses


Untuk mengukuhkan keselamatan akaun anda, akses ke aplikasi MAE disekat apabila kebenaran seperti ini dikesan. Langkah pencegahan ini penting untuk menghalang transaksi penipuan daripada berlaku dan melindungi wang anda.

Tindakan segera yang perlu diambil untuk terus menggunakan aplikasi MAE anda


Jika anda dimaklumkan yang Kebenaran Akses pada peranti anda aktif dan anda tidak dapat menggunakan aplikasi MAE, ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan semula akses:

Nyahaktifkan Kebenaran Akses yang tidak perlu

Langkah 1: Pergi ke ‘Settings’ pada peranti anda

Langkah 2: Tekan ‘Accessibility’ 

Langkah 3: Pilih ‘Installed apps’ dan pergi ke aplikasi yang dinyatakan

Langkah 4: Togol ‘Off’ dan selesai! 

Langkah 5: Lancarkan semua aplikasi MAE anda

Tingkat keselamatan akaun anda

Setelah menyahaktifkan Kebenaran Akses yang tidak perlu, ambil langkah-langkah berikut untuk meningkatkan lagi pelindungan untuk akaun anda.

Langkah 1:  Kenal pasti dan buang sebarang aplikasi yang dipasang dari sumber selain daripada gedung aplikasi rasmi.

Langkah 2: Muat turun dan pasang semula aplikasi ini dari gedung aplikasi rasmi seperti Google Play Store, Huawei AppGallery, atau Apple App Store.

Soalan-soalan Lazim


  1. Saya telah memuat turun aplikasi untuk kegunaan harian saya tetapi bukan dari gedung aplikasi rasmi dan ianya tidak berbahaya. Namun, aplikasi MAE telah memaklumkan kepada saya yang Kebenaran Akses telah diaktifkan. Apa yang harus saya lakukan?
    Sila nyahpasang aplikasi tersebut dan pasang semula dari gedung aplikasi rasmi (Apple App Store, Google Play Store, Huawei App Gallery) untuk memastikan keselamatannya, atau nyahaktifkan Kebenaran Akses untuk aplikasi tersebut.
  1. Saya telah pasang semula aplikasi saya dari gedung rasmi, tetapi saya masih tidak dapat menggunakan aplikasi MAE. Apa yang harus saya lakukan?
    Jika anda masih tidak dapat menggunakan aplikasi MAE, sila pastikan Kebenaran Akses untuk aplikasi tersebut dinyahaktifkan. Kemudian, cuba lancarkan semula aplikasi MAE anda.
  1. Saya perlukan Mod Kebenaran pada peranti saya. Bolehkah saya terus menggunakan aplikasi MAE? Ya, anda masih boleh mengggunakan aplikasi MAE walaupun Mod Kebenaran ada pada peranti anda. Imbasan keselamatan aplikasi MAE ini hanya untuk mengesan jika Kebenaran Akses diaktifkan yang membolehkan aplikasi untuk mengawal peranti anda atau mengakses data tertentu yang boleh mendatangkan risiko jika tidak dipantau dengan betul.
  1. Saya perlukan transaksi segera tetapi saya tidak boleh mengakses aplikasi MAE. Apa yang harus saya lakukan?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakan aplikasi MAE anda: 


Langkah 1: Pergi ke ‘Settings’ pada peranti anda

Langkah 2: Tekan ‘Accessibility’ 

Langkah 3: Pilih ‘Installed apps’ dan pergi ke aplikasi yang dinyatakan

Langkah 4: Togol ‘Off’ dan selesai! 

Langkah 5: Lancarkan semua aplikasi MAE anda

Nota: Jika anda masih tidak boleh mengakses aplikasi MAE anda, sila kunjungi cawangan Maybank terdekat untuk bantuan segera tentang transaksi anda.

  1. Adakah aplikasi MAE mengakses atau menyimpan sebarang maklumat peribadi saya semasa imbasan keselamatannyaTidak, aplikasi MAE tidak menyimpan atau mengakses sebarang data peribadi pada peranti anda semasa imbasan keselamatan.
  1. Saya mengesyaki akaun Maybank2u saya telah digodam atau terjejas. Apa yang harus saya lakukanJika anda mengesyaki anda telah kena scam, segera hubungi Talian Hotline Penipuan Maybank di 03 5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 dan buat laporan polis.
freemarker.template.TemplateException: Error reading included file iwov-resources/ftl/common/Footer.ftl