Back

Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE mulai 4 Dis 2023 sehingga 20 Feb 2024

Click here for English

Pelanggan Yang Dihormati,

Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami adalah salah satu daripada penyedia perkhidmatan e-dompet di bawah inisiatif eMADANI yang dijalankan oleh Kerajaan. Program eMADANI bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat. Jadi, mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024, pelanggan Maybank yang layak boleh menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE mereka. RM100 eMADANI boleh digunakan untuk membuat pembayaran fizikal kod QR di mana-mana peniaga seluruh negara, termasuk peniaga-peniaga kod DuitNow QR daripada bank-bank dan e-dompet yang mengambil bahagian selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024.

Cara menebus RM100 eMADANI mulai 4 Disember 2023:

  1. Lancarkan aplikasi MAE
  2. Tekan ikon ‘eMADANI’ di halaman utama
  3. Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘submit’
  4. Anda akan menerima notifikasi apabila penebusan eMADANI RM100 anda berjaya!

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif eMADANI.