Back

[DIKEMAS KINI] Lebih banyak transaksi memerlukan pengesahan melalui Secure2u pada MAE

Click here for English.

Pelanggan Yang Dihormati,

Harap maklum bahawa Secure2u akan menjadi satu-satunya kaedah pengesahan untuk transaksi berikut:

 

Terpakai Kepada

Perkhidmatan

Transaksi

Urus niaga melalui laman web Maybank2u, bermula

16 Mei 2023

Kredit Kad(Credit Cards)

  • Mohon EzyPay Plus
  • Mohon Kad Tambahan

Unit Amanah

(Unit Trust)

  • Langgan Unit Amanah
  • Tambah Pelaburan Unit Amanah

ASNB

(ASNB)

  • Paut Akaun ASNB (melalui ‘Wealth’)
  • Nyahpaut Akaun ASNB (melalui ‘Settings’)

WAKAF

(WAQF)

  • Mohon WAQF

Transaksi di aplikasi MAE versi 0.9.12.

Imbas & Bayar

(Scan & Pay)

  • Daftar Scan & Pay
  • Ubah Had Harian dan Terkumpul

Pengeluaran Tunai di ATM

(ATM Cash-out)

  • Tetapkan Pengeluaran Tunai ATM

Tetapan

(Settings)

  • Keselamatan: Tukar PIN
  • Profil: Tukar Nombor Telefon
  • Maybank2u: Tukar Kata Laluan dan Soalan Keselamatan

 

Sekiranya anda masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, sila beralih ke aplikasi MAE kerana ia akan menjadi satu-satunya aplikasi untuk pengesahan melalui Secure2u mulai 1 Julai 2023. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia untuk mempertingkatkan usaha memerangi penipuan kewangan.


Langkah 1: Lancarkan aplikasi dan tekan ‘Secure2u’ pada bahagian Quick Actions

Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’

Langkah 3: Sahkan nombor telefon anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 4: Masukkan nombor ID anda

Langkah 5: Sahkan nama peranti anda dan selesai!


Sila ambil perhatian juga bahawa tempoh pengaktifan 12 jam akan dikenakan apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain. Dalam usaha untuk menyekat pengesahan transaksi tidak sah, anda hanya boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi selepas 12 jam.


Cara untuk menggunakan Secure2u:

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi.

Langkah 2: Anda akan menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE pada peranti anda yang berdaftar.

Langkah 3: Buka notifikasi dan tekan sahaja untuk luluskan atau tolak transaksi tersebut, anda tak perlu log masuk lagi!

Kini anda boleh membuat pengesahan dengan lebih selamat dan cepat dengan Secure2u pada aplikasi MAE, ia tersedia untuk dimuat turun di sini:


    

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Secure2u dan video panduan langkah demi langkah. Sebagai alternatif, emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut.

Terima kasih.

freemarker.template.TemplateException: Error reading included file iwov-resources/ftl/common/Footer.ftl