A database of selected fatwas from various bodies and authorities on related issues in Islamic Finance.Klik sini untuk versi Inggeris
Kategori
Select Category of FATWA

Islamic Banking
Penstrukturan Semula (Restructuring) dan Penjadualan Semula (Rescheduling) dalam Perjanjian Pembiayaan secara Islam
  • MPS pada mesyuarat ke-26 bertarikh 26 Jun 2002 telah memutuskan bahawa cadangan untuk melaksanakan perjanjian penjadualan semula dan penstrukturan semula pembiayaan secara Islam untuk dirujuk silang dengan perjanjian asal bagi tujuan pengecualian duti setem dibenarkan dengan syarat ia dilakukan setelah perjanjian asal dibubarkan terlebih dahulu. Dalam kes penstrukturan semula, MPS menerima kaedah rujuk silang kepada perjanjian asal yang telah ditamatkan atas dasar maslahah iaitu bagi mengelakkan pembayaran duti setem sebanyak dua kali. Pada mesyuarat ke-32 bertarikh 27 Februari 2003, MPS turut memutuskan bahawa berdasarkan persetujuan bersama dalam perjanjian, tempoh pembiayaan kepada pelanggan boleh dilanjutkan tanpa berakad semula dengan syarat kedua-dua pihak melaksanakan semua janji yang dimeterai dan juga harga yang dikenakan ke atas pelanggan tidak melebihi harga jualan asal yang dimeterai.

    -Reference: Shariah Resolutions in Islamic Finance (2nd edition), BNM, http://www.islamicfinance.com/wp-content/uploads/2015/01/Shariah-Resolutions-2nd-Edition-En.pdf


Perlindungan Takaful bagi Pembiayaan secara Islam
  • MPS pada mesyuarat ke-41 bertarikh 8 Mac 2004 dan mesyuarat ke-43 bertarikh 29 April 2004 telah memutuskan perkara berikut:

    i. Bagi pakej pembiayaan secara Islam yang tidak merangkumi amaun caruman perlindungan, institusi kewangan Islamhendaklah menawarkan pelan takaful sebagai pilihan pertama kepada pelanggan yang memohon untuk mendapatkan pembiayaan secara Islam yang memerlukan perlindungan. 72 Sekiranya pelanggan menolak pelan takaful atas sebabsebab tertentu, pelanggan boleh memilih mana-mana insurans konvensional yang dikehendakinya. Pengecualian ini hanya diberikan kerana mengambil kira faktor berikut:

    • Sekiranya premium insurans tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan;
    • Terdapat sektor atau kelas tertentu dalam insurans yang takaful tidak mempunyai kepakaran sepenuhnya; atau
    • Permohonan pelanggan tidak diterima oleh syarikat takaful atas sebab-sebab tertentu.

    ii. Bagi pakej pembiayaan secara Islam yang merangkumi amaun caruman perlindungan, institusi kewangan Islam hendaklah memastikan bahawa hanya pelan takaful digunakan bagi melindungi pembiayaan secara Islam tersebut. Premium insurans konvensional tidak boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada pakej pembiayaan secara Islam; dan

    iii. Sekiranya pelanggan yang mengambil perlindungan insurans konvensional bagi melindungi pembiayaan secara Islam meninggal dunia atau mengalami musibah yang mengakibatkannya tidak dapat membuat pembayaran pembiayaan, institusi kewangan Islam berhak menerima pampasan insurans konvensional berkenaan.

    -Reference: Shariah Resolutions in Islamic Finance (2nd edition), BNM, http://www.islamicfinance.com/wp-content/uploads/2015/01/Shariah-Resolutions-2nd-Edition-En.pdf


Aplikasi Wakalah Bi Al-Istithmar
  • 1) Majlis Penasihat Shariah, Bank Negara Malaysia

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat khas ke-2 bertarikh 18 Jun 2007 telah memutuskan bahawa akaun deposit berasaskan kontrak wakalah bi al-istithmar seperti yang dicadangkan adalah dibenarkan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    i. Sekiranya institusi kewangan Islam melanggar syarat perjanjian atau melakukan kecuaian dengan membuat pelaburan dalam instrumen yang sememangnya tidak berpotensi untuk menjana keuntungan pada kadar minimum (contohnya 5% setahun), institusi kewangan Islam akan membayar ganti rugi sebanyak nilai pokok pelaburan berserta keuntungan sebenar (jika ada); dan

    ii. Sekiranya institusi kewangan Islam melabur dalam instrumen yang dijangka menjana keuntungan sekurang-kurangnya 5% setahun tetapi gagal mencapai sasaran tersebut berikutan masalah yang bukan berpunca daripada kecuaian institusi kewangan Islam, kerugian adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

    Klik di sini untuk versi Arab

Deposit Atau Dana Pelaburan Pelanggan Daripada Sumber Yang Diragui
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-58 bertarikh 27 April 2006 telah memutuskan bahawa institusi kewangan Islam dibenarkan menerima permohonan untuk membuka akaun deposit atau akaun pelaburan daripada pelanggan tanpa perlu menyelidiki sama ada sumber dana pelanggan adalah halal, haram atau bercampur antara halal dengan yang haram. Walau bagaimanapun, tiada halangan bagi institusi kewangan Islam untuk mewujudkan saringan dalaman bagi memastikan sumber dana yang diterimanya adalah berlandaskan Syariah.

    Klik di sini untuk sumber

Hibah Dalam Kontrak Qard
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-55 bertarikh 29 Disember 2005 telah memutuskan bahawa pemberian hibah yang tidak disyaratkan dalam kontrak qard adalah diharuskan. Walau bagaimanapun, pemberian hibah tidak boleh dijadikan sebagai amalan tetap bagi mengelakkan amalan tersebut dikira sebagai `urf yang menyerupai syarat dalam kontrak qard.

    Klik di sini untuk sumber

Instrumen Kewangan Islam Sebagai Aset Sandaran Dalam Urus Niaga Secara Konvensional
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-19 bertarikh 20 Ogos 2001 telah memutuskan bahawa memandangkan instrumen kewangan Islam yang dimiliki oleh institusi kewangan konvensional merupakan aset milik mereka, maka sebarang urus niaga secara konvensional yang dijalankan dengan menggunakan instrumen kewangan Islam sebagai aset sandaran merupakan hak dan pilihan pemiliknya. Namun, pihak yang berurus niaga secara konvensional adalah bertanggungjawab terhadap urus niaga yang tidak berlandaskan Syariah tersebut. Kepatuhan terhadap Syariah bagi instrument kewangan Islam yang digunakan dalam urus niaga secara konvensional tetap terpelihara selagi urus niaga yang dijalankan tidak menjejaskan akad dan ciri-ciri asas instrumen berkenaan.

    Klik di sini untuk sumber

Isu Wakil Bertransaksi Dengan Diri Sendiri
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

    Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia (BNM) (2013) telah membincangkan isu ini  dua wakil (dual agency) dalam konteks produk deposit berasaskan tawarruq yang melibatkan tindakan oleh pihak yang ditugaskan sebagai wakil untuk membeli aset bagi pihak  lain (muwakkil) dan kemudiannya bertindak sebagai wakil  menjual aset tersebut kepada dirinya sendiri.

    MPS BNM telah membenarkan aplikasi dua wakil (dual agency) dengan syarat  memenuhi syarat-syarat berikut:


    (i) Pelaksanaan penjualan dan pembelian transaksi hendaklah dalam urutan yang betul, dan arahan tertentu hendaklah dilaksanakan dalam setiap transaksi yang lengkap berdasarkan prinsip seperti berikut:

    a. Wakil membeli aset bagi pihak prinsipal;

    b. Wakil memaklumkan kepada prinsipal tentang pembelian aset;

    c. Wakil menjual aset bagi pihak prinsipal kepada dirinya sendiri (wakil); dan

    d. Ejen memaklumkan prinsipal tentang penjualan aset.


    (ii) Dalam kes:

    a. jualan murabahah yang dimeterai berdasarkan transaksi tawarruq dalam keadaan yang lewat daripada tarikh dana diterima daripada prinsipal (muwakkil); dan

    b. keuntungan jualan murabahah dikira dari hari dana diterima, wakil hendaklah memaklumkan kepada  prinsipal tentang harga jualan.


    (iii) Cara pemakluman hendaklah dalam bentuk yang diterima oleh praktis urusniaga semasa('urf tijari) dan disokong oleh pembuktian dokumen.


    Sumber:

    Resolusi Syariah BNM (2013)



    2) Dallah al-Barakah

    (1/15) Wakil membayar dan membeli untuk dirinya sendiri

    Perlantikan seseorang wakil untuk menjual aset pada harga tertentu adalah dibenarkan jika transaksi itu telah dilakukan dengan pihak ketiga (bukan dengan wakil tersebut). Sekiranya wakil memutuskan untuk menjualnya kepada dirinya sendiri, urus niaga juga adalah dibenarkan jika harga telah ditetapkan oleh pemilik barang/orang yang mewakilkan.

    Klik di sini untuk versi Arab


    Sumber:
    Dallah al-Barakah Resolutions and Recommendations (p23)


    3) Sheikh Sulayman al-Mani '

     

    Syaikh Sulayman al-Mani 'mengariskan beberapa perkara penting seperti berikut:

    a) Bank dibenarkan menjadi muwakkil dalam melantik pelanggannya sebagai wakil dalam membeli aset bagi pihak bank dan kemudiannya menjual aset kepada orang lain selepas pemilikan aset tersebut telah dipindahkan kepada bank.

    b) Bank dilarang untuk melantik pelanggan sebagai wakil untuk membeli aset bagi pihaknya dan kemudiannya menjual aset tersebut kepada dirinya. Ini adalah untuk mengelakkan tuhmah (tuduhan) kepada bank kerana ia boleh membawa kepada transaksi palsu.

    c) Walau bagaimanapun, jika bank sudah menentukan harga aset ketika pelanggan dilantik sebagai wakil untuk membeli aset bagi pihak bank dan kemudiannya menjual kepada dirinya sendiri pada harga yang ditetapkan terlebih dahulu, maka ia adalah yang dibenarkan. Ini kerana tidak wujud Isu wakil yang dianggap memegangdua peranan iaitu sebagai penjual dan pembeli dalam satu masa ketika bank sebagai muwakkil yang telah menyatakan tawaran (ijab) dengan penentuan harga aset ketika ia melantik wakil tersebut. Oleh itu, termetrainya kontrak jualan ini dengan pelanggan yang menerima pembelian aset dengan harga yang telah dipersetujui sebelumnya oleh bank dan pelanggan. Sehubungan dengan itu, ia adalah kontrak yang dimeterai antara penjual (bank) dan pembeli (pelanggan), dan oleh itu,hukum transaksi wakil dengan dirinya sendiri tidak terpakai dalam konteks ini.


    Sumber:

    Muraja’ah Fatawa Nadwat al-Barakah pp.5&6

     

Jaminan Bank Islam Untuk Bank Konvensional
  • 1) Dubai Islamic Bank

    Soalan:

    Ada permohonan daripada pelanggan yang telah menamatkan semua urus niaga dan urusannya dengan sebuah bank konvensional, dan memindahkan segala urus niaga tersebut dengan sebuah bank Islam agarbank Islam tersebut mengeluarkan sebuah surat jaminan bagi semua urus niaga yang dilaksanakan oleh pelanggan dengan menggunakan kad Visa yang dikeluarkan oleh bank konvensional. Adakah ini sesuatu yang diharuskan?

    Jawapan:

    Bank Islam adalah dibenarkan untuk mengeluarkan jaminan untuk pelanggan bagi  jumlah hutang pokok atau bayaran akan datang (tanpa/tidak termasuk nilai faedah yang dikenakan) untuk  bank konvensional yang mengeluarkan kad Visa yang digunakan oleh pelanggan sebelum berpindah ke bank Islam. Keharusan ini adalah kerana hutang yang terhasil daripada perkhidmatan kad Visa adalah daripada aktiviti jual beli atau urus niaga yang dibenarkan melainkan Bank Islam mendapati bahawa hutang yang terhasil adalah daripada urusniaga yang dilarang seperti pembelian alkohol, perjudian dan pinjaman riba. Selain itu, jaminan bagi jumlah yang tidak diketahui bagi kemungkinan hutang masa hadapan adalah dibenarkan.Walaupun  sebuah jaminan kebiasaannya diberikan bagi jumlah yang tetap.  dan selepas bank memperolehi cagaran yang mencukupi daripada pelanggan dengan menuntut hutang tertunggak sekiranya pelanggan gagal membayar balik dalam tempoh yang dipersetujui.  

    Sehubungan dengan itu, Majlis menyarankan pihak bank untuk memperolehi cagaran yang mencukupi daripada pelanggan untuk dicairkan sekiranya berlakunya kemungkiran pembayaran hutang oleh pelanggan.

    Majlis juga menyarankan pihak bank untuk memastikan semua sumber-sumber hutang yang dijamin hanya diperolehi daripada aktiviti yang dibenarkan sahaja.

     

    Klik di sini untuk versi Arab

    Sumber:
    Fatwa of Shariah Supervisory Board, Dubai Islamic Bank (p745)

Keharusan Pembayaran Fi Untuk Jaminan
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat khas ke-10 bertarikh 9 April 2009 dan mesyuarat ke-95 bertarikh 28 Januari 2010 telah memutuskan perkara berikut:

    i. Penggunaan konsep kafalah bi al-ujr (jaminan dengan upah) sebagai konsep Syariah yang sesuai untuk kemudahan jaminan ke atas terbitan sukuk oleh Danajamin adalah dibenarkan. Melalui konsep ini, Danajamin akan bertindak sebagai penjamin ( kafil ), penerbit sukuk selaku pihak yang dijamin ( makful `anhu ), dan pelabur selaku penerima jaminan atau benefesiari ( makful lahu ); dan

    ii. Menerusi kemudahan jaminan ini, Danajamin dibenarkan untuk menuntut semula daripada penerbit sukuk amaun jaminan yang telah dibayar kepada pelabur. Tempoh masa pembayaran amaun jaminan yang dituntut oleh Danajamin daripada penerbit sukuk hendaklah berdasarkan amalan semasa pasaran dengan persetujuan pihak-pihak berkontrak iaitu Danajamin dan penerbit sukuk , serta mengambil kira saiz sukuk .

    Klik di sini untuk sumber



    2) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-80 bertarikh 7 Januari 2009 telah memutuskan bahawa operasi PIDM dalam mengendalikan dana insurans deposit Islam boleh dilaksanakan berdasarkan konsep kafalah bi al-ujr .172 Berdasarkan konsep kafalah bi al-ujr , pembayaran premium oleh institusi anggota PIDM yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam merupakan ujrah atau upah kepada PIDM dan menjadi hak milik PIDM. Oleh kerana premium merupakan sejenis upah, PIDM boleh menstrukturkannya dalam bentuk suatu nilai mutlak atau secara berkadar.

    Klik di sini untuk sumber


    3) Akademi Fiqh Islam Antarabangsa

    Majlis Akademi Fiqh Islam, dalam sidang ke-2 yang diadakan di Jeddah (Arab Saudi), pada 10-16 Rabiul Akhir 1406H (22-28 Disember 1985), telah mengambil pertimbangan bagi Isu "Surat Jaminan" dan setelah menjalankan perbincangan dan meneliti kertas kajian penyelidikan yang telah disediakan, memutuskan seperti berikut:

    Pertama: Setiap surat jaminan sama ada pada peringkat awal atau pengakhiran adalah dalam dua bentuk sama ada berserta cagaran atau  atau tanpa cagaran. Sekiranya surat jaminan itu tanpa cagaran, maka ia merupakan satu gabungan penjamin dengan pihak ketiga terhadap tanggungan pihak yang dijamin di atas liabiliti semasa atau akan datang. Inilah yang digelar di dalam fiqh Islam sebagai Daman atau Kafalah .

    Namun begitu, jika surat jaminan itu mempunyai cagaran yang melindungi jumlah jaminan, hubungan antara penjamin dan pihak yang dijamin adalah kontrak wakalah  s; Akad wakalah wakalah boleh wujud sama ada dengan upahtanpa upah, namun begitu hubungan antara penjamin dan penerima jaminan tetap dianggap sebagai Kafalah.

    Kedua: Kafalah adalah kontrak Tabarru’ (kebajikan), yang bertujuan sebagai sebuah bentuk ihsan dan kemudahan.. Ulama telah menetapkan bahawa adalah tidak dibenarkan untuk mengenakanbayaran ke atas  jaminan yang diberi. Ini adalah kerana apabila pihak yang dijamin telah membayar semula jumlah jaminan yang didahulukan, perkara ini menyerupai kontrak Qardh yang disyaratkan manfaat tambahan maka kerana itu ia adalah haram.


    Majlis Memutuskan:

    Pertama: Tidak boleh dikenakan  bayaran bagi pengeluaran suatu surat jaminan (kebiasaanya, jumlah dan tempoh jaminan sudah dipertimbangkan) sama ada dengan cagaran atau tanpa cagaran.

    Kedua: Caj yang dikenakan bagi kos pengurusan yang berkaitan dengan pengeluaran surat jaminan bagi kedua-dua jenisnya adalah dibenarkan oleh Syariah, dengan syarat ia tidak melebihi perbelanjaan sebenar bagi perkhidmatan yang diberikan. Bagi jaminan penuh atau jaminan sebahagian, maka adalah dibenarkan untuk mengambil kira anggaran perbelanjaan yang ditentukan dan usaha menyediakan perlindungan yang diperlukan.

     

    Klik di sini untuk versi Arab

    Klik di sini untuk sumber

    Resolutions and Recommendations of the Council of the International Islamic Fiqh Academy 1985-2000

     

Keharusan Pengunaan Kad Kredit Islam
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-77 bertarikh 3 Julai 2008 dan mesyuarat ke-78 bertarikh 30 Julai 2008 telah memutuskan bahawa kad kredit yang berdasarkan konsep ujrah seperti yang dicadangkan adalah dibenarkan, tertakluk kepada perkara berikut:

    i.    Institusi kewangan Islam hendaklah memastikan ujrah yang dikenakan merupakan tukaran kepada perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan sebenar ( non-fictitious ) yang berlandaskan Syariah;

    ii. Pengenaan ujrah yang berbeza bagi jenis kad kredit yang menawarkan perkhidmatan, keistimewaan dan manfaat yang berbeza adalah harus;

    iii. Pengenaan ujrah bagi perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan yang tidak berkaitan dengan pemberian qard , penangguhan hutang dan pertukaran tunai dengan tunai pada nilai berbeza adalah dibenarkan; dan

    iv.  Pengenaan ujrah bagi perkhidmatan, manfaat dan keistimewaan yang berkaitan dengan pemberian qard , penangguhan hutang dan pertukaran tunai dengan tunai pada nilai berbeza adalah tidak dibenarkan. Namun demikian, caj bagi menampung kos sebenar ( nafaqah/taklufah ) pengendaliannya boleh dikenakan.

    Klik di sini untuk sumber

    Resolusi No.108 (2/12) berkenaan "Kad Kredit":  Majlis Akademi Fiqh Islam Antarabangsa dalam Pertubuhan Persidangan Islam Sesi Ke-12 yang diadakan di Riyadh (Arab Saudi) pada 25 Jamadil Akhir hingga 1 Rejab 1421H (23-28/9/2000).

         Berdasarkan Resolusi No. 63(1/7) bagi tajuk Pasaran Modal telah diputuskan penetapan penangguhan berkaitan kad kredit akan dibuat pada sesi yang akan datang.

         Dan berdasarkan Resolusi No. 102/4/10 setelah diteliti kertas kajian mengenai kad kredit yang dikemukakan kepada Majlis dan setelah didengari oleh  para cendekiawan dan ahli ekonomi dalam perbincangan serta berdasarkan Resolusi No. 63(1/7) yang mentakrifkan kad kredit sebagai:

        Satu dokumen diberikan oleh pengeluarnya (bank) kepada seseorang individu atau entiti (pemegang kad) dengan ikatan kontrak di antara mereka yang membolehkan pemegang kad membeli barang-barang atau perkhidmatan daripada penjual yang mengiktiraf kad tanpa perlu membuat pembayaran segera kerana jaminan pembayaran yang dibuat oleh pengeluar kad. Pembayaran dibuat melalui akaun  pengeluar kad (bank)  di mana selepas itu caj akan dikenakan ke atas pemegang kad pada selang waktu yang ditentukan. Sebahagian pengeluar mengenakan kadar faedah (riba) pada jumlah baki yang belum dilangsaikan selepas satu tempoh tertentu dari tarikh (hutang tersebut) yang dituntut manakala sebahagian pengeluar tidak mengenakan sebarang kadar faedah.

         Keputusannya adalah seperti berikut:

    Pertama: Tidak dibenarkan untuk mengeluarkan kad kredit atau menggunakannya jika ia mensyaratkan pengenaan kadar faedah (riba) walaupun pemegang kad berazam untuk membayar dalam tempoh yang tidak dikenakan caj kadar faedah.

    Kedua: Dibenarkan untuk mengeluarkan kad kredit jika tidak disyaratkan sebarang pengenaan caj faedah atas hutang. Keharusan aqad ini melihat kepada dua jenis pertimbangan:

    A)  Dibenarkan bagi pengeluar kad untuk mengambil sejumlah wang yang tertentu daripada pemegang kad ketika pengeluaran atau pembaharuan Kad atas kos sebenar (actual cost) di atas perkhidmatan yang telah disediakan kepada pemegang kad.

    B) Dibenarkan pengeluar kad untuk mengambil komisen atas barang-barang atau perkhidmatan yang dibeli oleh pemegang kad dengan syarat bahawa barang-barang atau perkhidmatan itu dijual pada harga yang serupa samaada dalam bentuk tunai atau kredit.

    Ketiga: Penggunaan kad kredit untuk mengeluarkan tunai adalah sebuah bentuk pinjaman (Qardh) daripada pengeluarnya. Oleh itu, transaksi seperti ini tiada larangan menurut Syara’ selagimanatidak melibatkan pembayaran caj faedah (riba). Jumlah caj tertentuyang diambil oleh pengeluar kad sebagai bayaran untuk kos perkhidmatan sebenar yang tidak berkaitan dengan jumlah pinjaman atau tempoh bayaran tidak dianggap sebagai riba. Apa-apa caj tambahan ke atas perkhidmatan sebenar adalah haram kerana ia merupakan riba yang diharamkan Syara’ seperti yang digariskan oleh Akademi Fiqh Islam Antarabangsa iaitu pada Resolusi No.13 (10/2) dan No.13 (1/3).

    Keempat: Tidak dibenarkan menggunakan kad kredit untuk membeli emas, perak dan mata wang.


    Klik di sini untuk versi Arab


    Klik di sini untuk sumber

    Resolutions and Recommendations of the Council of the International Islamic Fiqh Academy 1985-2000

Keharusan Pengenaan Caj Pembayaran Lewat Dalam Kewangan Islam (Ta’widh)
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

    Keputusan:
    MPS pada mesyuarat ke-4 bertarikh 14 Februari 1998, mesyuarat ke-95 bertarikh 28 Januari 2010 dan mesyuarat ke-101 bertarikh 20 Mei 2010 telah memutuskan bahawa pengenaan caj pembayaran lewat oleh institusi kewangan Islam yang merangkumi kedua-dua konsep gharamah (denda atau penalti) dan ta`widh (ganti rugi) adalah dibenarkan, tertakluk kepada perkara berikut:

    i.  Ta`widh boleh dikenakan ke atas kelewatan pembayaran obligasi kewangan yang terhasil daripada akad-akad pertukaran (seperti jual beli dan sewaan) dan qard;

    ii. Ta`widh hanya boleh dikenakan selepas tamat tempoh pelunasan hutang yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berkontrak;

    iii. Institusi perbankan Islam boleh mengiktiraf ta`widh sebagai pendapatan atas dasar ia dikenakan sebagai ganti rugi atas kerugian sebenar yang dialami oleh institusi perbankan Islam; dan

    iv. Gharamah tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan, sebaliknya perlu disalurkan kepada badan-badan kebajikan tertentu.

     

    Klik di sini untuk sumber


    2) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia
    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-50 bertarikh 26 Mei 2005, mesyuarat ke-61 bertarikh 24 Ogos 2006 dan ke-100 bertarikh 30 April – 1 Mei 2010 telah memutuskan bahawa hakim boleh mengenakan caj lewat bayar ke atas hutang penghakiman yang diputuskan oleh mahkamah bagi kes-kes perbankan Islam dan takaful berdasarkan kaedah gharamah dan ta`widh ke atas kerugian sebenar berdasarkan mekanisme seperti yang berikut:

    i. Mahkamah boleh mengenakan caj lewat bayar pada kadar yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah mahkamah. Walau bagaimanapun, daripada kadar tersebut, pemiutang kehakiman (institusi kewangan) hanya dibenarkan untuk mengambil kadar ganti rugi sebenar (ta`widh);

    ii. Bagi menentukan kadar ganti rugi sebenar (ta`widh) yang boleh diambil oleh pihak pemiutang kehakiman, MPS bersetuju menerima pakai “purata bagi kadar purata wajaran semalaman“ pasaran wang secara Islam sebagai rujukan; dan

    iii. Jumlah ganti rugi sebenar yang berhak diambil tidak boleh melebihi hutang pokok. Jika ganti rugi sebenar tersebut kurang daripada kadar amalan semasa sistem kehakiman, amaun selebihnya hendaklah disalurkan oleh pemiutang kehakiman kepada badan kebajikan yang akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia.

     

    Klik di sini untuk sumber


    3) Dallah al-Barakah  

    (3/2) Kemungkiran dalam pembayaran oleh penghutang yang mampu bayar

    Sebahagian ulama yang terlibat dalam Persidangan Dallah Barakah telah memutuskan bahawa adalah diharuskan bagi sebuah institusi kewangan mengenakan caj ganti rugi ke atas penghutang  berkemampuan (مدين ممطل)  yang lewat melakukan pembayaran padahal dia mampu untuk melakukannya pada masa yang ditetapkan. Pampasan ini adalah ganti terhadap beberapa bentuk kerugian yang terhasil dari kelewatan tersebut. Ini kerana penghutang seperti ini telah melakukan tindakan zalim, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah (SAW):

    "Kelewatan penghutang yang berkemampuan  (dalam pembayaran hutang) adalah satu kezaliman".Perbuatan ini menyerupai perbuatan perampas (ghasb) di mana para ulama telah menyatakan bahawa seorang yang merampas harta orang lain adalah bertanggungjawab untuk mengganti semula manfaat harta yang dirampas di samping perlu memulangkan semula harta tersebut.

    Jumlah pampasan (ta`widh) dikira berdasarkan jumlah keuntungan yang dijangka (secara normal) boleh dihasilkan oleh pemiutang sekiranya beliau melabur dengan cara yang dibenarkan oleh syariah.

    Mahkamah akan memutuskan jumlah pampasan merujuk kepada perkiraan pakar-pakar kewangan yang sesuai dengan kaedah pelaburan yang patuh Syariah. Sekiranya wujud institusi kewangan tanpa riba (seperti bank-bank Islam) di negara pemiutang, maka jumlah anggaran keuntungan itu hendaklah dirujuk kepada keuntungan  yang boleh dihasilkan oleh institusi-institusi tersebut  berdasarkan jumlah tunggakan dalam tempoh kelewatan itu. Ia hendaklah digunakan sebagai asas panduan untuk menentukan jumlah pampasan.

    Selain itu juga, sebarang persetujuan awal yang dibuat di antara penghutang dan pemiutang atas jumlah denda yang disebabkan oleh kelewatan pembayaran hutang adalah tidak dibenarkan supaya persetujuan awal tersebut tidak menjadi satu jalan menuju ke arah riba.

    Sebahagian ulama yang menyertai  persidangan ini telah memutuskan bahawa penetapan ganti rugi ini dalam bentuk penalti (gharamah jazaiyyah) adalah berdasarkan prinsip masalih mursalah dan jumlah kutipan penalti hendaklah disalurkan bagi saluran kebajikan yang dibenarkan.

    Klik di sini untuk versi Arab

    Sumber: al-Barakah Resolutions and Recommendations (p32)

Kontrak Ijarah Dengan Kadar Sewa Boleh Ubah
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, bank Negara Malaysia

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-33 bertarikh 27 Mac 2003, mesyuarat ke-35 bertarikh 22 Mei 2003 dan mesyuarat ke-38 bertarikh 28 Ogos 2003 telah memutuskan bahawa kadar sewa dalam kontrak ijarah boleh diubah berdasarkan persetujuan awal untuk menyandarkan kadar sewa kepada suatu pemboleh ubah yang dipersetujui bersama dalam tempoh tertentu.

    Dalam kontrak ijarah, kadar sewaan aset boleh dipersetujui antara pemberi sewa dengan penyewa sama ada ia secara kadar tetap sepanjang tempoh sewaan sehingga tarikh matang atau berubah-ubah mengikut kaedah tertentu. Bagi mengelakkan berlakunya gharar (ketidakpastian), kaedah yang dipersetujui hendaklah dijelaskan semasa akad dimeterai. Dalam hal ini, kedua-dua pihak terikat dengan kontrak tersebut sehingga sampai tempoh matang kontrak. Sebarang perubahan yang berlaku pada kadar pemboleh ubah yang dipersetujui dikira sebagai risiko yang diambil oleh kedua-dua belah pihak berdasarkan persetujuan awal secara bersama.

    Di samping itu, kadar sewaan perlu diketahui oleh kedua-dua belah pihak yang berkontrak. Penetapan kadar tersebut boleh dibuat untuk seluruh tempoh sewaan atau secara beransur-ansur. Ia juga boleh dibuat secara kadar tetap atau kadar boleh ubah mengikut kesesuaian yang dimaklumi oleh kedua-dua pihak penyewa dan pemberi sewa.

    Klik di sini untuk sumber


    2) Dallah al-Barakah 

    (16/6) Kontrak Sewa (Ijarah) dalam Peningkatan Sewaan Harian (Ujrah)

    Ahli-ahli persidangan telah membincangkan tentang isu ijarah yang mana upah/bayaran sewa hariannya meningkat secara harian dengan persetujuan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak; iaitu pemberi sewa dengan penyewa. Persidangan telah memutuskan bahawa transaksi sewaan/upahan ini adalah sah menurut Syariah kerana kenaikan sewa/upah harian dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak ijarah (yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkontrak) dan ia bukan terhasil disebabkan oleh kelewatan dalam pembayaran sewa. Pembayaran yang lebih daripada jumlah hutang oleh pemiutang sekiranya disebabkan oleh kelewatan pembayaran sewa adalah dilarang oleh Syariah kerana amaun tambahan dianggap sebagai faedah (riba) dalam pulangan melanjutkan tempoh pembayaran.


    Klik di sini untuk versi Arab

    Dallah al-Barakah Resolutions and Recommendations (p49)

Pembiayaan Bersindiket Antara Institusi Kewangan Islam Dan Institusi Kewangan Konvensional
  • 1) Dallah al-Barakah

    (6/14) Penyertaan bersama antara Institusi Kewangan Islam bersama Institusi Kewangan Konvensional).

    Ahli- ahli persidangan telah membincangkan isu kerjasama institusi kewangan Islam dengan institusi kewangan konvensional dalam pembiayaan bersindiket. Majlis berpendapat sekiranya prosedur operasi pembiayaan bersindiket mematuhi kehendak Syariah, maka tiada halangan kepada institusi-institusi kewangan Islam untuk melibatkan diri dalam semua perkara dengan syarat langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan bahawa setiap aspek mematuhi kehendak Syariah.

    Bagi hukum berkaitan dengan penyertaan di antara institusi kewangan Islam dan institusi kewangan konvensional dalam menyediakan jaminan penuh atau jaminan separa penuh untuk aktiviti pembiayaan yang tidak patuh Syariah, maka hukum penyertaan tersebut adalah tidak harus kerana perbuatan menjamin aktiviti yang tidak patuh Syariah adalah dilarang.

     

    Klik di sini untuk versi Arab

    Sumber:Dallah al-Barakah Resolutions and Recommendations (p48)

Pembiayaan Kepada Pihak Yang Jelas Menjalankan Aktiviti Bertentangan Dengan Syariah
  • 1) Dallah al-Barakah

    (6/14) Penyertaan bersama antara Institusi Kewangan Islam bersama Institusi Kewangan Konvensional).

    Ahli- ahli persidangan telah membincangkan isu kerjasama institusi kewangan Islam dengan institusi kewangan konvensional dalam pembiayaan bersindiket. Majlis berpendapat sekiranya prosedur operasi pembiayaan bersindiket mematuhi kehendak Syariah, maka tiada halangan kepada institusi-institusi kewangan Islam untuk melibatkan diri dalam semua perkara dengan syarat langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan bahawa setiap aspek mematuhi kehendak Syariah.

    Bagi hukum berkaitan dengan penyertaan di antara institusi kewangan Islam dan institusi kewangan konvensional dalam menyediakan jaminan penuh atau jaminan separa penuh untuk aktiviti pembiayaan yang tidak patuh Syariah, maka hukum penyertaan tersebut adalah tidak harus kerana perbuatan menjamin aktiviti yang tidak patuh Syariah adalah dilarang.

     

    Klik di sini untuk versi Arab

    Sumber:Dallah al-Barakah Resolutions and Recommendations (p48)

Penggunaan Kadar Faedah (Interest Rate) Sebagai Penanda Aras Untuk Bank-Bank Islam
  • 1) Dallah al-Barakah

    (6/14) Penyertaan bersama antara Institusi Kewangan Islam bersama Institusi Kewangan Konvensional).

    Ahli- ahli persidangan telah membincangkan isu kerjasama institusi kewangan Islam dengan institusi kewangan konvensional dalam pembiayaan bersindiket. Majlis berpendapat sekiranya prosedur operasi pembiayaan bersindiket mematuhi kehendak Syariah, maka tiada halangan kepada institusi-institusi kewangan Islam untuk melibatkan diri dalam semua perkara dengan syarat langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan bahawa setiap aspek mematuhi kehendak Syariah.

    Bagi hukum berkaitan dengan penyertaan di antara institusi kewangan Islam dan institusi kewangan konvensional dalam menyediakan jaminan penuh atau jaminan separa penuh untuk aktiviti pembiayaan yang tidak patuh Syariah, maka hukum penyertaan tersebut adalah tidak harus kerana perbuatan menjamin aktiviti yang tidak patuh Syariah adalah dilarang.

     

    Klik di sini untuk versi Arab

    Sumber:Dallah al-Barakah Resolutions and Recommendations (p48)

Sijil Deposit Tetap Konvensional Sebagai Cagaran Bagi Pembiayaan Secara Islam
  • 1) Majlis Penasihat Shariah, Bank Negara Malaysia

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-9 bertarikh 25 Februari 1999 telah memutuskan bahawa Sijil Deposit Tetap konvensional (tidak termasuk jumlah faedah atau riba) merupakan hak atau harta pelanggan dan oleh itu, boleh dijadikan sekuriti atau cagaran bagi pembiayaan secara Islam.

    Klik di sini untuk sumber

Pembiayaan Berasaskan Kontrak Musyarakah Mutanaqisah
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia.

    Terdapat cadangan daripada sebuah institusi kewangan Islam untuk menawarkan produk pembiayaan perumahan secara Islam berasaskan konsep musyarakah mutanaqisah. Secara umumnya, modus operandi produk pembiayaan perumahan berasaskan musyarakah mutanaqisah ini adalah seperti yang berikut:

             i. Pelanggan yang ingin membeli harta tanah memohon pembiayaan daripada institusi kewangan Islam;

           ii. Institusi kewangan Islam dan pelanggan akan membeli harta tanah tersebut secara bersama berdasarkan bahagian yang ditentukan (contohnya 90:10) bergantung pada pembiayaan yang dipohon;

          iii. Bayaran pendahuluan oleh pelanggan dikira sebagai bahagian permulaan pemilikan;

         iv. Bahagian aset yang dimiliki bersama oleh institusi kewangan Islam akan disewakan (secara ijarah) kepada pelanggan; dan

           v. Bayaran ansuran bulanan akan digunakan oleh pelanggan untuk membeli bahagian pemilikan institusi kewangan Islam secara beransur-ansur sehingga keseluruhan bahagian pemilikan institusi kewangan Islam dibeli sepenuhnya.

    Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu-isu berikut:

    1. Sama ada perjanjian musyarakah dan ijarah boleh dihimpunkan dalam satu dokumen perjanjian musyarakah mutanaqisah kerana dibimbangi penggabungan ini menyebabkan berlakunya dua urus niaga dalam satu akad jual beli (bai`atain fi al-bai`ah) yang ditegah Syarak; dan
    2. Sama ada cagaran boleh dilakukan oleh salah seorang pemilik aset ke atas sesuatu aset yang dimiliki secara bersama.

    Keputusan

    MPS pada mesyuarat ke-56 bertarikh 6 Februari 2006 telah memutuskan perkara berikut:

    1. Amalan menghimpunkan perjanjian musyarakah dan ijarah dalam satu dokumen perjanjian adalah dibenarkan selagi kedua-dua akad tersebut dimeterai secara berasingan dan jelas serta tidak bercampur aduk antara satu sama lain; dan
    2. Amalan cagaran dalam musyarakah mutanaqisah boleh dilaksanakan sekiranya dokumen cagaran hanya melibatkan bahagian milik pelanggan yang digadaikan kepada institusi kewangan Islam. Ini adalah kerana hak milik bermanfaat ialah sesuatu yang diiktiraf oleh Syariah.

    Asas Pertimbangan

    Keputusan di atas adalah berdasarkan pertimbangan bahawa kontrak musyarakah mutanaqisah yang menghimpunkan kedua-dua kontrak musyarakah dan ijarah merupakan satu bentuk kontrak bersifat akad-akad baharu (`uqud mustajiddah) yang telah diiktiraf oleh ulama fiqah semasa bagi memenuhi kehendak mua`malah Islam masa kini.

    Syarak membenarkan beberapa bentuk pengurusan (tasarruf) ke atas asset musyarakah. Antaranya, kedua-dua pihak yang berkongsi dalam kontrak musyarakah mempunyai hak untuk berjual beli atau menyewakan aset musyarakah, kerana pensyarikatan mempunyai maksud wakalah. Oleh itu, setiap rakan kongsi boleh menjadi wakil kepada rakan kongsinya untuk berjual beli atau melakukan sewaan termasuklah berjual beli atau menyewakan bahagian masing-masing dalam aset musyarakah sesama sendiri. Selain itu, rakan kongsi juga dibenarkan memberi dan menerima cagaran terhadap aset musyarakah dengan keizinan rakan kongsi yang lain. Ini adalah selaras dengan kaedah fiqah yang berikut:

     

     “Semua yang harus dijual beli, harus digadai

    Klik di sini untuk sumber

Berurusan Dengan Aset Yang Masih Dalam Cagaran
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia.

    Oleh sebab nilai aset yang digunakan sebagai cagaran, terutamanya harta tanah, berkemungkinan mengalami peningkatan nilai pasaran, maka akan wujud lebihan sekuriti (excess security) jika dibandingkan dengan nilai asal aset tersebut semasa ia mula dicagarkan.

    Tambahan pula, jika penghutang terus membayar hutangnya mengikut jadual yang dipersetujui, baki hutangnya akan terus berkurang dari semasa ke semasa. Dalam keadaan ini, pemilik aset cagaran mungkin berhasrat untuk menggunakan lebihan sekuriti tersebut bagi tujuan tertentu umpamanya mengadakan urus niaga baharu dengan cagaran terhadap aset berkenaan.

    Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu berikut:

    1. Sama ada pemegang cagaran pertama dianggap bersetuju untuk melepaskan tuntutannya terhadap harta yang menjadi cagaran pertama sekiranya beliau memberi kebenaran bagi cagaran kedua; dan
    2. Sama ada akad jual beli atau cagaran boleh dilaksanakan terhadap sebahagian daripada nilai semasa harta tersebut.

    Keputusan

    MPS pada mesyuarat ke-6 bertarikh 26 Ogos 1998 telah memutuskan perkara berikut:

    1. Sekiranya pemegang cagaran pertama memberi kebenaran bagi cagaran kedua, ia tidak bermaksud pemegang cagaran tersebut telah bersetuju untuk melepaskan tuntutannya terhadap harta yang menjadi cagaran pertama. Di samping itu, kebenaran daripada pemegang cagaran yang pertama perlu dibuat secara bertulis agar tidak timbul pertelingkahan atau pertikaian; dan
    2. Akad jual beli atau cagaran yang dilaksanakan terhadap sebahagian daripada nilai keseluruhan harta dibenarkan tetapi harta tersebut dianggap sebagai harta milik bersama (musya`) dalam kalangan pembeli mengikut peratusan pegangan masing-masing. Hak atas harta cagaran yang dilelong juga dikongsi bersama antara penerima cagaran berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui.

    Asas Pertimbangan

    Sekiranya pemegang cagaran pertama memberi kebenaran untuk cagaran kedua, ini tidak bermaksud bahawa pemegang cagaran tersebut telah bersetuju untuk melepaskan tuntutannya terhadap harta yang menjadi cagaran pertama kerana:

    1. Pemegang cagaran pertama masih berhak ke atas aset tersebut selagi pencagar tidak melunaskan hutangnya; dan
    2. Bahagian yang diharuskan bagi cagaran kedua adalah baki atau lebihan asset yang telah dicagarkan, bukannya bahagian yang telah dicagarkan kepada pemegang cagaran yang pertama.

    Kebenaran pemegang cagaran pertama terhadap urus niaga cagaran kedua pula perlu dibuat secara jelas bagi mengelak sebarang kekeliruan dalam penggunaan dan pemilikan aset cagaran tersebut.

    Di samping itu, akad jual beli atau cagaran yang dilaksanakan terhadap sebahagian daripada nilai sebenar aset dibenarkan berdasarkan pendapat-pendapat berikut:

    1. Majoriti fuqaha melainkan mazhab Hanafi membenarkan cagaran terhadap sebahagian daripada nilai sebenar aset yang tidak dikenal pasti bahagiannya (rahn al-musya`). Kaedah yang dipegang oleh majoriti fuqaha tersebut ialah:

     

    Apa sahaja yang diharuskan jual beli maka diharuskan juga cagarannya sama

    ada dari jenis pemilikan secara bersama atau sebaliknya.”

    1. Imam Syafii turut berpendapat:

    ”Dibolehkan bagi seorang individu untuk menggadaikan separuh daripada tanahnya, dan separuh daripada rumahnya dan sebahagian daripada bahagian milikannya dalam tanah dan rumah tanpa dipisahkan harta tersebut sekiranya semua bahagian diketahui dengan jelas dan bahagian yang dicagar juga diketahui. Maka dalam hal ini, tiada perbezaan antara cagaran dan jual beli.” 

    Klik di sini untuk sumber

Penggunaan Al-Ijarah Thumma Al-Bai` Dalam Pembiayaan Kenderaan
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia.

    Terdapat cadangan daripada institusi kewangan Islam untuk memperkenalkan konsep al-ijarah thumma al-bai` (AITAB) bagi membiayai pembelian kenderaan. Pembiayaan secara AITAB ini melibatkan dua jenis kontrak, iaitu kontrak sewaan (ijarah) disusuli kontrak jual beli (al-bai`).

    Pada peringkat awal, institusi kewangan Islam akan memeterai satu perjanjian ijarah dengan pelanggan. Melalui perjanjian ijarah ini, institusi kewangan Islam akan melantik pelanggan sebagai ejen untuk membeli kenderaan yang telah dikenal pasti oleh pelanggan. Seterusnya, institusi kewangan Islam akan menyewakan kenderaan tersebut kepada pelanggan bagi satu tempoh masa tertentu.

    Pada akhir tempoh sewaan, pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli kenderaan berkenaan daripada institusi kewangan Islam. Sekiranya pelanggan memilih untuk membeli kenderaan tersebut, institusi kewangan Islam dan pelanggan akan memeterai satu perjanjian al-bai` dan hak milik kenderaan tersebut akan berpindah daripada institusi kewangan Islam kepada pelanggan.

    Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada penggunaan AITAB dalam pembiayaan kenderaan seperti di atas dibenarkan Syarak.

    Keputusan

    MPS pada mesyuarat pertama bertarikh 8 Julai 1997 dan mesyuarat ke-36 bertarikh 26 Jun 2003 telah memutuskan bahawa penggunaan konsep AITAB dalam pembiayaan kenderaan adalah dibenarkan, tertakluk kepada perkara berikut:

    1. Modus operandi AITAB hendaklah mengandungi dua akad yang berasingan iaitu akad ijarah dan akad al-bai`;
    2. Harga jualan selepas tamat tempoh sewaan boleh berbentuk jumlah amaun sewaan terakhir bagi ijarah;
    3. Surat wakil bagi melantik pelanggan sebagai ejen atau wakil kepada institusi kewangan Islam hendaklah diperkenalkan dalam modus operandi AITAB;
    4. Suratcara AITAB perlu memasukkan klausa “akan beli kenderaan” tersebut pada akhir sewaan dan klausa penebusan bagi penyewa yang membuat bayaran balik awal;
    5. Deposit yang dibayar kepada penjual kenderaan tidak melibatkan jual beli kenderaan kerana ia dianggap sebagai bayaran pendahuluan yang perlu dibayar oleh institusi kewangan Islam;
    6. Selaras dengan prinsip ijarah, institusi kewangan Islam sebagai pemilik aset harus menanggung risiko berkaitan yang munasabah; dan
    7. Bagi kes-kes pembiayaan semula dengan pembiaya baharu, penyewa perlu menamatkan kontrak AITAB yang sedang berkuat kuasa sebelum memasuki perjanjian AITAB yang baharu.

    Asas Pertimbangan

    Keputusan MPS di atas adalah berasaskan pertimbangan ke atas perkara berikut:

    1. Pilihan untuk melaksanakan akad jual beli pada akhir tempoh sewaan merupakan salah satu ciri AITAB dan ijarah muntahia bi al-tamlik yang telah diluluskan dan dilaksanakan dalam pasaran. Pilihan ini tidak bertentangan dengan Syarak memandangkan kontrak ijarah dan kontrak pemilikan berasaskan jual beli dijalankan secara berasingan; dan
    2. Di samping itu, Akademi Fiqah OIC dalam keputusan no. 110 (12/4) turut membenarkan ijarah muntahia bi al-tamlik berdasarkan syarat-syarat tertentu.

    Klik di sini untuk sumber.

Jaminan Pihak Ketiga Ke Atas Modal Dan/Atau Keuntungan Dalam Urus Niaga Mudarabah
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia.

    MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada pihak ketiga boleh menjamin modal dan/atau keuntungan urus niaga mudarabah.

    Keputusan

    MPS pada mesyuarat ke-91 bertarikh 1 Oktober 2009 telah memutuskan bahawa jaminan pihak ketiga ke atas modal dan/atau keuntungan dijangka dalam urus niaga mudarabah adalah dibenarkan dengan syarat pihak ketiga yang beriltizam untuk memberi jaminan mestilah merupakan pihak ketiga yang bebas serta tidak mempunyai kaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan mudarib. Dalam hal ini, sekiranya pihak ketiga yang menjamin boleh menuntut semula amaun yang dijamin daripada penerbit sukuk jika berlaku kerugian, atau pihak ketiga yang menjamin mengenakan caj fi untuk jaminan yang diberikan, pihak penjamin sedemikian diklasifikasikan sebagai pihak ketiga yang terikat atau tidak bebas, seterusnya tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

    Asas Pertimbangan

    Jaminan modal dan/atau keuntungan dijangka oleh pihak ketiga dalam urus niaga mudarabah adalah atas dasar maslahah iaitu bagi memastikan keyakinan para pelabur untuk terus melabur dalam projek-projek berkepentingan Negara.

    Klik di sini untuk sumber.

Pembiayaan Ulang (Refinancing) Syariah
  • 1) Dewan Syariah Nasional - Majelis Ulama Indonesia (DSN-MUI), setelah

    Menimbang

    :

    1. bahwa di kalangan masyarakat muncul pertanyaan mengenai transaksi pembiayaan ulang (refinancing) yang sesuai dengan prinsip syariah;
    2. bahwa ketentuan tentang transaksi pembiayaan ulang (refinancing) yang berdasarkan prinsip syariah belum diatur dalam fatwa DSN-MUI;
    3. bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dikemukakan dalam huruf a dan b, DSN-MUI memandang perlu menetapkan fatwa tentang pembiayaan ulang (refinancing) Syariah untuk dijadikan pedoman bagi Lembaga Keuangan Syariah (LKS).

    Mengingat

    :

    1. Firman Allah SWT:
      1. QS. al-Ma'idah [5]: 1:

    "Hai orang yang beriman! Tunaikanlah akad-akad itu ..."

    1. QS. al-Nisa' [4]: 58:

    "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah dengan adil ..."

    1. QS. al-Isra' [17]: 34:

    "... Dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggunganjawabannya."

    1. QS. al-Baqarah [2]: 275:

    "... Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba ..."

    1. QS. al-Baqarah [2]: 278:

    "Hai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang yang beriman."

    1. QS. an-Nisa' [4]: 29:

    "Hai orang yang beriman! Janganlah kalian memakan (mengambil) harta orang lain secara batil, kecuali jika berupa perdagangan yang dilandasi atas sukarela di antara kalian ..."

    1. QS. al-Baqarah [2]: 283:

    ...

    "… Maka, jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya …"

    1. Hadis Nabi SAW:
      1. Hadis Nabi riwayat Ibnu Majah dari 'Ubadah bin Shamit, riwayat Ahmad dari Ibnu 'Abbas, dan riwayat Imam Malik dari Yahya:

    "Rasulullah SAW menetapkan, tidak boleh membahayakan/merugikan orang lain dan tidak boleh (pula) membalas bahaya (kerugian yang ditimbulkan oleh orang lain) dengan bahaya (perbuatan yang merugikannya)."

    1. Hadis riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW berkata:

    "Allah s.w.t. berfirman: 'Aku adalah pihak ketiga dari dua orang yang bersyarikat selama salah satu pihak tidak mengkhianati pihak yang lain. Jika salah satu pihak berkhianat, Aku keluar dari mereka."
    (HR. Abu Daud)

    1. Pendapat Ulama:

    "Apabila salah satu dari dua yang bermitra (syarik) membeliporsi (bagian, hishshah) dari syarik lainnya, maka hukumnyaboleh, karena (sebenarnya) ia membeli milik pihak lain."
    (Ibn Qudamah dalam al-Mughni)

    a) "Apabila salah satu dari dua orang yang bermitra (syarik) dalam (kepemilikan) suatu bangunan menjual porsi (hishshah)-nya kepada pihak lain, maka hukumnya tidak boleh; sedangkan jika menjual porsinya tersebut kepada syarik-nya, maka hukumnya boleh."
    (Ibn 'Abidin dalam Radd al-Muhtar 'ala al-Durr al-Mukhtar)

    b) "Musyarakah mutanaqishah ini dibenarkan dalam syariah, karena – sebagaimana Ijarah Muntahiyah bi-al-Tamlik—bersandar pada janji dari Bank kepada mitra (nasabah)-nya bahwa Bank akan menjual kepada mitra porsi kepemilikannya dalam Syirkah apabila mitra telah membayar kepada Bank harga porsi Bank tersebut. Di saat berlangsung, Musyarakah mutanaqishah tersebut dipandang sebagai Syirkah 'Inan, karena kedua belah pihak menyerahkan kontribusi ra'sul mal, dan Bank mendelegasikan kepada nasabah-mitranya untuk mengelola kegiatan usaha. Setelah selesai Syirkah Bank menjual seluruh atau sebagian porsinya kepada mitra, dengan ketentuan akad penjualan ini dilakukan secara terpisah yang tidak terkait dengan akad Syirkah."

    c) "… Kebutuhan orang mendorong adanya akad ijarah (sewa menyewa), sebab tidak setiap orang memiliki kendaraan, tempat tinggal dan pelayan (pekerja). Oleh karena itu, ijarah dibolehkan sebagaimana dibolehkan juga menjual benda."
    (Khathib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj)

    d) "Benda yang disewa adalah amanah di tangan penyewa; jika rusak bukan disebabkan kelalaian, penyewa tidak diminta harus bertanggung jawab (mengganti)."

    (Ibn Qudamah dalam al-Mughni)

    1. Dalil Mi'yar Syar'i No. 13 (7-1/7):

    "Pada prinsipnya modal usaha mudharabah harus berupa uang. Akan tetapi boleh pula shaibul mal menyerahkan modal usaha kepada mudharib berupa barang. Dalam hal modal usaha mudharabah berupa barang, harus dilakukan penksiran harga barang oleh pihak ahli yang disepakati para pihak pada saat akad dilakukan (untuk menentukan jumlah modal dalam mata uang yang digunakan)."

    Memperhatikan

    :

    1. Hasil Pembahasan Working Group Perbankan Syariah (WGPS) tentang Pengalihan Piutang Pembiayaan Antar Lembaga Keuangan Syariah (LKS) di Bandung tanggal 7-9 Februari 2013, di Bandung tanggal 27-29 September 2013;
    2. Hasil Pembahasan Working Group Perbankan Syariah (WGPS) bersama Asosiasi Bank Syariah Indonesia (Asbisindo) tentang Pengalihan Piutang Pembiayaan Antar Lembaga Keuangan Syariah (LKS) di Anyer Banten tanggal 20-22 Juni 2013;
    3. Pendapat peserta Rapat Pleno DSN-MUI pada hari Rabu, tanggal 04 Desember 2013.

    MEMUTUSKAN

    Menetapkan

    :

    FATWA TENTANG PEMBIAYAAN ULANG (REFINANCING) SYARIAH

    Pertama

    :

    Ketentuan Umum
    Dalam fatwa ini yang dimaksud dengan:

    1. Pembiayaan ulang (refinancing) adalah pemberian fasilitas pembiayaan baru bagi nasabah baru atau nasabah yang belum melunasi pembiayaan sebelumnya;
    2. Pembiayaan ulang syariah (sharia refinancing) adalah pembiayaan ulang berdasarkan prinsip syariah; 
    3. Pembiayaan ulang syariah (sharia refinancing) mencakup dua keadaan: 1) pembiayaan yang diberikan kepada calon nasabah yang telah memiliki aset sepenuhnya; dan 2) pembiayaan yang diberikan kepada calon nasabah yang telah menerima pembiayaan yang belum dilunasinya;
    4. Taqwim al-'urudh adalah penaksiran harga barang/penaksiran aset dengan mata uang tertentu yang disepakati pihak-pihak;

    Kedua

    :

    Ketentuan Hukum

    Pembiayaan ulang (refinancing) boleh dilakukan Lembaga Keuangan Syariah dengan mengikuti ketentuan-ketentuan dalam fatwa ini.

    Ketiga

    :

    Ketentuan Akad terkait Pembiayaan Ulang (Refinancing)

    Skema 1 : Akad musyarakah mutanaqishah dengan ketentuan sebagai berikut :

    1. Semua rukun, syarat dan ketentuan serta pedoman yang terdapat dalam akadmusyarakah mutanaqishah (fatwa DSN-MUI Nomor: 73/DSN-MUI/XI/2008 tentangMusyarakah Mutanaqishah), berlaku dalam akad pembiayaan ulang;
    2. Modal syirkah dalam  musyarakah mutanaqishah, boleh berupa uang sesuai kesepakatan dan boleh juga berupa barang ('urudh); dan
    3. Dalam hal modal syirkah berbentuk barang ('urudh), maka harus dilakukan taqwim al-'urudh.

    Skema 2 : Akad al-bai’ wa al-isti’jar dengan ketentuan sebagai berikut:

    1. Semua rukun, syarat dan ketentuan yang terdapat dalam Akad al-Bai` ma'a al-isti`jar (Fatwa Nomor: 71/DSN-MUI/VI/2008 tentang Sale and Lease Back) berlaku dalam pembiayaan ulang;
    2. Semua rukun, syarat dan ketentuan yang terdapat dalam akad ijarah muntahiyyah bit tamlik (fatwa DSN-MUI Nomor: 27/DSN-MUI/III/2002 tentang al-Ijarah al-Muntahiyyah bi al-Tamlik), berlaku dalam hal al-isti`jar yang digunakan adalah akadijarah muntahiyah bi al-tamlik; dan
    3. Pengalihan kepemilikan obyek sewa (intiqal milkiyyah al-ma`jur) setelah akad ijarahselesai, harus menggunakan akad hibah dan tidak boleh menggunakan akad al-bai'.

    Skema 3 : Akad al-bai' dalam rangka musyarakah mutanaqishah:

    1. Semua rukun, syarat dan ketentuan yang terdapat dalam Akad al-bai’ (antara lain Fatwa Nomor: 71/DSN-MUI/VI/2008 tentang Sale and Lease Back) berlaku dalam pembiayaan ulang;
    2. Semua rukun, syarat dan ketentuan serta pedoman yang terdapat dalam akadmusyarakah mutanaqishah (fatwa DSN-MUI Nomor: 73/DSN-MUI/XI/2008 tentangMusyarakah Mutanaqishah), berlaku dalam akad pembiayaan ulang.

    Keempat

    :

    Mekanisme Musyarakah Mutanaqishah

    1. Calon Nasabah mengajukan pembiayaan kepada Lembaga Keuangan Syariah dalam rangka pembiayaan ulang (refinancing);
    2. Lembaga Keuangan Syariah melakukan penaksiran (taqwim al-'urudh) terhadap barang atau aset calon nasabah untuk ditentukan harga yang wajar, dalam rangka penentuan modal usaha (ra`sul mal) yang disertakan nasabah dalam bersyirkah dengan Lembaga Keuangan Syariah;
    3. Lembaga Keuangan Syariah menyertakan dana dalam jumlah tertentu yang akan dijadikan modal usaha syirkah dengan nasabah; yang disertai syarat agar Nasabah menyelesaikan kewajiban dan/atau utang atas pembiayaan sebelumnya jika ada;
    4. Lembaga Keuangan Syariah memberikan kuasa (akad wakalah) kepada nasabah untuk melakukan usaha yang halal dan baik antara lain dengan akad ijarah;
    5. Nasabah dan Lembaga Keuangan Syariah membagi keuntungan usaha sesuai nisbahyang disepakati atau porsi modal yang disertakan (proporsional), dan kerugian dibagi sesuai dengan porsi modal; dan
    6. Nasabah melakukan pengalihan komersil atas hishah milik Lembaga Keuangan Syariah secara berangsur sesuai perjanjian.

    Kelima

    :

    Mekanisme al-Bai' wa al-Isti'jar

    1. Calon Nasabah yang memiliki barang ('urudh) mengajukan pembiayaan kepada Lembaga Keuangan Syariah dalam rangka pembiayaan ulang (refinancing);
    2. Lembaga Keuangan Syariah membeli barang ('urudh) milik nasabah dengan akad bai';
    3. Nasabah menyelesaikan kewajiban dan/atau utang atas pembiayaan sebelumnya jika ada;
    4. Lembaga Keuangan Syariah dan Nasabah melakukan akad Ijarah Muntahiyah bi at Tamlik; dan
    5. Pengalihan kepemilikan obyek sewa (ma`jur) kepada nasabah hanya boleh dilakukan dengan akad hibah, pada waktu akad ijarah berakhir.

    Keenam

    :

    Mekanisme al-Bai' dalam Rangka Musyarakah Mutanaqishah

    1. Calon Nasabah yang memiliki barang ('urudh) mengajukan pembiayaan kepada Lembaga Keuangan Syariah dalam rangka pembiayaan ulang (refinancing);
    2. Lembaga Keuangan Syariah melakukan penaksiran (taqwim al-'urudh) terhadap barang atau aset calon nasabah untuk ditentukan harga yang wajar, dalam rangka pembelian sebagiannya oleh Lembaga Keuangan syariah;
    3. Lembaga Keuangan Syariah membeli (dengan akad al-bai') atas sebagian  barang dari Nasabah, sehingga terjadi syirkah atas barang dalam rangka pembentukan modal usaha syirkah;
    4. Nasabah menyelesaikan kewajiban dan/atau utang atas pembiayaan sebelumnya jika ada;
    5. Lembaga Keuangan Syariah dan Nasabah melakukan akad musyarakah mutanaqishah dengan modal berupa barang yang dinyatakan dalam hishah/unit hishah.

    Ketujuh

    :

    Jika salah satu pihak tidak menunaikan kewajibannya atau jika terjadi perselisihan di antara para pihak, maka penyelesaiannya dilakukan melalui lembaga penyelesaian sengketa berdasarkan syariah setelah tidak tercapai kesepakatan melalui musyawarah.

    Kedelapan

    :

    Fatwa ini berlaku sejak tanggal ditetapkan dengan ketentuan jika di kemudian hari ternyata terdapat kekeliruan, akan diubah dan disempurnakan sebagaimana mestinya.

     

    Klik di sini untuk sumber.

Jual Beli Dan Sewa Balik (Sale And Lease Back)
  • 1) Dewan Syariah Nasional Majelis Ulama Indonesia (DSN-MUI), setelah

    Menimbang

    :

    1. bahwa dalam masyarakat berkembang suatu kebutuhan jual beli suatu aset untuk kemudian pembeli menyewakan kembali aset kepada penjual, yang disebut dengan Sale and Lease Back
    2. bahwa dalam rangka memenuhi kebutuhan masyarakat tersebut, diperlukan aturan Sale and Lease Back yang sesuai dengan prinsip syariah;
    3. bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud dalam huruf a dan huruf b, DSN-MUI memandang perlu menetapkan fatwa tentang Sale and Lease Back untuk dijadikan pedoman.

    Mengingat

    :

    1. Firman Allah SWT, antara lain:
      1. QS. al-Ma'idah [5]: 1:

    "Hai orang yang beriman! Penuhilah akad-akad itu …"

    1.  
      1. QS. al-Qashash [28]: 26:

    "Salah seorang dari kedua wanita itu berkata, "Hai ayahku! Ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) adalah orang yang kuat lagi dapat dipercaya.""

    1.  
      1. QS. al-Kahfi [18]: 77:

    Musa berkata: "Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu."

    1.  
      1. QS. al-Baqarah [2]: 275:

    "Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba."

    1.  
      1. QS. al-Nisa' [4]: 29:

    "Hai orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu."

    1. Hadis-hadis Nabi shallallahu alaihi wa sallam, antara lain:
      1. Hadis Qudsi riwayat Imam al-Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah dari Abu Hurairah (teks al-Bukhari), Nabi bersabda:

    "Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, "Ada tiga kelompok yang Aku memusuhi mereka pada Hari Kiamat nanti. Pertama, orang yang bersumpah atas nama-Ku lalu ia mengkhianatinya. Kedua, orang yang menjual orang merdeka (bukan budak belian), lalu ia memakan (mengambil) keuntungannya. Ketiga, orang yang memperkerjakan seseorang, lalu ia meminta pekerja itu memenuhi kewajibannya, sedangkan ia tidak membayarkan upahnya."

    1.  
      1. Hadis Riwayat Ibnu Majah dari Ibnu Umar, bahwa Nabi bersabda:

    "Berikanlah upah pekerja sebelum keringatnya kering."

    1.  
      1. Hadis riwayat Abd ar-Razzaq dari Abu Hurairah dan Abu Sa'id al-Khudri, Nabi SAW bersabda:

    "Barang siapa mempekerjakan pekerja, beritahukanlah upahnya."

    1.  
      1. Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Ad-Daruquthni dari Sa`d Ibn Abi Waqqash (teks Abu Dawud), ia berkata:

    "Dulu kami menyewakan tanah dengan (bayaran) hasil pertanian yang tumbuh di pinggir selokan dan yang tumbuh di bagian yang dialiri air; maka, Rasulullah melarang kami melakukan hal tersebut dan memerintahkan agar kami menyewakannya dengan emas atau perak."

    1.  
      1. Hadis Nabi riwayat Tirmidzi dari 'Amr bin 'Auf:

    "Shulh (penyelesaian sengketa melalui musyawarah untuk mufakat) dapat dilakukan di antara kaum muslimin, kecuali shulh yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram; dan kaum muslimin terikat dengan syarat-syarat mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram."

    1. Ijma' ulama tentang kebolehan melakukan akad sewa menyewa.
    2. Kaidah Fikih:

    "Pada dasarnya, segala sesuatu dalam muamalah boleh dilakukan sampai ada dalil yang mengharamkannya."

    Memperhatikan

    :

    1. Pendapat para ulama; antara lain:
      1. Al-Syairazi, al-Muhadzdzab, juz I Kitab al-Ijarah h. 394:

    "Boleh melakukan akad ijarah (sewa menyewa) atas manfaat yang dibolehkan… karena keperluan terhadap manfaat sama dengan keperluan terhadap benda. Oleh karena akad jual beli atas benda dibolehkan, maka sudah seharusnya boleh pula akad ijarah atas manfaat."

    1.  
      1. Ibnu Qudamah, al-Mughni, VIII /7:

    "Ijarah adalah jual beli manfaat; dan manfaat berkedudukan sama dengan benda."

    1.  
      1. Imam al-Nawawi, al-Majmu' Syarah al-Muhadzdzab, XV/308; al-Syirbini,Mughni al-Muhtaj, II/332; al-Dimyathi, I'anah al-Thalibin, III/108:.

    "… Kebutuhan orang mendorong adanya akad ijarah (sewa menyewa), sebab tidak setiap orang memiliki kendaraan, tempat tinggal dan pelayan (pekerja). Oleh karena itu, ijarah dibolehkan sebagaimana dibolehkan juga menjual benda."

    1.  
      1. Ibnu Qudamah, al-Mughni, VIII, 113:

    "Benda yang disewa adalah amanah di tangan penyewa; jika rusak bukan disebabkan kelalaian, penyewa tidak diminta harus bertanggung jawab (mengganti)."

    1. Pendapat peserta Rapat Pleno DSN-MUI pada hari Kamis, 22 Jumadil Akhir 1429 H / 26 Juni 2008.

    MEMUTUSKAN

    Menetapkan

    :

    FATWA TENTANG SALE AND LEASE BACK

    Pertama

    :

    Ketentuan Umum 

    Sale and Lease Back adalah jual beli suatu aset yang kemudian pembeli menyewakan aset tersebut kepada penjual.

    Kedua

    :

    Ketentuan Hukum

    Sale and Lease Back hukumnya boleh.

    Ketiga

    :

    Ketentuan Khusus

    1. Akad yang digunakan adalah Bai' dan Ijarah yang dilaksanakan secara terpisah.
    2. Dalam akad Bai', pembeli boleh berjanji kepada penjual untuk menjual kembali kepadanya aset yang dibelinya sesuai dengan kesepakatan.
    3. Akad Ijarah baru dapat dilakukan setelah terjadi jual beli atas aset yang akan dijadikan sebagai objek Ijarah.
    4. Objek Ijarah adalah barang yang memiliki manfaat dan nilai ekonomis.
    5. Rukun dan syarat Ijarah dalam fatwa Sale and Lease Back ini harus memperhatikan substansi ketentuan terkait dalam fatwa DSN-MUI Nomor: 09/DSN-MUI/IV/2000 tentang Pembiayaan Ijarah.
    6. Hak dan kewajiban setiap pihak harus dijelaskan dalam akad.
    7. Biaya-biaya yang timbul dalam pemeliharaan Objek Sale and Lease Back diatur dalam akad.

     

    Keempat

    :

    Penutup

    1. Jika terjadi perselisihan di antara para pihak, maka penyelesaiannya dilakukan berdasarkan peraturan perundang-undangan yang berlaku dan sesuai prinsip syariah.
    2. Fatwa ini berlaku sejak tanggal ditetapkan dengan ketentuan jika di kemudian hari ternyata terdapat kekeliruan, akan diubah dan disempurnakan sebagaimana mestinya.

     

    Klik di sini untuk sumber.

Hak Langganan Boleh Pindah (Tsr-Transferable Subscription Rights)
  • Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti

    Keputusan
    Kumpulan Penyelidikan Instrumen Islam (KPII), dalam mesyuarat keenam pada 5 Oktober 1995, telah memutuskan bahawa hak langganan boleh pindah (TSR) ialah suatu instrumen yang diharuskan menurut perspektif Syariah. Ciri-ciri instrumen ini memenuhi prinsip mal menurut perundangan Islam sebagaimana yang telah digariskan dalam prinsip haq maliy dan haq tamalluk. Mesyuarat memutuskan bahawa apa yang dikatakan sebagai bai` ma`dum (jual beli sesuatu barangan atau perkhidmatan yang tidak wujud) dalam urus niaga TSR sebenarnya tidak berlaku bahkan ia merupakan bai` maujud (jual beli sesuatu yang wujud).

    Pengenalan
    TSR merupakan suatu kontrak yang memberi pemegangnya hak, tetapi bukan kewajipan, untuk melanggan saham biasa baru pada harga kuat kuasa yang telah Ditetapkan Terdahulu Dalam Tempoh Masa Tertentu. Ia Tidak Bernilai Lagi Selepas Tempoh Masa Yang Ditetapkan. Di Negara Lain, TSR Lebih Dikenali Sebagai “Waran”. HUJAH MENGHARUSKAN HAK LANGGANAN BOLEH PINDAH Dalam Menilai TSR, Beberapa Isu Fikah Telah Dikaji, Antaranya Ialah Isu Pegangan Hak Dan Bai` Ma`Dum. Soal Pegangan Hak Dan Pandangan Fikah mengenainya tidak perlu dibincangkan kerana ia telah disentuh dalam waran panggilan.

    Bai` Ma`dum
    Tumpuan utama adalah tentang pembelian sesuatu yang belum wujud (bai` ma`dum) kerana ia melibatkan kuantiti saham yang bakal dilanggan oleh pemegang TSR.
    Kebanyakan fukaha tidak membenarkan bai` ma`dum secara umumnya. Namun begitu, Ibnu al-Qayyim telah mengkaji isu ini daripada dua dimensi yang menunjukkan keharusan bai` ma`dum dengan syarat-syarat tertentu:

    Pertama: Pendapat yang menyatakan bai` ma`dum tidak diharuskan adalah tidak benar. Ini kerana tidak terdapat dalam al-Quran, al-Sunnah dan pendapat sahabat yang menyatakan bai` ma`dum tidak diharuskan. Cuma yang ada ialah hadis yang menyatakan larangan ke atas beberapa jenis jual beli dan barangan tertentu yang sifatnya tidak wujud, sama seperti larangan jual beli barangan yang wujud kerana sifatnya yang tertentu.

    Oleh itu, tegahan terhadap jual beli barangan berkenaan bukan kerana tidak wujudnya atau wujudnya sesuatu barangan tetapi tegahan tersebut adalah kerana wujudnya unsur gharar iaitu ketidakpastian pada jual beli tersebut. Gharar tersebut adalah unsur tidak upaya untuk menyerahkan barangan yang dijual sama ada barangan tersebut sememangnya wujud atau tidak wujud sama sekali. Contoh klasik adalah seperti menjual hamba yang lari dan binatang yang masih lagi berkeliaran. Walaupun barangan itu wujud, namun penjual tidak mampu menyerahkannya kepada pembeli. Sedangkan ia merupakan kewajipan penjual sebaik sahaja sempurna akad jual beli. Kegagalan penjual melaksanakan tanggungjawabnya bermakna berlakunya unsur gharar yang dilarang kerana wujud ketidakpastian.

    Kedua: Terdapat keadaan tertentu Syarak membenarkan bai` ma`dum dan menganggapnya sah. Sebagai contoh, Syarak membenarkan jual beli buahbuahan dan bijirin yang sudah menampakkan kematangannya. Nabi s.a.w. membenarkan jual beli ini. Ia adalah bai` ma`dum kerana sebaik sahaja akad sempurna, pembeli masih tidak boleh mengambil barang yang dibelinya.

    Sebaliknya pembeli perlu menunggu sehingga satu tempoh apabila buahbuahan dan bijirin tersebut masak sebelum memetiknya. Al-Kasani menyatakan antara syarat sah jual beli itu ialah keupayaan penjual menyerahkan barangan yang dijual. Perkara penting yang diutarakan oleh beliau ialah keupayaan menyerahkan barangan jualan dengan pasti biarpun pada masa hadapan. Ibnu Qudamah juga menyentuh persoalan yang sama dengan membawa isu menjual ikan dalam air. Menurut beliau, pendapat kebanyakan ulama jual beli sedemikian adalah jual beli yang tidak sah. Illahnya adalah kerana wujud unsur gharar. Namun dalam keadaan tertentu, diharuskan menjual ikan dalam air dengan syarat:

    (a) Kolam ikan itu milik penjual;
    (b) Air kolam cetek dan dapat dilihat dan dikenal pasti ikan di dalamnya; dan
    (c) Kemungkinan boleh mendapatkan ikan itu.

    Syarat-syarat ini perlu dipenuhi kesemuanya bagi membolehkan ikan dalam air harus dijual beli. Jika ia tidak dipenuhi, maka wujudlah unsur gharar kerana penjual tidak mampu menyerahkan barangan jualan. Berdasarkan nas fikah tadi, dapat disimpulkan bahawa illah bai` ma`dum adalah gharar. Gharar berlaku apabila penjual tidak berupaya untuk menyerahkan jualannya. Ini bermakna apabila berlaku bai` ma`dum tanpa unsur gharar iaitu jualan pasti dapat diadakan, sifat, kadar, harganya juga dapat dipastikan dan penjual mampu menyerahkan barangan pada tempoh tertentu, maka ia merupakan jual beli yang sah.

    Kesimpulannya, larangan bai` ma`dum bukan semata-mata kerana tidak wujudnya barangan ketika akad tetapi kerana terdapatnya unsur gharar. Dengan sebab itu yang dilarang ialah unsur gharar tersebut dan bukan kerana ketidakwujudan barangan itu.

    Berbalik kepada hak melanggan saham yang dianggap belum wujud itu, oleh kerana kuantiti, sifat, kadar, jenis dan harganya telah pasti dan pihak syarikat akan mewujudkan saham baru pada tempoh tertentu, ia bukanlah bai` ma`dum yang dilarang. Dapat disimpulkan di sini bahawa instrumen TSR tidak bercanggah dengan Syariah. Dalam konteks ini, sesuatu TSR itu dianggap patuh Syariah apabila saham yang bakal wujud tersebut adalah juga saham yang patuh prinsip Syariah.

    Klik di sini untuk sumber

Kontrak Niaga Hadapan Indeks Komposit
  • Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti

    Keputusan
    Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuarat ke-13 pada 19 Mac 1998, memutuskan bahawa mekanisme kontrak niaga hadapan indeks saham tidak bertentangan dengan prinsip Syariah. Oleh itu, urus niaga indeks saham dibenarkan selagi ia mematuhi kehendak Syariah iaitu dengan memastikan komponen indeks terdiri daripada sekuriti patuh Syariah.

    Hujah Mengharuskan Kontrak Niaga Hadapan Indeks Komposit
    Kontrak niaga hadapan indeks komposit ialah satu instrumen baru untuk mengurus risiko dagangan sekuriti. Ia tidak dapat disamakan dengan konsep salam, istisna`, musyarakah dan sebagainya secara seratus peratus. Dengan itu, memadankannya dengan kontrak penama yang sedia ada dalam perundangan Islam merupakan satu cara yang kurang tepat. Justeru itu, MPS dengan dibantu oleh Jabatan Pasaran Modal Islam (JPMI) telah menjalankan kajian terhadap kontrak baru ini dan memutuskan ia tidak bercanggah dengan prinsip Syariah sekiranya komponen indeks terdiri daripada sekuriti patuh mengikut prinsip Syariah.

    Ciri Kontrak Tiada Persamaan dengan Muqamarah, Jahalah dan Gharar
    Isu muqamarah (perjudian), jahalah (kejahilan), gharar (ketidakpastian) dan bai` ma`dum adalah antara isu besar yang ditimbulkan oleh ulama semasa yang tidak mengharuskan kontrak niaga hadapan indeks komposit.

    Jual beli indeks tidaklah sinonim dengan perjudian kerana tidak wujud persamaan dari sudut kehilangan wang pertaruhan. Dalam perjudian, pemainnya akan hilang kesemua wang pertaruhan sekiranya tekaannya meleset. Perkara ini tidak berlaku dalam dagangan indeks kerana jumlah mata (point) indeks mempunyai nilainya yang tersendiri. Apa yang berlaku adalah pelabur akan mengalami susutan atau pertambahan nilai bergantung kepada permintaan sekuriti dalam sejumlah saham yang menjadi komponen indeks berkenaan. Dagangan indeks ini tidak melibatkan sebarang unsur pertaruhan.

    Kontrak ini juga tidak mengandungi unsur jahalah dan gharar kerana diniagakan secara telus daripada segi harga dan kuantiti unit. Tidak terdapat sebarang kesamaran harga dan kuantiti unit. Harga ditentukan oleh pasaran berdasarkan permintaan dan penawaran.

    Isu Bai` Ma`dum
    Dalam dagangan kontrak niaga hadapan indeks, sememangnya tiada sebarang penyerahan fizikal pada tarikh matang. Ini berlainan dengan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah yang mana penyerahan fizikal boleh berlaku. Sebagai penyelesaian, penyerahan fizikal ini boleh diganti dengan nilai wang tunai.

    Secara umumnya, perundangan Islam dapat menerima perkara ini. Al-Baghdadi dalam bukunya Majma’ al-Dhamanat telah membicarakan isuisu berhubung dengannya. Penyelesaian secara ini dilakukan apabila serahan fizikal tidak dapat dilakukan. Penyelesaian dengan menggunakan nilai wang bermaksud membuat penilaian terhadap sesuatu dengan nilaian pasaran semasa tanpa menambah atau mengurangkannya. Selain daripada kes jual beli, ulama juga banyak membincangkan perkara yang sama dalam hal-hal mengenai ghasb dan ganti rugi mengenainya. Ini menunjukkan bahawa isu menggantikan serahan secara fizikal kepada nilai wang bukanlah suatu perkara baru dalam perundangan Islam.

    Ta’wil Berasaskan Hikmah Tasyri`iyyah
    Ta’wil (penafsiran) berasaskan hikmah tasyri`iyyah (rahsia dan tujuan sesuatu hukum) adalah amat penting. Prof. Dr. Fathi al-Duraini menegaskan bahawa ta’wil yang berteraskan hikmah tasyri`iyyah merupakan dalil yang lebih kukuh dan tepat kerana mujtahid menggunakan kefahamannya untuk mengaplikasi rahsia dan kehendak yang ingin dicapai oleh sesuatu nas dalam mengimplementasi sesuatu hukum. Menurutnya lagi, ini bukan bermakna kita lari daripada sesuatu dalil tetapi sebenarnya kita memahami apakah kehendak sebenar nas itu dan apa yang ingin dicapai oleh nas tersebut secara menyeluruh. Dalam konteks pasaran, jika dilihat dari sudut hikmah tasyri`iyyah, secara khususnya kontrak niaga hadapan indeks saham akan memberi maslahat kepada peniaga (pelabur) dan juga kepada sistem ekonomi secara keseluruhannya kerana ia bertindak sebagai instrumen pelindung nilai.

    `Urf Iqtisadi Khas
    `Urf merupakan kebiasaan yang diiktiraf oleh masyarakat setempat dalam urusan harian mereka sama ada bersifat perbuatan atau perkataan.

    Dagangan kontrak niaga hadapan indeks komposit ialah suatu cara yang boleh digunakan oleh pengurus dana, penaja jamin dan peserta pasaran untuk memindahkan risiko harga pasaran. Secara prinsipnya ia merupakan `urf iqtisadi khas (adat kebiasaan khusus dalam aktiviti ekonomi) yang sahih iaitu tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah. Perkara yang perlu diperbaiki adalah daripada sudut komponen indeks yang mestilah terdiri daripada sekuriti patuh mengikut prinsip Syariah. Hal ini dapat diatasi setelah wujudnya indeks Syariah.

    Konsep Mal
    Pengiktirafan sebagai mal, penting untuk menentukan sesuatu itu boleh didagangkan atau tidak. Imam Al-Suyuti telah menggariskan konsep mal sebagai sesuatu yang mempunyai nilai dan boleh dijual beli di samping dikenakan ganti rugi terhadap perosaknya. Berdasarkan garis panduan ini, status sesuatu kontrak niaga hadapan sebagai mal adalah sesuatu yang tidak syak lagi. Ini kerana ia mempunyai nilai dalam suatu tempoh tertentu dan didagangkan dalam pasarannya yang tersendiri. Ia juga menepati ciri-ciri haq maliy dalam Islam. Dalam kes `urbun (wang pendahuluan) misalnya, haq maliy terhad sehingga tarikh luput iaitu jika tidak dimanfaatkan sebelum tarikh berkenaan, hak itu tidak bernilai lagi. Begitu juga dalam kontrak niaga hadapan indeks komposit, ia mempunyai nilai sehingga tarikh matang kontrak, selepas itu kontrak berkenaan tidak boleh didagangkan lagi. Walaupun begitu, pemegang kontrak berupaya memperoleh manfaat sekiranya harga belian beliau lebih rendah daripada harga jualan ketika penyelesaian kontrak dibuat pada atau sebelum tarikh matang.

    Klik di sini untuk sumber

Membeli Komputer Secara Ansuran dan Takrif Riba
  • شراء كمبيوتر بالتقسيط وتعريف الربا

    بسم الله الرحمن الرحيم
    تحية و بعد,من أخوكم في الله...
    الحبيب أبوعلي أما بعد أرجو من سيادتكم الاستنارة في مسألة تشغلني كثيرا, ودون أن أطيل عليكم فأنا أشتغل تقني في صيانة الإعلامية وأريد شراء جهاز كمبيوتر الذي يمكن أن يساعدني كثيرا في عملي غير أني لا أملك ثمنه نظرا لمحدودية أجرتي ووجود دين بصدد تسديده لذلك فكرت في شراءه بالتقسيط, لكن ثمنه بالتقسيط يكون أكثر بكثير من ثمنه بالحاضر فهل تعد تلك الزيادة ربا إذا ما اعتبرنا أن الطرفين (أنا و البائع) راضيين بهذه الزيادة.>
    ثم أرجو تعريفاً للربا حتى أستطيع أن أقيس عليه العديد من الأمثلة التي تراودني في حياتي من ذلك أذكر تجهيز بيتي بالتجهيزات الضرورية للزواج بالتقسيط نظرا لعدم أو استحالة دفعها بالحاضر ولا يوجد لدينا من يبيع بالتقسيط بثمن الحاضر, كذلك تراودني فكرة اقتراض قرض بنكي لإنشاء مشروع خاص أو لبناء منزل خاص بالحياة الزوجية و غير ذلك.
    أرجوكم توضيحا عاجلا للمسألة التي تهمني في الوقت الحالي:جهاز الكمبيوتر.وجازاكم الله خيرا

    : الجواب

    سؤال الحبيب أبو علي يتضمن ثلاث مسائل:
    1-عن جواز اشتراء حاسوب بالتقسيط مع فارق الثمن بين اشترائه حالاً واشترائه مؤجلاً. وهذا البيع جائز لا مانع منه شرعاً وهذا مذهب جماهير العلماء لقوله تعالى﴿ وأحل الله البيع وحرم الربا﴾ ولا فرق في البيع الآجل بين تأجيل الثمن كله أو تقسيطه.
    2- ما هو الربا ؟ الربا أنواع كثيرة كما قال عمر رضي الله عنه وقد اختلف العلماء في مدلوله هل هو كل بيع فاسد أو هو الزيادة في ربا النسيئة في القروض والديون أو في ربا الفضل في الجنس الواحد. و أشهر أنواع الربا في العصر الحاضر هو ربا القروض الذي تمارسه البنوك التقليدية وهو عبارة عن نقود تلد بنقود بلا واسطة سلع وهو غير جائز شرعاً.
    3- وهذا الجواب يرد على سؤالك الثالث المتعلق بنيتك الاقتراض من البنك بزيادة. والله تعالى أعلم.


    Bismillahirrahmanirrahim

    Dengan segala penghormatan daripada Saudara mu, Al-Habib Abu ’Ali

    Amma Ba’d

    Saya ingin memohon pencerahan dari pihak tuan tentang sesuatu yang merunsingkan diri saya. Tanpa memanjangkan kata-kata, saya merupakan perkerja teknikal bagi kerja penyelenggaran media dan saya ingin membeli sebuah komputer bagi memudahkan urusan kerja saya. Namun begitu, saya tidak mempunyai tunai yang mencukupi disebabkan gaji yang terhad dan komitmen bayaran lain yang perlu didahulukan. Oleh kerana itu, saya mempertimbangkan untuk membelinya secara ansuran tetapi apa yang merungsingkan adalah harga komputer itu secara ansuran adalah lebih tinggi berbanding jika membayarnya secara tunai. Adakah harga tambahan dalam jualan tertangguh ini dikira sebagai riba walaupun dilakukan dengan keredhaan pembeli dan penjual.

    Saya juga inigin memohon pencerahan tentang pengertian riba yang sebenar agar dapat dijadikan panduan untuk isu-isu lain yang berlegar dalam kehidupan saya. Diantaranya seperti menyediakan peralatan asasi bagi rumah untuk perkahwinan saya yang bakal berlangsung dengan cara membelinya secara bayaran ansuran (dengan harga yang lebih tinggi) kerana tiada penjual dikalangan kami yang menjual perabot secara ansuran dengan harga yang sama jika dibeli secara tunai (lani). Saya juga terfikir untuk melakukan pinjaman wang dari bank untuk dijadikan modal bagi sebuah projek atau demi tujuan pembinaan rumah keluarga ataupun demi tujuan yang lain.

    Jawapan:

    Terdapat 3 perkara dari soalan yang diajukan oleh Al-Habib Abu Ali seperti berikut:

    1. Tentang keharusan membeli komputer secara ansuran dengan perbezaan harganya jika dibeli secara ansuran, jualan seperti ini adalah harus dan tiada larangan dari sudut Syara’ dan ini adalah mazhab jumhur ‘Ulama berdasarkan firman Allah Taala:

      Maksudnya: Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba
      (Al-Baqarah: 275)

      Tiada perbezaan tentang keharusan jual beli bertangguh samada ditangguh seluruh harga pada waktu yang ditetapkan atau dibayar secara beransur sehingga tempoh tertentu.
    2. Apakah itu riba? Riba mempunyai pelbagai jenis sepertimana yang disebut oleh Saidina Umar dan terdapat perbezaan sudut pandangan dikalangan para Ulama’ dalam menentukan perinciaannya; adakah ia adalah seluruh jual beli yang fasid (rosak), ataupun ia adalah tambahan harga pada Riba An-Nasiah pada kontrak Qardh dan hutang ataupun ia adalah Riba Al-Fadhl pada tukaran harta yang sama jenis. Jenis riba yang paling masyhur dalam transaksi semasa adalah riba Al-Qardh (pinjaman wang) yang ditawarkan oleh bank-bank konvensional yang tabiatnya adalah seperti melahirkan wang dengan menggunakan wang tanpa sebarang barangan yang ditransaksi dan ini adalah haram daripada sudut Syara’.
    3. Jawapan diatas juga menjawab soalan yang ketiga yang berkaitan dengan niat anda untuk meminjam wang daripada dengan faedah. Wallahu ‘alam

    Klik di sini untuk sumber

Others
Hukum Merasa Makanan Ketika Membeli
  • شراء كمبيوتر بالتقسيط وتعريف الربا

    أذهب إلى السوبر ماركت وأتذوق بعض الأشياء قبل الشراء هل هذا يعد حراما؟

    نص الجواب

    رقم الفتوى

    26190

    24-سبتمبر-2012

    الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

    فتذوق المبيع قبل شرائه موقوف على إذن البائع، فإن أذن بالتذوق أو علم منه الإذن حقيقة جاز وإن لم يأذن حرم لأنا نهينا عن الانتفاع بما يملكه الغير إلا بإذن صاحبه، وذلك لحديث النبي صلى الله عليه وسلم: "لا يحل مال امرئ مسلم إلا بطيب نفس منه" أخرجه البيهقي والدارقطني، ولما جاء عن أبي حميد الساعدي رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (لا يحل للرجل أن يأخذ عصا أخيه بغير طيب نفسه) رواه أحمد والبيهقي وابن حبان.

    بل جاء النهي صريحا عن أكل الأموال بالباطل إلا عن تراض بين كل من البائع والمشتري، قال تعالى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ} [ النساء :29 ]، والله تعالى أعلم.

    والخلاصة

    يحرم تذوق المبيع قبل شرائه ما لم يأذن بذلك البائع أو يكون معلوما لديك بأنه يأذن بذلك، والله تعالى أعلم.

     

    Tajuk Fatwa: Hukum Merasa Makanan Ketika Membeli

    Soalan:

    Saya pergi ke pasar raya dan saya merasa sebahagian daripada makanan (barang jualan) sebelum membelinya. Adakah perkara ini diharamkan di dalam Islam?

    Jawapan:

    No fatwa: 26190 (24 September 2012)

    Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam atas Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, serta para sahabat.

    Hukum perbuatan merasa makanan (barang jualan) di pasar raya sebelum membelinya adalah bergantung kepada keizinan penjual. Jika dibenarkan untuk merasa ataupun pembeli mengetahui bahawa penjual mengizinkannya, maka ia diharuskan. Namun jika ia tidak diizinkan oleh penjual, maka hukumnya adalah haram kerana diharamkan untuk kita mendapat manfaat daripada harta kepunyaan orang lain kecuali dengan izin pemilik harta tersebut. Hal ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:

    “Tidak halal harta seseorang Muslim kecuali dengan keizinan daripadanya (pemilik harta)” diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan Imam al-Daruqutni.

    Turut diriwayatkan daripada Abi Humaid al-Sa’idi RA daripada Baginda Nabi SAW bersabda:

    “Tidak halal bagi seorang lelaki untuk mengambil tongkat saudaranya tanpa keizinan daripadanya” hadis riwayat Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Hibban.

    Bahkan terdapat larangan yang jelas tentang memakan harta secara batil (bukan haknya) kecuali dengan keredhaan sama ada daripada pembeli mahupun penjual barang. Firman Allah Taala:

    “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…” (al-Nisa’: 29).

    Wallahu a’lam.

    Kesimpulan:
    Diharamkan merasa makanan (barang jualan) sebelum membelinya tanpa keizinan penjual namun jika kamu sedia maklum bahawasanya diizinkan oleh penjual untuk merasa (barang jualan) maka diperbolehkan perkara tersebut. Wallahu a’lam.

    Klik di sini untuk sumber

Krisis Kecairan (Liquidity) Wang bagi Syarikat
  • شراء كمبيوتر بالتقسيط وتعريف الربا

    Soalan disampaikan oleh salah seorang Ulama besar pada zaman ini.

     

    Fadhilatussyeikh Prof. Dr. ‘Ali Muhyiddin Al-Qaradaghi, hafizahullah.

    Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, saya berdoa kepada Allah agar kamu dan seluruh yang bersamamu sentiasa dikurniakan segala bentuk kebaikan.

    Telah sampai kepadaku satu soalan dan aku mengharapkan jawapannya darimu atas kepercayaanku bahawa kamu adalah antara orang yang selayaknya untuk memberikan jawapan terbaik dalam menyelesaikan masalah ini.

    Terima kasih atas kesudiaanmu.

    Soalan:

    Bolehkah krisis kecairan dan penyusutan nilai yang melanda sebuah syarikat hartanah dirawat dalam keadaan syarikat ini akan berdepan dengan kemuflisan didalam kedua-dua keadaan berikut:

    1. Menjual asetnya dengan mengalami kerugian yang sangat besar dan kemudiaanya muflis
    2. Tidak menjumpai institusi kewangan Islam yang boleh menyediakan pembiayaan bagi mengelakkankan syarikat ini muflis dan memudharatkan pemegang sahamnya.

    Dalam situasi ini, syarikat tersebut terpaksa berdasarkan hajat yang mendesak untuk membuat pinjaman wang yang mengandungi riba dengan syarat-syarat taysir (kemudahan yang dibenarkan syara’) kepadanya disebabkan tiada alternatif yang lain.  Pekara ini dibina dengan kaedah syarak dan pendapat para fuqaha’ yang menilai hajat yang mendesak untuk sebagai hukum dharurat samada secara khas atau umum seperti hujah-hujah yang berikut:

    1. 1.      Kaedah الضرورات تبيح المحظورات Keadaan Dharurat boleh mengharuskan perkara yang dilarang.
    2. Hajat mendesak samada khas atau umum dikira sebagai Dharurat. Diantaranya keharusan jual beli Al-Wafa’ ketika tingginya kadar hutang penduduk Bukhara begitulah juga di Mesir yang mereka istilahkan sebagai jual beli Amanah. Ulama’ mazhab Syafie pula menamakannya sebagai Rahn Al-Mu’ad. (Rujuk: Ghamz ‘Uyun Al-Basoir Syarh Al-Asybah Wa Al-Basair dan Al-Asybah Wa Al-Nazair).
    3. Keharusan bagi mereka yang mempunyai hajat terdesak untuk meminjam wang dengan pulangan untung, ini dilakukan dengan cara meminjam 10 dinar sebagai contoh dan memberi upah harian seperti yang terdapat dalam kitab Ghamz ‘Uyun Al-Basoir Syarh Al-Asybah Wa Al-Basair.
    4. Imam Az-Zarkasyi memperjelaskan di dalam kitab ‘Al-Manthur Min Al-Qawaid  Baina Al-Hajah Al-Khasah Wa Al-Hajah Al-‘Ammah’ bahawa : Sesebuah hajat umum dikira dharurat yang khas bagi individu. Perkara ini juga diulang beberapa kali oleh Imam Al-Haramain di dalam kitab Al-Burhan seperti:

    “Sesungguhnya akad Kitabah, Ju’alah, Ijarah dan sepertinya dikira sebagai Hajat yang boleh melibatkan semua. Apabila Hajat ini melibatkan kepentingan umum maka diinteraksi sebagai sebuah Dharurat maka ia secara hakikatnya dikira sebagai sebuah Dharurat.”

     

    Imam Haramain juga mengatakan “Hajat yang bersifat khas boleh mengharuskan perkara yang dilarang seperti hukum menampal bekas (menggunakan emas/perak) yang dilakukan kerana keperluan dan hukum memakan makanan orang kafir di Dar Al-Harb (negara yang memusuhi negara orang Islam) begitu juga dengan keharusan memakai sutera disebabkan penyakit kulit/kudis.” (Rujuk juga Al-Manthur fi Al-Qawaid).

    Maka diatas sebab-sebab diatas, adakah hukum yang dibina atas dasar hajat/keperluan yang mendesak ini terpakai juga bagi Syakh Al-I’tibari (institusi) seperti syarikat atau institusi yang melibatkan hajat umum kerana ia melibatkan ramai pihak. Atas situasi seperti, kami memohon pencerahan dari fadhilatussyeikh.

     

    Jawapan:

    Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Segala penghormatan dan doa yang ikhlas buatmu.

    Aku amat gembira atas perkhabaran dan kesihatanmu yang baik yang dapat difahami melalui surat yang dikirimkan. Aku memanjat doa agar Allah mengekalkan khabar baik ini.

    Samahah As-Syeikh,

    Aku telah membaca surat tuan yang terkandung padanya sifat rendah diri para ‘Ulama ‘Amilin yang melambangkan keprihatinan dan ketaqwaan yang tinggi. Maka aku dengan penuh rendah hati menjelaskan pandanganku dalam masalah ini:

    Menurut pandanganku, syarikat ini di dalam dua kemungkinan yang dihadapinya dikira sebagai menghampiri keadaan Dharurat yang mengharuskan beberapa perkara haram disebabkan ketiadaan alternatif yang halal sepertimana sandaran dalil-dalil yang kamu kemukakan dalam keterangan yang diberi.

    Tambahan lagi, penjagaan harta terutama harta awam adalah di antara 5 keperluan Dharuri di dalam Syara’ (ataupun 6 menurut sebahagian yang lain). Seperti itu juga, keruntuhan sebuah syarikat yang dibina oleh pemegang saham sudah pasti menyebabkan kemudharatan kepada para lembaga pengarah, dan badan pengurusan tertinggi. Selain itu, pengharaman riba keatas yang memberi pinjaman adalah lebih berat dibandingkan kepada peminjam yang sangat memerlukannya walaupun dia juga dikira berdosa.

    Diatas sebab ini, saya bersetuju dengan pandanganmu dengan syarat-syarat berikut:

     

    1. Tiada pilihan lain kepada badan pengurusan kecuali menghadapi kemuflisan ataupun meminjam wang dengan riba; ini selepas badan pengurusan telah cuba mendapatkan bantuan institusi-institusi kewangan Islam namun tiada yang dapat membantu ataupun  badan pengurusan telah berusaha untuk menambah pemegang saham yang baru, ataupun menjual sebahagian syarikat namun tidak memberi kesan begitu juga mereka telah cuba menambah wang syarikat namun tidak berjaya.
    2. Bahawa ahli Lembaga Pengarah  juga tidak berkempuan dari sudut kewangan untuk menyelamatkan syarikat daripada muflis.
    3. Syarikat hanya boleh mengambil pinjaman ribawi itu sekadar untuk menolak mudharat yang berlaku sepertimana yang digariskan oleh para fuqaha’ الضرورات تقدر بقدرها (Hukum yang dibina atas dasar dharurat adalah dibatasi dengan kadarnya). Peraturan ini diambil dari firman Allah:

     

    فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

     

    Maksudnya: Sesiapa yang terpaksa melakukannya (perkara haram) tanpa melampaui batas dan berlebihan, maka mereka tidak berdosa. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha mengasihani.

     

    Jika ketiga-tiga syarat ini dipenuhi, maka teraplikasilah hukum Dharurat sepertimana yang diperjelaskan dalam keteranganmu yang mulia.

    Adapun berkenaan dengan status Syakhsiyah I’tibariyyah (institusi), kita secara konsisten menerima konsep ini berdasarkan dalil-dalil dan sebab yang diketahui oleh Samahah As-Syeikh yang menyoal. Bahkan Samahah As-Syeikh antara orang yang terawal menerima konsep ini dalam tulisan-tulisanmu yang amat berharga berdasarkan hukum-hukum fiqh yang terdahulu seperti dalam bab waqf dan baitul mal. Oleh itu, hingga kini kami dan badan-badan fiqh yang pelbagai masih menganggap hukum institusi ini seperti hukum individu tabiie. Bahkan pada pandanganku, institusi seperti ini lebih berhak untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah yang disebut sebelum ini berbanding seorang individu  . Ini kerana jika seorang individu dalam keadaan dharurat, kemudaratan itu hanya melibatkan dirinya seorang, adapun organisasi seperti syarikat pemegang saham ia melibatkan ribuan manusia, bahkan puluhan ribu ataupun berjuta yang mana mudharat yang timbul akan melibatkan semua orang. Seperti yang dimaklumi, menolak kemudharatan yang umum lebih utama daripada menolak mudharat yang khas dan begitu juga jika bertembung kemaslahatan umum dan maslahah khas, ataupun mafsadah am dengan mafsadah yang khas, kepentingan umum mesti diutamakan.

    Berdasarkan segala hujah ini, saya bersetuju dengan kaedah agung yang dirumuskan oleh Imam Al-Haramain:

    (أن الحاجات العامة تنزل منزلة الضرورة الخاصة في حق آحاد الناس)

    Maksudnya: Hajat yang melibatkan kepentingan umum dinilai sebagai Dharurat khas bagi setiap individu.

    Maka kita melihat bagaimana Hajat yang am menduduki martabat dharurat sedangkan sebuah hajat itu pada asalnya lebih rendah dari tahap Dharurat namun apabila hajat itu melibatkan kepentingan umum, maka ia dikira sebagai dharurat khas. Ini bermakna setiap sesuatu yang melibatkan kepentingan umum akan diberi nilai yang lebih besar berbanding sesuatu yang melibatkan perkara yang khas. Oleh sebab itu hajat khas tidak akan dikira sebagai sebuah dharurat dan hanya hajat am yang dinilai sebagai sebuah dharurat. Namun begitu, hajat yang khas boleh berperananan dalam mengangkat beberapa kesusahan yang berlaku tetapi tidak sampai ke had dharurat yang boleh mengharuskan perkara haram yang berat seperti riba. Riba tidak akan menerimakan hukum rukhsah kecuali jika sampai ke tahap dharurat ataupun dinilai sebagai sebuah dharurat. Seperti hukum Gharar (ketidak jelasan dalam transaksi) akan mendapat keringanan jika melibatkan hajat yang mendesak ataupun melibatkan hajat umum sepertimana yang dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah.

    Inilah segala penjelasanku, Allah lebih mengetahui kebenaran sesebuah hakikat.  Moga kamu sentiasa dipelihara oleh Allah.

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

     

    Klik di sini untuk sumber

Zakat Untuk Harta Wakaf Ahliah, Wakaf Khairiah dan Wakaf Mushtarakah
  • [743]  عرض على اللجنة الاستفتاء المقدّم من مدير شئون الوقف وهو الآتي:

            يرجى التكرم بإفادتنا بما يلي:

            1 ـ هل تجب الزكاة على الأوقاف بأنواعها المختلفة الخيرية والأهلية والمشتركة (الذرية        وفيها نصيب للخيرات) والمساجد.

            2 ـ وهل تكون الزكاة على مال البدل والإيرادات؟ أم على مال البدل فقط؟ أو الإيرادات        فقط؟

            3 ـ وهل تجب الزكاة على الأوقاف الأهلية التي يتسلم إيراداتها أهل الوقف؟

            4 ـ وإذا ما كانت الزكاة واجبة على الأوقاف الخيرية فكيف يتم تحديد الزكاة في النصيب               الخيري من الأوقاف المشتركة؟

               بأمل الإفادة.

     

       ·    أجابت اللجنة بما يلي:

    ـ بالنسبة للسؤال الأول: إن الأوقاف الخيرية البحتة لا زكاة فيها، وأما الأوقاف الذرية فعلى المنتفع بها أداء زكاتها في حال توفر شروط وجوب الزكاة فيها.

     وبالنسبة للسؤال الثاني: فالجواب مفرع على ما قبله، فأما أموال البدل في الأوقاف الخيرية البحتة فكما تقدم لا تجب فيها الزكاة، وأما أموال البدل في الأوقاف الذرية فيطبق  عليها ما يطبق على الأموال الخاصة، والمطالب بأداء الزكاة هو المنتفع بهذه الأموال.

    ـ وبالنسبة للسؤال الثالث: يعرف جوابه مما سبق.

    ـ وبالنسبة للسؤال الرابع: فقد عرف أنه لا زكاة في أموال الوقف الخيري. والله أعلم.

     

    Zakat Untuk Harta Wakaf Ahliah, Wakaf Khairiah dan Wakaf Mushtarakah

    Soalan: 

     

    1. Adakah wajib untuk mengeluarkan zakat bagi harta waqaf dengan pelbagai jenisnya, seperti waqaf khairiah (kebajikan), waqaf ahliah (khas), wakaf mushtarakah (wakaf kepada ahli keluarga yang juga boleh diambil manfaat sebahagiannya oleh semua) dan juga masjid?
    2. Adakah zakat dikenakan bagi harta badal (harta yang ditukar dari harta asal waqaf) dan juga keuntungan/pengembangan harta wakaf?, atau dari harta badal sahaja? Atau keuntungannya sahaja?
    3. Adakah zakat diwajibkan bagi wakaf ahli (khas) yang mana manfaatnya diterima hanya oleh para pemanfaatnya?
    4. Jika sekiranya diwajibkan zakat keatas harta wakaf khairiah (kebajikan), bagaimanakah cara untuk menentukan zakat yang perlu dibayar pada bahagian khairi dalam wakaf musytarakah?

    Jawapan:

    1. Untuk soalan pertama: Bagi wakaf khairiah (kebajikan) , zakat tidak dikenakan keatasnya. Adapun bagi wakaf ahli, para pemanfaatnya perlu membayar zakat keatasnya apabila telah cukup segala syarat pembayaran zakat seperti yang dimaklumi.  keatas orang yang mengambil manfaat denganya perlu membayar zakat sekiranya memenuhi syarat wajib zakat padanya.
    2. Untuk soalan kedua: Maka jawapannya adalah berkaitan dengan  sebelum ini iaitu harta badal bagi wakaf khairi tidak perlu dibayar zakat. Adapun bagi wakaf ahli, ia perlu dibayar oleh pemanfaatnya seperti yang diterangkan sebelum ini.
    3. Untuk soalan ketiga: Jawapanya adalah sebagaimana jawapan sebelum ini.
    4. Untuk soalan yang keempat: Maka  zakat tidak dikenakan keatas wakaf khairi, Wallahu a’lam.

     

Hukum Berurusan Dengan Emas Dan Praktis Perbankannya
  • 1) Dallah al-Barakah

    Pertama:

    (a)  Kami ingin menegaskan keputusan  yang dibuat oleh pelbagai Akademi Fiqh bahawa hukum hakam tukaran wang (Sarf) yang terdapat pada emas, perak dan mata wang turut terpakai pada transaksi yangmelibatkan matawang kertas dari aspek kewajipan taqabudh untuk dua pertukaran tersebut (secara lani dan dilarang menangguh atau melewatkan) dan tamathul iaitu sama nilai dan jumlahnya ketika dua pertukaran matawang dibuat.

     

    (b)  Kami juga menegaskan keputusan Akademi Fiqh Islam Antarabangsa di dalam resolusinya  No.53 (4/6) dan parameter Syariah No.1 (oleh AAOIFI) bahawa taqabudh disyaratkan oleh syarak di dalam urusniaga emas, perak dan matawang yang dilakukan melalui qabadh haqiqi (penyerahan sebenar/secara langsung) atau menerusi qabadh hukmi (penyerahan konstruktif/secara tidak langsung) di mana penyerahan secara konstruktif/secara tidak langsung yang membolehkan pemilik memindahkan matawang yang dibeli dengan menukarkan sesuatu matawang dari sebuah negara kepada nilai matawang asing yang lain di negara lain, dan memindahkan dana dari satu akaun di dalam matawang tertentu ke akaun yang lain dengan matawang yang berbeza melalui bank yang sama atau selainnya; seperti yang terdapat di dalam resolusi Majlis yang dirujuk.

    Juga ditegaskan resolusi Majlis Akdemi Fiqh bahawa bilangan hari yang dibenarkan untuk sebarang penangguhan penyerahan emas atau matawang adalah dalam tempoh tiga hari –seperti yang terdapat di dalam resolusi Majlis- hal ini dibenarkan kerana atas alasan administratif/pengurusan untuk proses memindahkan hak, bukanlah penangguhan tersebut disebabkan oleh keberhutangan.

    Kedua: Terdapat pelbagai bentuk ketika berurusniaga dengan emas, di antaranya:

    (a)  Bentuk Pertama: Beli dan Jual Emas Secara Lani

    Tidak kira sama ada dua pihak yang sedang berkontrak berada di dalam satu tempat yang sama atau di dua tempat yang berbeza, jika  mereka menjalankan transaksi menggunakan kaedah komunikasi kontemporari seperti telefon, faks, dan internet dengan penyerahan konstruktif/secara tidak langsung sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam klausa serta emas tersebut tidak diniagakan melalui kontrak jualbeli atau kontrak hibah sebelum seseorang itu mempunyai hak untuk melakukannya, maka transaksi ini dibenarkan oleh Syariah.

    (b)  Bentuk Kedua: Beli dan Jual Emas menggunakan Buku Simpanan / Passbook

    Hal ini berlaku melalui belian emas dalam bilangan tertentu daripada bank yang akan direkod ke dalam akaun pelanggan  dan disempurnakan bayarannya; dalam masa yang sama emas tersebut disimpan oleh bank. Pelanggan juga turut melantik bank sebagai agennya untuk menjual emas tersebut apabila nilai emas meningkat. Bentuk transaksi ini dibenarkan jika transaksi tersebut disempurnakan dengan dipastikan jumlah emas yang dibeli dan dapat dibezakan daripada emas orang lain serta emas itu mesti telah menjadi milik pelanggan. Ini dapat dilakukan dengan mencop emas tersebut atau dengan meletak nombor siri yang khas bagi emas tersebut, supaya mengelak pihak lain bertransaksi dengannya.

     

    (c)  Bentuk Ketiga: Persetujuan untuk Simpanan Emas bersama pertukaran  Simpanan Harga

    Transaksi tersebut dinamakan “Azzahabul ‘Ayn” dan ia dilaksanakan apabila pelanggan menyimpan sejumlah wang ke dalam bank untuk tujuan simpanan, bersama dengan bayaran insuran yang telah dipersetujui. Kemudian bank tersebut akan menyerahkan emas tersebut kepada pelanggan tanpa menjual emas (subject matter) tersebut kepadanya. Pelanggan tersebut mempunyai hak untuk membeli emas tersebut atau sebahagiannya bila-bila masa yang dikehendakinya. Setelah pelanggan membeli emas tersebut, bank akan menolak  sejumlah yang menyamai nilai emas daripada akaun pelanggan tersebut. Jika jumlah wang meningkat (melebihi nilai emas) maka akan dikenakan diskaun pada insuran. Jika nilai emas meningkat melebihi nilai jumlah wang yang didepositkan/disimpan dan diinsurankan sepanjang tempoh simpanan tersebut, pelanggan harus membayar lebih bagi insuran.

     

    Bentuk transaksi emas ini adalah dilarang kerana ketiadaan kontrak jualan yang pasti, dan transaksi di atas adalah transaksi yang hanya semata-mata berdasarkan pertukaran tanggungjawab di dalam menjamin emas tersebut (subject matter) selain dari jaminan kedua-duanya atas aset yang berada di tangan masing-masing. Jadi, kesan bagi perjanjian sebegini adalah, bank membenarkan pelanggan bertransaksi bersama emas tersebut samaada melalui kontrak jualbeli, menempanya dan menukarnya dengan emas yang semisal dengannya.Dan jika pelanggan tidak membayar tambahan nilai insuran apabila nilai emas meningkat melebihi jumlah deposit/simpanan pelanggan serta insuran yang telah dibayar, maka bank akan menganggap pelanggan telah membeli emas tersebut.

    Walaupun transaksi tersebut dilarang dan aqad tersebut dianggap fasid (rosak), namun jika pelanggan di dalam keadaan memerlukan dengan dilaksanakan kontrak baru untuk tujuan pembelian emas tersebut atau sebahagiannya, dengan ditolak harga emas tersebut dari akaunnya,  maka ketika ini transaksi ini dikira sah.

     

    Ketiga: Sijil Emas dan Saham Syarikat Carigali Emas:

    Memandangkan syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti carigali emas mempunyai aset selain dari emas –aset fizikal seperti aset tetap, dan bukan fizikal seperti nama syarikat perniagaan-- maka saham syarikat seperti bercampur, dan boleh jadi emas tersebut sekadar mengikut sifat aset dan manfaat utama saham tersebut jika nilainya tidak kurang daripada nilai emas apabila dibandingkan. Maka dengan ini ia dibenarkan untuk dibeli tanpa perlu memenuhi syarat tamathul (sama jumlah dan kuantiti) memandangkan pertukaran tersebut melibatkan dua perkara yang berbeza iaitu emas dengan jenis  yang lain (aset dan manfaat), dengan pembayaran harganya mesti dibuat secara  lani seperti yang tertera dalam resolusi Majlis Akademi Fiqh no. 84 (9/1). Ini kerana syarat taqabudh masih terpakai. Penyerahan/pemindahan saham atau sijil tersebut, atau pendaftaran ke dalam akaun tersebut adalah dianggap sebagai qabdh hukmi (penyerahan konstruktif) untuk transaksi berkaitan emas.

    Klik di sini untuk versi Arab

     

    Sumber:
    Qararat wa Tausiyat Nadawat al-Barakah lil-Iqtisad al-Islami (2010) (h193)

    2) Dubai Islamic Bank

    Soalan:

    Terdapat soalan yang diajukan kepada Majlis berkaitan dengan keharusan penjualan emas  menggunakan kontrak Murabahah, dengan cara penyerahan emas dilakukan secara lani tetapi menangguh bayaran –bayarannya adalah dengan duit kertas-, yang akan dibayar secara beransur-ansur atau sekaligus.

    Jawapan:

    Majlis telah meneliti kajian-kajian yang telah ditulis, perbincangan-perbincangan yang  diadakan, seminar, kajian persidangan  yang telah diadakan berkenaan tajuk ini;dengan itu menggariskan resolusi berikut:

    Terdapat larangan yang cukup jelas berkenaan menjual emas dengan emas melainkan dengan nilai yang sama dan pertukaran secara lani. Para fuqaha sejak dahulu hinggalah kini bersetuju bahawa definisi emas di sini merangkumi emas yang ditempa seperti syiling emas dan emas yang tidak ditempa seperti barang kemas, debu emas dan lain-lain lagi. Emas dengan segala bentuknya yang berlainan adalah dilarang untuk diambil jumlah tambahan dan ditransaksi secara bertangguh apabila ia ditukarkan dengan emas. Walaubagaimanapun, sebahagian muhaddithin (ahli hadith) berbeza pandangan di mana mereka mengatakan tidak wujud unsur riba apabila berurusan dengan emas jika ia dianggap sebagai komoditi sebagaimana komoditi yang lain. Pandangan ini bertentangan dengan ijma’ (kesepakatan ulama’ Islam) maka pendapat ini adalah tertolak. Hal ini kerana hadith-hadith yang ada jelas menyatakan berkenaan jualbeli emas dengan emas secara umum.

    Telah dinyatakan bahawa majoriti jumhur fuqaha’ mengatakan illah di dalam pengharaman dalam isu emas ini adalah sifatnya sebagai matawang, iaitu ia dianggap sebagai harga, dan emas termasuk di bawah kategori ini. Apa-apa yang dianggap sebagai matawang  seperti wang kertas atau wang fiat, maka dianggap sebagai jenis matawang yang tersendiri, dan jika ia ditukar dengan emas maka sebarang nilai tambahan adalah dibenarkan tetapi dengan syarat pertukaran tersebut mesti dilakukan secara lani dan tiada sebarang unsur penangguhan di dalam transaksi tersebut.

    Sebahagian penyelidik kontemporari mempunyai sudut pandangan yang berbeza di mana mereka menyatakan bahawa matawang bukanlah emas dan ia tidak mewakili emas kerana ketiadaan timbalan emas dalam wang kertas sekarang , maka ia tidak menyerupai sijil yang mewakili emas. Ia hanya mewakili suatu jenis khidmat atau barang yang mewakili nilai ekonomi bagi sesuatu kaum, maka salah satu pertukaran dalam transaksi ini (emas dengan matawang) adalah emas dan satu lagi adalah hak keatas  sesebuah nilai tertentu bagi barangan atau khidmat, maka ini adalah diharuskan.


    Realitinya, illah sebegini tidak tepat kerana illah kewujudan unsur riba di dalam urusniaga emas adalah sifat matawang/harga, dan wang kertas tersebut juga adalah matawang, dan ia merupakan sebagai unit ukuran. Wang kertas juga merupakan unit penyimpan nilai selain ia diterima umum sebagai alat pertukaran. Maka hukum emas turut terpakai pada wang kertas bahawasanya illah pengharaman riba tersebut adalah matawang (الثمنية).

     

    Klik di here sini untuk versi Arab

    Sumber:
    Fatawa Hai’ah al-Fatwa wa al-Raqabah al-Shar’iyyah Li Bank Dubai al-Islami (Jilid 1) (h244).

     

    3) Dubai Islamic Bank

    Soalan:

    Adakah diharuskan untuk menggunakan kad VISA untuk membeli emas? Memandangkan terdapat dua cara bagi peniaga untuk mendapatkan nilai tersebut.


    Cara pertama: melalui mesin P.O.S, yang dihubung melalui komputer di bank bagi mendapat kelulusan. Di dalam hal ini, peniaga tersebut mendapat harga bayaran tersebut dalam tempoh 3 hari.

    Cara kedua: melalui penggunaan seesuatu alat yang tidak dihubungkan dengan komputer tersebut. Di dalam situasi ini, peniaga tersebut akan mendapat harga bayaran tersebut dalam tempoh diantara 4 hari ke seminggu.

    Kami memohon pandangan anda mengenai dua cara yang digunakan oleh peniaga seperti disebut di atas.

     

    Jawapan:

    Adalah diharuskan untuk menjalankan transaksi emas dan perak menggunakan kad VISA, sama ada peniaga tersebut menggunakan alat yang dihubungkan dengan bank yang mengeluarkan kad tersebut bagi kelulusan segera, ataupun peniaga tersebut menggunakan alat yang tidak dihubungkan dengan bank yang mengeluarkan kad tersebut bagi kelulusan segera, selagi mana kad tersebut membolehkan/melayakkan pemegangnya untuk membeli dan membenarkan pembayaran segera untuk ditolak dari akaunnya. Hal ini demikian kerana kad dengan penolakan segera (immediate deduction) dianggap sebagai taqabudh hukmi (penyerahan konstruktif).

     

    Klik di here sini untuk versi Arab

    Sumber:
    Fatawa Hai’ah al-Fatwa wa al-Raqabah al-Shar’iyyah Li Bank Dubai al-Islami (Jilid 2) (h840)

     

Hukum Pelaburan Di Dalam Dana Matawang
  • 1) Dubai Islamic Bank 

    Soalan: Apakah parameter Syariah dalam pelaburan di dalam dana matawang?

    Jawapan:

    Majlis telah mengkaji tajuk di atas dan telah meneliti kertas kajian yang berkaitan yang menerangkan berkenaan dana tersebut serta objektif termasuk modus operandinya; dan berikut adalah hasil kajian tersebut:

    1-    Dana tersebut diniagakan di dalam pelbagai jenis matawang; sama ada berbentuk jualan matawang mahupun belian matawang dan ini dikategorikan  sebagai tukaran matawang asing (akad sarf ). Urusniaga pertukaran matawang asing mempunyai spefikasi tersendiri dan syarat-syaratnya yang terperinci yang mesti dipatuhi. Oleh itu, adalah mandatori untuk memastikan modus operandi dana- yang mengurus urus niaga di dalam pelbagai jenis matawang- untuk mematuhi syarat-syarat transaksi jual dan beli serta syarat-syarat penghantaran /penyerahan fizikal. Seperti yang dinyatakan di dalam prospektus, jual beli tersebut akan dilakukan secara lani, dan ini membuktikan pemegangan (qabadh) dua pertukaran tersebut. Walaubagaimanapun, Majlis berpendapat bahawa dana tersebut perlulah mendapat kelulusan daripada pihak Majlis terlebih dahulu berkaitan modus operandi, mekanisme yang digunakan ketika penyerahan/penghantaran matawang tersebut, dan hal-hal berkaitan jual beli, dengan lebih terperinci dan panjang.

    2-    Prospektus menyatakan bahawa pengurus dana memainkan sebagai mudharib  atau wakil (agen) di dalam pelaburan dengan mengambil keuntungan sebanyak 20% dari hasil pelaburan, ini adalah dibenarkan disisi syarak.

    3-    Penggunaan lebihan untung dana matawang di dalam transaksi Murabahah (jualan kos serta mendedahkan keuntungan) adalah suatu yang dibenarkan. Namun, mekanisme yang digunakan dalam akad  murabahah hendaklah diteliti untuk memastikan keabsahan contract. Ia juga perlu dipastikan bahawa dana tersebut perlu memiliki dan memegang selepas pemilikan (qabadh) subjek dalam akad murabahah sebelum akad jual beli dimeterai.

    4-    Urusniaga matawang akan diselesaikan dalam kadar secara mingguan, Majlis ingin mengetahui mekanisme dan cara bagaimana mekanisme penyelesaian  mingguan itu dilaksanakan serta bagaimana pusat pengurusan dana itu menyelesaikan dana itu bagi secara mingguan.

    5-    Telah disebutkan bahawa dana tersebut boleh dilaburkan berdasarkan prinsip-prinsip Syariah dan Majlis Fatwa khas bagi dana ini telahpun meluluskan dana tersebut bagi tujuan pelaburan. Majlis juga meminta pencerahan berkenaan kaedah dana tersebut beroperasi dan memohon sebarang  fatwa atau kajian yang telah disediaakan oleh Majlis Fatwa khas tersebut.  Dengan ini kami memohon tindakan segera dari pihak pengurusan dana.

    6-    Perkara yang penting untuk dikenalpasti adalah saiz dan tabiat risiko yang terdedah keatas dana ini, ketika naik dan turunnya nilai matawang matawang, dan adakah pelabur boleh mengalami kerugian tanpa had, atau adakah terdapat mekanisme untuk mengatasi dan mengawal risiko tersebut. Mekanisme pengawalan risiko ini juga haruslah yang dibenarkan oleh syara’. Syariah juga menuntut kreativiti dalam mencipta dan menyediakan langkah-langkah  mengawal dan mengurangkan risiko, bukan meniadakan risiko langsung. Jika mekanisme seperti ini tidak disediakan, urusniaga yang berisiko tinggi adalah tidak dibenarkan.

    Soalan yang ditujukan kepada dana tersebut adalah untuk meminta sebuah kajian yang telah disediakan berkaitan mekanisme untuk mengatasi dan mengawal  risiko di dalam pasaran matawang).

     

    Apakah jaminan bagi pelabur-pelabur yang melabur di dalam dana ini? Adakah terdapat bank-bank di mana dana tersebut disimpan/didepositkan? Adakah bank-bank tersebut menjamin dana tersebut? Adakah terdapat insuran atau jaminan dari bank-bank tersebut bagi hasil kutipan dana?

    Kesimpulan:

     

    Jika diimbas kembali sejarah pelaburan di dalam matawang dan memandangkan ia adalah salah satu bentuk urusniaga yang berkaitan rapat dengan prinsip Sarf, maka adalah perlu untuk memenuhi syarat-syarat tertentu. Begitu juga diambil kira bahawa sesebuah bank wajib dari sudut Syara’ untuk mengetahui dengan jelas saiz dan tabiat risiko bagi setiap pelaburan yang disertai dalam peranannya sebagai wakil dan pemegang amanah ke atas harta pelabur yang melibatkan diri dalam dana yang ditawarkan, maka dengan ini Majlis meminta agar sebuah kajian terperinci dilaksanakan bagi dana tersebut dari sudut objektifnya, operasinya, akad-akadnya dan cara perlaksanaanya dengan mengambil kira risiko yang terdedah keatasnya

     

    Majlis dengan berbesar hati sentiasa memberi sumbangan untuk memperbaiki dan memajukankan  mekanisme yang terlibat dalam dana ini dan yang lain, bahkan akan membantu bank untuk menjalankan sendiri projek ini jika terbukti dana itu kompeten selepas membuat penelitian terhadap risiko yang ada.  Bagaimanapun, analisa pengalaman serta modus operandi pihak yang lain dianggap perlu bagi Majlis, dan Majlis mempunyai maklumat berkenaan kewujudan dana tersebut di beberapa buah negara Arab dan negara Islam.

    Klik di sini untuk versi Arab

    Sumber:
    Fatwa of Shariah Supervisory Board, Dubai Islamic Bank (p711)

Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik
  • 1) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

    Parameter Urusniaga Pertukaran Mata Wang Asing

    Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2012  yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Parameter Perdagangan Pertukaran Mata Wang Asing. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

    Mesyuarat menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:

     Syarat-syarat umum jual beli:

    1. Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud);
    2. Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;
    3. Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;
    4. Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

    Syarat-syarat khusus Bay al-Sarf:

    1. Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;
    2. Jual beli matawang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan
    3. Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.

    Selain memenuhi syarat-syarat tersebut, Mesyuarat juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.

    Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Mesyuarat mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.

    Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

    Mesyuarat juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.

    Klik di sini untuk sumber

    e-Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.

    Klik di sini untuk sumber

Hukum Peraduan SMS dan Menyertainya Menurut Pandangan Islam
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-64 yang bersidang pada 27 Jul 2004 telah membincangkan Hukum Peraduan SMS Dan Menyertainya Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa Peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan seumpamanya adalah mengandungi unsur-unsur eksploitasi kesamaran (tidak jelas), pertaruhan dan nasib yang tergolong dalam pengertian judi. Dari itu hukum peraduan kuiz tersebut adalah haram di sisi Syarak

    Keterangan/Hujah: 

    LATAR BELAKANG

    Isu ini timbul apabila ada pandangan yang meragui tentang peraduan Sistem Pesanan Ringkas/Short Message Service (SMS) melalui telefon bimbit yang semakin meningkat dengan menawarkan hadiah yang lumayan. Tawaran hadiah tersebut telah menyebabkan orang ramai yang mungkin mencecah ratusan ribu terpikat untuk menyertainya.

    Jika dahulu peraduan seumpamanya memerlukan peserta mengisi boring kertas dan menghantarnya kepada syarikat berkenaan dengan membayar harga setem, tetapi kini mereka dikehendaki menghantar SMS. Ini menyebabkan pihak penganjur akan memperoleh keuntungan besar daripada caj SMS yang dikenakan terhadap para peserta pertandingan, dan pihak peserta akan membayar bil yang tinggi untuk menyertai peraduan itu.

    Melihat pada cara peraduan ini dijalankan para peserta mungkin telah menyertai satu bentuk peraduan yang tidak jelas operasinya. Apa yang lebih membahayakan sekiranya terdapat unsur judi dan penipuan dalam peraduan SMS ini di samping peserta menyimpan angan-angan pula untuk memperoleh hadiah lumayan dengan mempertaruhkan caj telefon yang dikenakan.

    Judi dari segi bahasa ialah permainan dengan menggunakan anak panah. Menurut Stephen Lea dalam buku The Individual in the Economy, A Textbook of Economic Psychology (1987) perjudian ialah suatu kondisi di mana terdapat potensi kehilangan sesuatu yang berharga atau segala hal yang mengandungi risiko. Namun demikian, perbuatan mengambil risiko dalam perilaku berjudi, perlu dibezakan pengertiannya daripada perbuatan lain yang juga mengandungi risiko. Ketiga-tiga unsur di bawah ini mungkin dapat menjadi faktor yang membezakan perilaku berjudi dengan perilaku lain yang juga mengandungi risiko:

    a. Perjudian adalah suatu kegiatan sosial yang melibatkan pertaruhan sejumlah wang (atau sesuatu yang berharga) di mana pemenang mem- perolehi wang daripada yang kalah.


    b. Risiko yang diambil bergantung pada kejadian yang tidak diketahui hasilnya pada masa akan datang dan kebanyakannya ditentukan oleh perkara yang bersifat nasib dan kebetulan.


    c. Risiko yang diambil bukanlah suatu yang harus dilakukan kerana kekalahan dan kehilangan dapat dihindari dengan tidak mengambil bahagian dalam perjudian.

    Daripada penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa perjudian ialah perilaku yang melibatkan adanya risiko kehilangan sesuatu yang berharga dan melibatkan interaksi sosial serta adanya unsur kebebasan untuk memilih sama ada akan mengambil risiko kehilangan tersebut atau sebaliknya.

    HUJAH DAN DALIL

    Islam tidak melarang manusia untuk mencari harta dengan syarat ia tidak terkeluar daripada ketentuan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Ini kerana prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam mencari sumber rezeki adalah melalui usaha tanpa mengetepikan tanggungjawab yang telah difardukan sebagai seorang Islam.

    Islam mengharamkan judi bersama-sama arak, pemujaan berhala dan tenung nasib dengan batang-batang anak panah, yang menyamakannya dengan perbuatan syaitan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ma`idah 90:

    Maksudnya:
    Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

    Merujuk kepada bayaran bil telefon atau talian untuk memasuki pertandingan, hukumnya adalah tidak harus dari segi syarak jika syarikat yang menaja wang dalam iklan-iklan dan menyediakan peraduan atau pertandingan menggunakan wang yang hasilnya daripada caj bayaran telefon atau talian. Pertandingan seperti ini merupakan salah satu daripada jenis judi ataupun almaisir menurut bahasa al-Quran.

    Dari satu aspek yang lain, sebab pengharaman yang jelas kepada pertandingan atau peraduan ini dan ia digolongkan dalam perjudian adalah kerana peserta yang menghubungi atau menggunakan talian telefon untuk menyertainya membayar bayaran yang lebih tinggi daripada caj bayaran biasa untuk setiap minit. Sekiranya peserta membayar dcaj bayaran yang biasapun, ia masih juga tergolong sebagai judi atau pertaruhan kerana dia membuat panggilan dan sanggup membayar bil telefon itu dengan tujuan memperoleh kemenangan.

    Akibat daripada peraduan yang tidak jelas ini juga dikhuatiri akan menimbul rasa tidak puas hati pada pihak para peserta yang akhirnya menimbulkan permusuhan, pergaduhan dan sebagainya terhadap penganjur peraduan tersebut. Ini berdasarkan peringatan Allah SWT dalam surah al-Ma`idah ayat 91:

    Maksudnya:

    Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran arak dan judi itu dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang.

    Ulama telah meletakkan beberapa syarat yang wajib dihindari supaya sesuatu peraduan itu tiada unsur judi seperti berikut:

    1. Tidak berlaku persetujuan antara penganjur dengan mana-mana syarikat telekomunikasi; sebagai satu cara untuk mendapat untung mereka.
    2. Peraduan itu tidak mengenakan bayaran untuk disertai sama ada bayaran itu dengan cara tertentu atau melalui pertambahan kos perbualan jika peraduan itu diadakan melalui telefon.  
    3. Peraduan itu mestilah dalam perkara yang berfaedah sebaliknya bukan dalam bentuk soalan berkenaan filem dan seumpamanya.

    Klik di sini untuk sumber

Hukum Pertandingan Melibatkan Kad
  • RESOLUSI NO. 127 (14/1)


    PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PERTANDINGAN MELIBATKAN  KAD
    Majlis Akademi Fiqh Islam dalam Pertubuhan Persidangan Islam sesi Ke-14 yang diadakan di Doha (Qatar) dari 8 hingga 13 ZulKaedah 1423H (11-16 Januari 2003).

     

    Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan kepada Majlis tentang “Pertandingan Melibatkan Kad” dan mendengar pandangan yang dikemukakan.


    MEMUTUSKAN

    Pertama: Definisi Pertandingan:

    Pertandingan adalah satu aktiviti yang melibatkan pertaruhan di antara dua pihak atau lebih, dalam merealisasikan sesuatu atau melaksanakan sesuatu, tanpa mengira sama ada terdapat hadiah ataupun sebaliknya.

     

    Kedua: Pertandingan yang dibenarkan:

    1. Pertandingan yang tidak menawarkan hadiah adalah dibenarkan kerana ia adalah sesuatu yang tidak dilarang oleh Syariah dan ia adalah sesuatu yang tidak membawa kepada meninggalkan perkara yang wajib dan melaksanakan perkara yang dilarang (haram).

    2. Pertandingan yang menawarkan hadiah adalah dibenarkan jika ia mematuhi syarat-syarat berikut:

    A.   Objektif, bentuk, dan konsep pertandingan mestilah dibenarkanoleh syariah.

    B.   Hadiah hendaklah tidak diperolehi daripada yuran semua peserta pertandingan.

    C.   Pertandingan hendaklah mencapai mana-mana objektif yang diiktiraf oleh Syariah

    D.   Pertandingan tidak membawa kepada meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara yang dilarang (haram).

     

    Ketiga: Pertandingan melibatkan kad (kupon / token) di mana semua harga atau sebahagian daripada harga yang digunakan untuk menyediakan hadiah adalah tidak dibenarkan di sisi Syariah kerana ia dianggap mempunyai unsur judi (maysir).

     

    Keempat: Pertaruhan di antara dua pihak atau lebih untuk memutuskan pelaksanaan orang lain, sama ada dalam perkara yang nyata atau tidak nyata, adalah tidak dibenarkan; menurut Dalil Al-Quran dan Hadis bagi larangan perjudian.

     

    Kelima: Pengenaan caj untuk panggilan telefon bagi menyertai pertandingan adalah tidak dibenarkan sekiranya jumlah atau sebahagian daripadanya dimasukkan ke dalam nilai hadiah. Ia adalah untuk mengelakkan daripada mengambil harta orang lain dengan cara yang tidak dibenarkan.


    Keenam: Tiada larangan untuk penaja mendapat manfaat daripada mempromosikan produk mereka - tanpa mengambil keuntungan - melalui penganjuran pertandingan yang dibenarkan, dengan syarat nilai hadiah tidak datang daripada sumbangan peserta pertandingan dan promosi tersebut  tidak mengandungi sebarang unsur penipuan dan pengkhianatan kepada pengguna.


    Ketujuh: Sebarang tambahan atau berkurangan nilai hadiah sekiranya berlaku kerugian dalam pusingan selepas memperolehi kemenangan adalah tidak dibenarkan di sisi Syariah.

     

    Kelapan: Kad keahlian untuk hotel, syarikat penerbangan dan institusi yang memberikan (poin) mata yang boleh memberikan manfaat yang baik adalah dibenarkan jika ianya diberikan secara percuma (tanpa bayaran). Namun, sekira ianya diberikan dengan pembayaran, maka tindakan tersebut tidak dibenarkan kerana ia mengandungi unsur ketidakpastian.

     

    CADANGAN:

    Majlis mencadangkan umat Islam untuk mencari yang halal dalam sebarang transaksi mereka dan juga dalam aktiviti intelektual serta rekreasi. Ia bagi mengelakkan pemborosan dan pembaziran dalam perbelanjaan.

     

    Klik di sini untuk sumber

Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah
  •  

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah. Muzakarah telah memutuskan bahawa pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam mengikut asnaf-asnaf yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah.

     

    Klik di sini untuk sumber

Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


    Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa keharusan mengenakan gharamah ke atas penerima biaya yang mungkir adalah berasaskan hadis Rasulullah SAW yang menyifatkan kelewatan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan sebagai satu kezaliman dan boleh memudaratkan institusi kewangan Islam.


    Muzakarah juga berpandangan bahawa gharamah yang dihasilkan dalam institusi kewangan Islam perlu disalurkan kepada institusi yang berkait secara khusus dengan umat Islam supaya ianya tidak disalahgunakan.


    Sehubungan itu, selaras dengan kedudukan dan fungsi Baitulmal sebagai institusi tertinggi dalam menguruskan wang dan harta umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hasil gharamah Institusi Kewangan Islam hendaklah disalurkan ke Baitulmal bagi memastikan penggunaan harta tersebut menepatimaslahah ammah umat Islam.

    Klik di sini untuk sumber

Jual Beli Barang Sebelum Melakukan Pegangan(Qabadh)
  • 1) Dallah Al-Barakah

    (6/15) Jualan barangan sebelum Melakukan Pegangan(Qabadh)

    Ahli-ahli persidangan telah meneliti permintaan oleh beberapa buah syarikat dan bank  untuk menjual aset-aset yang belum dimiliki oleh mereka, di mana mereka membeli aset daripada pasaran dan terus menjualnya kepada pembeli sebelum melakukan pegangan ke atas aset yang dibeli . Majlis memutuskan ia adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan apa-apa aset jenis makanan. Ini kerana, larangan menjual barangan yang belum dipegang selepas pemilikan berlaku hanya untuk makanan.

     

    Klik di sini untuk versi Arab

    Sumber:
    Dallah al-Barakah Resolutions and Recommendations (p49)

     

Jual Beli Emas Dengan Penghantaran Tangguh
  • 1) Dubai Islamic Bank

    Soalan:

    Adakah urusniaga dengan emas, perak dan wang yang dilaksanakan secara tangguh dibenarkan?

    Jawapan:

    Urus niaga antara emas, perak dan wang adalah tidak dibenarkan melainkan jika ia dijalankan secara lani. Mana-mana transaksi yang dijalankan dengan jenis aset ini (mata wang) secara tangguh dianggap sebagai riba yang tidak dibenarkan di sisi Syariah.

     Sumber : Fatwa of Shariah Supervisory Board, Dubai Islamic Bank

Parameter Pelaburan Emas
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

     Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

     

    Syarat Umum Jual Beli

    1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

     

    Pihak Yang Berakad

    2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:


    i. Baligh, berakal dan rasyid

    Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.


    ii. Keredhaan

    Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.

     

    Harga Belian (al-Thaman)

    3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

     

    Barang Belian (al-Muthman)

    4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

    5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

    6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:


    i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

    ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

    iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

    Sighah

    7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

    8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

    9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.


    Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

    10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:


    i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

    ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

    Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

    Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

    Syarat Pertama: Taqabudh


    11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

    12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:


    a. Pembayaran secara tunai
    b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
    c. Pembayaran secara cek peribadi
    d. Pembayaran secara kad debit
    e. Pembayaran secara kad kredit
    f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

    Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

    Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

    13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:


    a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
    b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

    14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

    Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

    Syarat Kedua: Secara Lani


    15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

    16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

    17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

    Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing housedan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

    Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

    Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

     

    i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

    ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

    iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

    iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

    Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

     

    Akad Dan Unsur Sampingan

    18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

    19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

    20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

    21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

    22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

    23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

    Klik di sini untuk sumber.

Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

    Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), Muzakarah mendapati dan berpuashati bahawa pelaksanaan skim Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh BSN telah dikemaskini dengan menggunakan akad Mudharabah (perkongsian untung) dan dana SSP dilaburkan dalam instrumen dan aset yang mematuhi Syariah serta hadiah-hadiah yang disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber Skim Perbankan Islam (SPI) BSN.

    Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa skim Sijil Simpanan Premium yang telah diperbaharui pelaksanaannya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi Syariah dan diharuskan oleh syarak.

    Klik di sini untuk sumber

Menjual Barang Yang Tiada Pada Penjual
  • Kami merujuk kepada soalan no. 620 pada tahun 2006: Apakah hukumnya jika seorang wanita yang mempromosikan dirinya sebagai seorang peniaga; kemudian apabila ada pelanggan yang berminat untuk membeli sesuatu barangan daripada beliau, wanita itu akan memperlihatkan barangannya, atau sekadar memberitahu sifat/spesifikasi sesuatu yang belum lagi wujud padanya. Wanita itu kemudiannya akan membeli barang tersebut dan menjualnya secara ansuran kepada pembeli dengan diambil kadar untung? Sebahagian orang mengatakan bahawa transaksi seperti ini adalah dilarang kerana mereka mendakwa bahawa wanita itu tidak layak untuk berniaga apa-apa pun (kerana tidak memeliki barang). Bagi mereka wanita ini mesti mempunyai barangannya sendiri dan tidak hanya membeli barang niaganya berdasarkan permintaan pembeli kerana dengan ini seolah-olah wanita tersebut langsung tidak terdedah kepada kerugian, (ini bersalahan dengan) syarat perniagaan iaitu (menurut mereka) peniaga mesti terdedah kepada kerugian.

    Jawapan Professor Dr. ‘Ali Jumaah Muhammad:

    Adalah sesuatu yang disepakati oleh Syara’ bahawa sebuah jual beli boleh dilakukan secara lani atau secara bayaran tangguh pada masa yang disepakati.  Peningkatan harga sebagai imbalan kepada penangguhan masa pembayaran ini adalah suatu yang diharuskan daripada sudut syara’ menurut pendapat Jumhur Fuqaha’ kerana ia adalah suatu bentuk kontrak Murabahah.

    Apakah itu Murabahah?

    Ini merupakan salah satu bentuk jual beli yang dibenarkan Syara’ yang membenarkan syarat pertambahan harga kerana penangguhan bayaran supaya tercapai keredhaan antara kedua belah pihak. Keharusannya ini juga adalah kerana tiada sebarang larangan untuk transaksi seperti ini disamping dapat memenuhi hajat manusia mahupun penjual atau pembeli.

    Transaksi Barang Yang Spesifik

    Dakwaan bahawa peniaga tidak dibenarkan untuk berniaga semua jenis barangan dan mereka hanya dibenarkan untuk menjual jenis barangan tertentu sahaja dan dakwaan yang mengatakan bahawa antara syarat sah sesebuah perniagaan itu adalah penjual barang mesti terdedah kepada kerugian adalah satu penyelewengan. (القول على الله بلا علم)

    Jualan barang yang tidak dimiliki

     Adapun menjual barang yang tidak dimiliki oleh seseorang adalah sah jika melibatkan akad salam (tempahan) dan ini merupakan suatu transaksi yang termasuk dalam perniagaan di mana penjual bertanggungjawab untuk menyerahkan barang yang telah dipersetujui pada harga yang tertentu pada tempoh yang dijanjikan kepada pembeli. Dalilnya adalah berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijma’. Dalil Al-Quran adalan pada firman Allah:

    يا أيها الذين آمنوا إذا تداينتم بدين إلى أجل مسمى

    “Wahai orang yang beriman, jika kamu berhutang untuk suatu tempoh yang tertentu…”

    (Al-Baqarah: 282)

    Ibnu Abbas menafsirkan bahawa ayat ini turun menerangkan hukum akad salam.

    Dan menurut sunnah, sebuah hadith Nabi Sallahu alaihi wasallam menyatakan:

     

    من أسلف في تمر فليسلف في كيل معلوم ووزن معلوم إلى أجل معلوم

    “Sesiapa yang mengadakan akad salam (tempahan) untuk membeli tamar, maka tempahlah dalam kuantiti yang dispesifikkan, pada berat yang tertentu dan hingga tempoh yang ditetapkan” Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim.

    Maka hadith di atas juga secara jelas mengharuskan persetujuan kontrak seperti ini bagi barang-barang harian seperti peti sejuk yang dispesifikkan jenamanya, saiznya, warnanya, dan spesifikasinya. Urusniaga seperti ini juga boleh dijalankan dengan persetujuan peniaga dengan pembeli agar si peniaga membeli barangan yang diingini oleh pembeli terlebih dahulu dan kemudiannya menjualnya kepada pembeli. Maka dengan ini, urusniaga tersebut dianggap sebagai urusniaga penjualan barang yang wujud yang diharuskan dan bukannya penjualan barangan yang tiada. Boleh juga peniaga dan pembeli itu berpakat untuk pergi bersama ke kedai barangan yang diinginkan di mana peniaga akan beli barang yang diingini oleh pembeli dan kemudian menjual barang tersebut kepada pembeli secara ansuran.

    Juga dibenarkan untuk peniaga itu mewakilkan pembeli untuk membeli barang itu bagi pihak peniaga kemudian pembeli itu membeli barang itu daripada peniaga secara ansuran. Ini adalah antara transaksi yang paling halal dan padanya terdapat manfaat kepada kedua-dua pihak dan meringankan mereka tanpa sebarang melanggar sebarang hukum Syara’.

    Hukumnya

    Maka merujuk pada soalan di atas, urusniaga wanita tersebut adalah sah dengan sifat yang diterangkan diatas. Wallahu a’lam.

    Klik di sini untuk sumber

Zakat Ke Atas Bank-Bank Dan Syarikat-Syarikat Perniagaan Yang Berlandaskan Syariah Yang Syarikat Induknya Di Miliki Oleh Orang Bukan Islam
  • Keputusan:

    Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 16 Aug 2001 telah membincangkan Zakat Ke Atas Bank-Bank Dan Syarikat-Syarikat Perniagaan Yang Berlandaskan Syariah Yang Syarikat Induknya Di Miliki Oleh Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa semua perbankan Islam yang menjalankan pengurusan perniagaan berlandaskan syarak wajib mengeluarkan zakat begitu juga semua kaunter yang menjalankan perniagaan berlandaskan syarak yang induknya bukan Islam.

    Klik di di sini untuk sumber.

Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

    1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.
    2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:

                   i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.

                 ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.

                iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.

               iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:

     

     

    "Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka".

    1. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.
    2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:

                      i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;

                     ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;

                    iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;

                    iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;

                    v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;

                  vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;

    Klik di sini untuk sumber.

Pembelian Hutang Dengan Komoditi
  • Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

    Entiti XYZ berhasrat untuk membeli hutang kewangan Islam berasaskan konsep bai` al-dayn bi al-sila’. Berdasarkan struktur yang dicadangkan, entiti XYZ akan membeli komoditi secara tunai daripada Broker A pada harga belian bersamaan dengan nilai pembelian hutang. Entiti XYZ akan membeli hutang kewangan daripada sebuah institusi kewangan Islam di bawah perjanjian induk jual beli (master agreement) pada harga belian dan membuat bayaran pembelian dengan komoditi yang diserahkan secara lani. Pada masa yang sama, entiti XYZ melantik institusi kewangan Islam tersebut sebagai ejen di bawah perjanjian induk perkhidmatan (master service agreement) untuk terus mentadbir hutang kewangan bagi pihak entiti XYZ. Institusi kewangan Islam tersebut akan menjual komoditi kepada Broker B melalui entiti XYZ, sebagai ejen, secara lani, pada harga yang bersamaan dengan nilai pembelian hutang.

    Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada cadangan mekanisme pembelian hutang dengan komoditi seperti di atas dibenarkan.

    Keputusan

    MPS dalam mesyuarat ke-117 bertarikh 19 Oktober 2011 telah meluluskan cadangan mekanisme baru untuk pembelian hutang dengan menggunakan komoditi sebagai imbalan.

    Klik di sini untuk sumber

Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah
  • Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti

    Keputusan
    Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuarat ke-11 pada 26 November 1997, memutuskan bahawa kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah adalah diharuskan kerana ia selaras dengan prinsip-prinsip Syariah.

    Hujah Mengharuskan Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah

    MPS, dengan dibantu oleh Jabatan Pasaran Modal Islam (JPMI), telah membuat kajian yang mendalam terhadap instrumen ini dan mengkaji isu Syariah yang dikaitkan dengannya. Antara isu tersebut ialah:

    Judi
    Keraguan ditimbulkan terhadap instrumen ini berdasarkan ketetapan atas peserta pasaran yang perlu meletakkan sejumlah ‘deposit’ sebagai bayaran margin sebelum memulakan urus niaga. Tindakan ini dianggap seolah-olah sebagai suatu pertaruhan yang diharamkan. MPS mengambil keputusan bahawa aktiviti dagangan sedemikian tidak termasuk dalam judi kerana peningkatan dan penyusutan nilai adalah disebabkan perubahan permintaan dalam pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah dan merupakan suatu fenomena yang lumrah dalam dunia perniagaan. Tidak tepat untuk menghukum nilai kontrak yang menyusut atau meningkat akibat perubahan permintaan dalam pasaran hadapan minyak sawit mentah sebagai suatu aktiviti judi. Ini kerana aktiviti perjudian bergantung semata-mata kepada nasib dan tidak berkait dengan permintaan dan penawaran.

    Gharar
    Gharar ditafsirkan sebagai sesuatu yang tidak pasti. Instrumen ini dikaitkan dengan ketidakpastian untuk memperoleh sesuatu yang dibeli dan keuntungan yang bakal diperoleh. MPS berpandangan bahawa untung dan rugi dalam dunia perniagaan merupakan suatu perkara yang lumrah, walaupun bagi peniaga, memperoleh keuntungan menjadi cita-cita dan harapan mereka. Ini digambarkan oleh Allah s.w.t. dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Fatir ayat ke-29 yang menggambarkan harapan peniaga bahawa perniagaan mereka tidak akan mengalami kerugian.

    Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: “Mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.” (Surah Fatir: 29)

    Begitu juga dalam Surah al-Taubah ayat 24, digambarkan kekhuatiran terhadap kemungkinan perniagaan membawa kerugian. Firman Allah s.w.t.:

    Maksudnya: “... dan perniagaan yang kamu bimbangi kerugiannya.” (Surah al-Taubah: 24)

    Ini menunjukkan keuntungan dan kerugian adalah sifat perniagaan. Langkah yang diambil oleh peniaga untuk meminimumkan kerugian seberapa boleh jika terdedah kepada keadaan sedemikian. Persoalan utama dalam kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ialah, apakah gharar benar-benar wujud? Elemen penting dalam jual beli yang dibahaskan oleh fukaha ialah ghalat. Perkara ini perlu dijelaskan kerana terdapat salah faham yang menyamakannya dengan prinsip gharar. Fukaha melihat soal ghalat dari sudut maslahah istiqrar ta`amul. Ia bermaksud, peserta pasaran diberi kebebasan untuk berurus niaga secara normal, reda meredai serta saling percaya mempercayai antara satu sama lain dalam urus niaga yang dilakukan, bagi menjamin kelancaran perjalanan pasaran. Perkara yang perlu diambil kira yang boleh menyebabkan gangguan kelancaran pasaran ialah penipuan dan manipulasi. Manakala faktor ghalat yang melibatkan kesilapan pertimbangan individu (ghalat `aqid) tidak boleh dijadikan asas untuk membatalkan akad. Faktor yang boleh membatalkan akad ialah ghalat wadhih iaitu kesilapan yang berlaku adalah jelas akibat daripada penipuan.

    Apabila kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah dilaksanakan, perkara seperti jumlah barangan, jenis, harga, dan penyerahan telah dimaklumkan kepada peserta pasaran. Oleh itu tiada unsur gharar dalam kontrak terbabit. Kesemuanya telah dimaklumkan secara jelas dalam kontrak, malah aspekaspek pengawalseliaan dan perundangan telah disediakan bagi memastikan tidak berlaku penipuan.

    Pembelian Sesuatu yang Tidak Wujud (Bai` Ma`dum)
    Ibu Qayyim telah mengkaji isu bai` ma`dum190 dan menegaskan bahawa tegahan terhadap bai` ma`dum sebenarnya adalah kerana wujudnya unsur ketidakupayaan untuk menyerahkan perkara yang dijual. Jual beli ini boleh berlaku sama ada kepada perkara yang wujud atau tidak wujud sama sekali. Namun bai` ma`dum yang berlaku atas perkara yang wujud dan penjual boleh mendapatkannya atau dalam bentuk yang boleh diwujudkan kemudiannya, adalah sesuatu yang dibenarkan dan sah dilakukan. Ini banyak berlaku dalam Syariah seperti akad salam dan istisna`. Oleh itu, larangan bai` ma`dum adalah disebabkan unsur gharar dan bukannya unsur ma`dum tersebut. Situasi di atas tidak berlaku dalam pasaran hadapan minyak sawit mentah. Penyelesaian kontrak boleh dibuat secara tunai sebelum tarikh matang atau penyerahan secara fizikal ketika matang. Tambahan lagi, kegagalan penyerahan oleh penjual akan dijamin oleh Rumah Penjelasan. Oleh yang demikian unsur-unsur gharar adalah tidak wujud.

    Spekulasi
    Spekulasi juga merupakan antara isu yang menjadikan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah diragui hukumnya menurut Syariah. Spekulasi merujuk kepada tindakan mengambil peluang membuat keuntungan daripada pergerakan harga sesuatu barangan. Pada hakikatnya, aktiviti spekulasi wujud dalam apa jua bentuk perniagaan dan tidak terhad kepada dagangan urus niaga hadapan sahaja. Cuma, sama ada ia berbentuk keterlaluan ataupun berada dalam keadaan normal.

    Tiada Pertukaran Barang (`iwadh)
    Sarjana Islam semasa menimbulkan isu tidak berlaku `iwadh dalam urus niaga hadapan minyak sawit mentah. `iwadh bermaksud tukaran dalam jual beli, tetapi dalam konteks ini tiada berlaku pembelian barangan dalam hakikat sebenar. Justeru, tiada berlaku sebarang pertambahan nilai dalam aktiviti ekonomi. Dagangan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah pada hakikatnya memberikan suatu nilai tambah kepada peserta pasaran. Contohnya, apabila pengeluar minyak sawit mentah melakukan lindung nilai (hedging), mereka berusaha untuk mengurangkan kos. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki keuntungan syarikat dan menjadikan hasil pengeluaran mereka lebih berdaya saing. Berdasarkan kajian yang dikemukakan, dakwaan seperti gharar, bai` ma`dum, tiada `iwadh dan sebagainya tidak berlaku. Dengan itu, MPS telah memutuskan bahawa kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah adalah selaras dengan prinsip Syariah selagi ia bersih daripada unsur riba dan judi. Maka para pelabur yang prihatin dengan pengamalan prinsip-prinsip Syariah boleh memanfaatkan kemudahan yang ada untuk menggunakannya sebagai instrumen pengurusan risiko.

    Klik di sini untuk sumber

Hadiah kepada Pegawai adalah Ghulul (Khianat)
  • Jabatan Fatwa Umum Kerajaan Jordan,


    Soalan: Adakah boleh saya (seorang guru) menerima hadiah daripada pelajar-pelajar perempuan saya. Adakah terdapat perbezaan hukum samada hadiah yang diberi itu mahal atau murah? Adakah pemberian seperti ini termasuk di dalam anjuran “Salinglah memberi hadiah agar kamu saling berkasih sayang”?

    Jawapan:

    Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam buat junjungan Rasulullah. Diharamkan bagi para pegawai untuk menerima hadiah seperti ini samada mahal ataupun murah. Berkaitan perkara ini, Imam Al-Bukhari telah merekodkan di dalam Sahihnya

    أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعْمَلَ عَامِلًا، فَجَاءَهُ العَامِلُ حِينَ فَرَغَ مِنْ عَمَلِهِ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا لَكُمْ وَهَذَا أُهْدِيَ لِي. فَقَالَ لَهُ: (أَفَلاَ قَعَدْتَ فِي بَيْتِ أَبِيكَ وَأُمِّكَ، فَنَظَرْتَ أَيُهْدَى لَكَ أَمْ لاَ؟). ثُمَّ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشِيَّةً بَعْدَ الصَّلاَةِ، فَتَشَهَّدَ وَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ، ثُمَّ قَالَ: (أَمَّا بَعْدُ، فَمَا بَالُ العَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ، فَيَأْتِينَا فَيَقُولُ: هَذَا مِنْ عَمَلِكُمْ، وَهَذَا أُهْدِيَ لِي، أَفَلاَ قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ: هَلْ يُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ يَغُلُّ أَحَدُكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ

    Bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam telah melantik seorang ‘amil (pegawai kutipan zakat), kemudian datanglah ‘amil tersebut kepada baginda setelah tamat tugasnya dan beliau berkata: Wahai Rasulullah, ini adalah harta untuk kamu dan ini pula adalah yang dihadiahkan kepadaku. Rasulullah kemudian bersabda: Adakah jika duduk dirumah ibu bapamu, adakah kamu akan diberikan hadiah atau tidak?. Tidak lama selepas itu, Rasulullah berdiri selepas menunaikan solat dan berucap. Selepas melafazkan Syahadah dan memuji Allah dengan selayaknya, Rasulullah kemudiannya bersabda: “ Amma Ba’du, apakah gerangannya seorang ‘Amil yang ditugaskan datang kepada kita kemudian mengatakan harta ini adalah milik kamu dan harta ini pula dihadiahkan kepadaku. Adakah jika hanya duduk di rumah ayah dan ibunya maka dia akan diberikan sebarang hadiah. Demi Allah yang jiwa Muhammad dibawah kekuasaanya, tiadalah seseorang yang mengambil harta secara khianat kecuali pasti pada hari Kiamat kelak akan dipikul diatas kepalanya.

    (Riwayat Bukhari: 6636)

    Juga diriwayatkan oleh Abu Daud didalam kitab Sunannya bahawa Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

    مَنِ اسْتَعْمَلْنَاهُ عَلَى عَمَلٍ فَرَزَقْنَاهُ رِزْقًا، فَمَا أَخَذَ بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غُلُولٌ

    Sesiapa yang telah kami lantik bagi sebuah tugasan dalam keadaan dibayar upah, maka apa yang diambil lebih daripada itu dikira Ghulul.

    (Riwayat Abu Daud: 2943)

    Juga diriwayatkan bahawa Baginda Sallahu ‘Alaihi wasallam bersabda:

    هَدَايَا الْعُمَّالِ غُلُولٌ

    Hadiah para pegawai adalah Ghulul

    (Musnad Imam Ahmad: 23090)

    Oleh yang demikian, kami menasihati agar kamu tidak menerima hadiah tersebut sebagai mengelakkan diri dari melebihkan beberapa pelajar. Sesungguhnya jiwa manusia biasanya akan cenderung kepada sesiapa yang memberikan hadiah maka ini akan menzalimi pelajar yang lain. Selain daripada itu, ini juga boleh menyebabkan seseorang guru itu ditohmah oleh pengurusan sekolah dan pihak bertanggungjawab sebagai bersifat bias keatas pelajar-pelajar yang tidak membelikan hadiah. Lebih-lebih lagi penerimaan hadiah seperti itu akan memberatkan pelajar lain kerana rasa terpaksa juga menyediakan hadiah untuk bersaing untuk memperoleh perhatian dan rasa saying dari para guru. Begitulah seorang guru itu akan memasuki putaran yang perlu dijauhi sejak awal lagi.

    Namun begitu, pemberian hadiah seperti ini boleh diganti dengan cara seperti diadakan majlis yang disertai oleh para guru dan anak murid sebagai tanda terima kasih kepada guru pada setiap semester pengajian ataupun alternatif-alternatif lain yang lebih bermanfaat dan memelihara diri. Kami takut para guru akan termasuk didalam larangan para pegawai am untuk menerima sebarang hadiah daripada sesiapa sahaja. Oleh kerana itu, kami menasihatkan jika kamu telah menerima sebahagian hadiah dari murid-murid, maka pulangkanlah semula dengan kalimah yang baik ataupun letakkan hadiah tersebuat di kelas atau sekolah agar para murid memahami bahawa anda menggunakan harta tersebut untuk kegunaan peribadi. Adapun hadith “Salinglah kamu memberi hadiah agar kamu saling berkasih saying”, anjurannya adalah pada hadiah yang tidak mempunyai syubhah berlaku bias seperti yang dibincangkan. Wallahu ‘alam.

    Klik di sini untuk sumber

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Berhubung Penjualan Baja Organik
  • KEPUTUSAN J/KUASA FATWA BERHUBUNG PENJUALAN BAJA ORGANIK DARIPADA ENAPCEMAR IWK

    MENJUAL NAJIS

    1. TUJUAN

    1.1 Kertas ini dibentang bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Fatwa berhubung Penjualan Najis Bagi Tujuan Komersial.

    2. LATAR BELAKANG

    2.1 Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan menerima surat daripada Eastern Reach System Sdn. Bhd, yang memohon surat sokongan dan pandangan menurut Syarak mengenai baja organik daripada bahan enapcemar kering IWK.
    2.2 Syarikat ini telah mendapat kebenaran daripada Syarikat Evergreen Court Snd. Bhd memasarkan bahan enapcemar kering IWK dengan menggunakan jenama ‘Baja World Baja Organik Plus’.
    2.3 Bahan enapcemar ini telah melalui proses kaji selidik yang dikendalikan oleh Universiti Putra Malaysia, Pusat Teknologi Alam Sekitar dan Bioproses (SIRIM).
    2.4 Sehubungan dengan itu, kertas ini disediakan bagi menjelaskan pandangan Syarak mengenai penjualan najis.

    3. ASAS PERTIMBANGAN [1]

    3.1 Hadith yang diriwayatkan oleh Jabir, daripada Rasulullah saw,
    إن الله حرم بيع الخمر والميتة والخنزير والأصنام، فـقيل: يا رسول الله، أرأيت شحوم اليتة، فإنه يطلى بها السفن ويدهن بها الجلود، ويستصبح بها الناس؟ فقال: لا، هو حرام ، قاتل الله اليهود، أن الله لما حرم شحومها جملوه-أذابوه- ثم باعوه وأكلوا ثمنه.

    Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah menharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana pula lemak bangkai yang digunakan untuk dilumurkan pada perahu dan meminyakkan kulit serta orang menjadikannya minyak pelita? Lalu Baginda bersabda: Tidak, ia adalah haram. Sesungguhnya Allah memerangi orang Yahudi. Ini kerana tatkala Allah mengharamkan lemak bangkai, mereka memprosesnya(mengubah) iaitu mencairkannya. Kemudian menjual dan memakan hasil daripadanya.

    3.2 Riwayat al-Baihaqi dengan sanad yang sahih, Ibnu Umar ditanya tentang minyak yang telah dimasuki tikus. Beliau berkata,
    استصبحوا به، وادهنوا به أدمكم، ومر رسول الله (ص) على شاة لميمونة فوجدها ميتة فقال: هلا أخذتم إهابها فدبغتموه وانتفعتم به، فقالوا: يا رسول الله إنها ميتة فقال: إنما حرم أكلها.

    Yang bermaksud, Jadikanlah ia minyak pelita dan minyakkanlah dengannya kulit kamu. Tatkala Rasulullah saw berjalan dan mendapati kambing bebiri milik Maimunah telah mati lalu Baginda bersabda: Adakah kamu tidak mengambil kulitnya lalu kamu samak dan kamu boleh memanfatkannya. Sahabat menjawab: Wahai Rasulullah, ianya adalah bangkai. Baginda bersabda: Sesungguhnya apa yang diharamkan ialah memakannya.
    3.3 Jumhur ulamak berpendapat menjual atau memperdagangkan najis adalah haram dan akad padanya adalah batil. Ini berdasarkan hadith yang pertama di atas tadi yang menyatakan pengharaman dan laknat kepada kaum yahudi yang memperdagangkannya.
    3.4 Walau bagaimanapun penggunaan najis selain daripada untuk dimakan adalah halal berdasarkan hadith kedua dan kata-kata daripada Ibnu Umar.
    3.5 Sehubungan dengan itu, ulamak Hanafi (الأحناف) mengecualikan pengharaman memperdagang dan menjual najis yang ada padanya manfaat.
    3.6 Hal ini turut dipersetujui oleh al-Zahiriah dengan menyatakan harus menjual tahi binatang atau tahi manusia yang boleh digunakan untuk tujuan pertanian dan bahan api.
    3.7 Hujjah mereka, selagi manfaatnya halal dan tujuannya baik dan bukan untuk dimakan maka penjualannya halal. Mereka juga menjelaskan hadith daripada Jabir mengenai pengharaman menjual lemak bangkai adalah pada peringkat awal Islam iaitu ketika orang hampir-hampir mengharuskan memakannya. Tetapi, apabila Islam telah teguh dihati mereka (orang Islam) maka diharuskan mereka memanfaatkannya dan tidak memakannya.

    4. SYOR

    4.1 Mengesyorkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa membuat pertimbangan dan keputusan Penjualan Najis Bagi Tujuan Komersial.

    Disediakan oleh:
    SN/PMBF
    27hb Dis 200
    [1] Ahsanul Kalam fi Fatawa wal Ahkam, ‘Atiah Saqar, Darul Ghad al-Arabi, Jld 5, hlmn302.

    KEPUTUSAN
    Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 5/1427
    Pada 6 Zulhijjah 1427H
    bersamaan 27hb Disember 2006


    Saya dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, keputusan berikut:
    Harus menjual dan memperdagangkan najis (tahi manusia atau haiwan) yang ada padanya manfaat iaitu untuk dijadikan baja bagi tanaman.
    Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad
    Mufti Kerajaan Negeri,
    Negeri Sembilan Darul Khusus

    Klik di sini untuk sumber.

Makan di Kedai Yang Menjual Arak
  • الأكل في مطعم يبيع الخمر

    دُعيتُ إلى مطعم للأكل، والمشكلة أن المطعم يقدم المشروبات الكحولية.
    فهل يجوز أن يذهب المسلمون إلى تلك المطاعم للأكل؟.
    الجواب
    الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله. وبعد...
    الأصل أن المسلم لا يجلس على مائدة يدار عليها الخمر، كما ورد في الحديث الصحيح النهي عن ذلك، انظر مسند أحمد (14124)، وجامع الترمذي (2801).
    لكن إذا كانت فيه فهذا من محرمات الوسائل التي يقول عنها العلامة ابن القيم إنها تجيزها الحاجة، يقول: إن محرمات الوسائل ليست كمحرمات المقاصد؛ فمحرمات الوسائل تجيزها الحاجة، ومحرمات المقاصد لا تجيزها إلا الضرورة.
    فهذا من هذا النوع ولهذا عبر بعض العلماء عن محرمات الوسائل بأنها من باب المكروهات.
    فإذا كان يحتاج إلى أن يجلس في مثل هذا المطعم فلا يجلس على المائدة التي يدار عليها الخمر، وإذا جلس عليها لا يجلس بأبنائه الصغار الذين قد يتأثرون من ذلك المشهد، فإذا هو احتاج وكان لا يجد مكاناً ليأخذ فيه وجبة طعامه إلا في هذه الأمكنة فالأمر يدور على المشقة وعلى الحاجة، مع أن النهي وارد، وقد يحمل على الكراهة ويحمل على التحريم لكنه من باب تحريم الحاجات، ومن باب تحريم الوسائل والضرائر، وما كان كذلك فإنه يرتفع بالحاجة، كما يقول العلامة ابن القيم –رحمه الله-.


    Saya diajak untuk kesebuah kedai makan untuk dijamu namun saya dapati bahawa kedai itu menyediakan minuman beralkohol. Adakah seorang Muslim diharuskan makan di kedai seperti itu?

    Jawapan:

    Hukum asal adalah seseorang muslim tidak boleh berada didalam majlis yang dihidangi padanya arak sepertimana diriwayatkan hadith yang sahih dalam bab ini. Rujuk Musnad Ahmad (14124) dan Jami’ At-Tirmizi (2801). **
    Namun jika seseorang berada di dalam majlis seperti itu, ini dikategorikan sebagai Muharramat Al-Wasail (perkara yang dihukum haram kerana ia menjadi wasilah kepada perkara haram) yang disifatkan oleh Al-‘Allamah Ibnu Qayyim bahawa ia menjadi harus kerana sesuatu ‘Hajat’ (perkara yang jika ditinggalkan menyebabkan manusia di dalam kesukaran). Beliau berkata: Muharramat Wasail tidak sama seperti Muharramat Maqasid (perkara yang haram pada zatnya). Muharramat Wasail akan menjadi harus kerana hajat dan Muharrammat Maqasid hanya akan menjadi harus kerana Dharurat.

    Maka tentang perkara seperti ini, sebahagian ulama’ menghukumkan bahawa Muharrammat Wasail termasuk dalam perkara yang makruh.

    Jika seseorang itu amat perlu untuk berada di kedai seperti ini, maka janganlah beliau duduk pada hidangan yang padanya ada arak. Jikalau beliau perlu juga untuk duduk pada tempat seperti itu, janganlah beliau membenarkan anak-anak kecilnya yang boleh terpengaruh dengan suasana seperti itu untuk duduk bersama. Jika beliau perlu juga dan tidak mendapati tempat lain untuk mengambil hidangan makanannya, maka perkara ini berlegar dalam kategori Masyaqqah dan hajat dalam keadaan yang sama larangan dalam perkara ini wujud. Maka larangan seperti dikira makruh ataupun haram namun pengharamkan yang dimaksudkan adalah Tahrim Al-Hajat dan haram secara wasilah dan atas faktor kemudharatan yang akan timbul. Oleh kerana itu, pengharaman perkara seperti akan terangkat (hukumnya) dengan sesuatu hajat seperti yang diulas oleh Al-‘Allamah Ibnu Al-Qayyim rahimahullah.

    **
    حدثنا القاسم بن دينار الكوفي حدثنا مصعب بن المقدام عن الحسن بن صالح عن ليث بن أبي سليم عن طاوس عن جابر أن النبي صلى الله عليه وسلم قال من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يدخل الحمام بغير إزار ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يدخل حليلته الحمام ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجلس على مائدة يدار عليها بالخمر
    Maksudnya: Daripada Jabir bahawa nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang berimana kepada Allah dan rasulnya, maka janganlah dia memasuki kawasan mandi awam tanpa sebarang pakaian. Barangsiapa yang berimana kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dibiarkan isterinya untuk memasuki kawasan mandi awam, barangsiapa yang beriman kepada allah dan hari akhirat, janganlah dia berada di dalam majlis yang dihidangkan padanya arak. (Riwayat Tirmizi)


    Klik di sini untuk sumber.

Takaful
Perlindungan Takaful Bagi Pinjaman Secara Konvensional
  • Perlindungan Takaful Bagi Pinjaman Secara Konvensional

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-54 bertarikh 27 Oktober 2005 telah memutuskan bahawa syarikat takaful boleh menawarkan perlindungan takaful ke atas aset pelanggan walaupun aset tersebut dibiayai secara konvensional dengan syarat ia dilakukan secara berasingan dan bukan bersifat pakej.

    Klik di sini untuk sumber

Pengenaan Fi Pengurusan Ke Atas Caruman Peserta Takaful
  • Pengenaan Fi Pengurusan Ke Atas Caruman Peserta Takaful

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-62 bertarikh 4 Oktober 2006 telah memutuskan perkara berikut: 

    1. Untuk model takaful yang berasaskan kontrak wakalah, syarikat takaful dibenarkan untuk mengenakan fi pengurusan ke atas caruman peserta takaful. Jumlah fi pengurusan yang dicaj mestilah dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkontrak serta mengambil kira tanggungjawab syarikat takaful terhadap peserta takaful. Pengenaan fi pengurusan ini perlu dinyatakan secara jelas dalam kontrak perjanjian takaful; dan
    2. Untuk model takaful yang berasaskan kontrak mudarabah,syarikat takaful tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang fi pengurusan ke atas caruman peserta takaful. Sebaliknya, segala perbelanjaan operasi perlu ditanggung oleh dana pemegang saham yang sumber pendapatannya adalah daripada perkongsian keuntungan pelaburan atau lebihan dana takaful.

     

    Klik di sini untuk sumber

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

    1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.  
    2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.  
    3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.  
    4. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.

    Klik di sini untuk sumber

Perlindungan Takaful ke Atas Produk Kad Kredit Konvensional
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

    MPS dirujuk berhubung dengan cadangan sebuah syarikat takaful untuk menawarkan perlindungan takaful berkelompok bagi melindungi pelanggan kad kredit konvensional. Menerusi produk kad kredit konvensional ini, institusi perbankan yang berkenaan akan memberikan syarat kepada pelanggan supaya mendapatkan perlindungan takaful sewaktu membuat permohonan mendapatkan kad kredit konvensional. Syarat ini bertujuan untuk melindungi pelanggan daripada situasi yang tidak diingini seperti pelanggan meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal yang menyebabkannya tidak berkemampuan untuk menjelaskan hutang kad kredit konvensional tersebut.

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-70 bertarikh 12 September 2007 telah memutuskan bahawa perlindungan takaful khusus bagi kad kredit konvensional seperti yang dicadangkan adalah tidak dibenarkan. 

    Klik di sini untuk sumber.

Perjanjian Takaful Secara Bersama (Co-Takaful)
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia

    Perjanjian takaful secara bersama merupakan perjanjian perkongsian risiko yang dimeterai antara syarikat takaful dengan syarikat takaful yang lain, atau antara syarikat takaful dengan syarikat insurans konvensional. Dalam perjanjian perkongsian risiko ini, dua atau lebih syarikat takaful atau syarikat insurans konvensional bersetuju untuk sama-sama berkongsi risiko yang diunderaitkan. Walau bagaimanapun, sijil takaful yang berasingan akan dikeluarkan oleh syarikat takaful kepada peserta takaful sekiranya perkongsian risiko dibuat dengan syarikat insurans konvensional, berbanding dengan hanya satu sijil takaful sahaja yang akan dikeluarkan sekiranya perkongsian risiko dibuat sesama syarikat takaful sahaja. Dalam hal ini, MPS dirujuk berhubung dengan isu sama ada perkongsian takaful secara bersama antara syarikat takaful dengan syarikat insurans konvensional dibenarkan Syarak.

    Keputusan:

    MPS pada mesyuarat ke-47 bertarikh 14 Februari 2005 telah memutuskan bahawa perkongsian risiko secara bersama antara syarikat takaful dengan syarikat insurans konvensional adalah dibenarkan dengan syarat pemeteraian perjanjian antara pelanggan dengan syarikat takaful dan syarikat insurans konvensional dibuat secara berasingan.

    Klik di sini untuk sumber.

Islamic Capital Market
Imej Sebagai Kriteria Sekuriti Tersenarai
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

    Keputusan:

    Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuarat yang ke-40 pada 22 Julai 2002, memutuskan bahawa faktor imej adalah merupakan sebahagian daripada kriteria Syariah yang menjadi asas kajian syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Faktor imej dijadikan sebagai salah satu kriteria kerana merujuk kepada tiga asas berikut:

    (a) Imej berasaskan maslahah rajihah (kebaikan yang jelas)

    Imej yang melibatkan kepentingan umum dan percampuran aktiviti yang tidak patuh adalah kecil dan boleh dimaafkan. Contohnya aktiviti perhotelan. Imej seperti ini mempunyai tanda aras 25%;

    (b) Imej berasaskan sadd zari`ah

    Imej yang melibatkan aktiviti yang dipertikaikan manfaatnya dan boleh membawa kepada kemudharatan dan fitnah kepada masyarakat. Contohnya aktiviti pengeluaran kondom. Imej seperti ini mempunyai tanda aras 5%; dan

    (c) Imej berasaskan faktor antara maslahah dengan sadd zari`ah

    Imej yang melibatkan aktiviti yang mempunyai manfaat yang besar kepada umat Islam tetapi dalam masa yang sama ia mempunyai elemen negatif yang memberikan gambaran buruk kepada masyarakat Islam. Contohnya seperti aktiviti penjualan minuman keras dalam pengangkutan awam. Imej seperti ini tidak mempunyai tanda aras khusus dan keputusannya berdasarkan kepada budi bicara MPS.

    Klik di sini untuk sumber

Saham Keutamaan
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

    Keputusan:

    Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuaratnya yang ke-20 pada 14 Julai 1999, telah memutuskan bahawa saham keutamaan asas (bukan kumulatif) adalah diharuskan berasaskan kepada konsep tanazul.

    Hujah Mengharuskan Saham Keutamaan:

    MPS mengharuskan saham keutamaan bukan kumulatif adalah berasaskan kepada prinsip tanazul yang mana hak keuntungan pemegang saham biasa diberikan dengan reda oleh pemegang saham biasa kepada pemegang saham keutamaan. Persetujuan untuk tanazul ini dipersetujui dalam mesyuarat agung tahunan sesebuah syarikat yang memutuskan untuk menerbitkan saham keutamaan sebagai usaha mendapatkan modal baru. Oleh kerana mesyuarat ini bersetuju untuk menerbitkan saham keutamaan, bermakna pemegang saham biasa telah bersetuju untuk mendahulukan pemegang saham keutamaan dalam pembahagian keuntungan melalui prinsip tanazul. Tanazul dalam konteks saham keutamaan bermaksud menyerahkan hak yang sepatutnya diterima dalam pembahagian keuntungan berasaskan kepada prinsip perkongsian, dengan mendahulukan pemegang saham keutamaan. Ia juga dikenali dalam istilah fikah sebagai isqat haq.

    Klik di sini untuk sumber.

Jualan Singkat Terkawal dan Pinjam Meminjam Sekuriti
  • 1) Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

    Keputusan:

    Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuarat ke-13 pada 19 Mac 1998, telah memutuskan untuk menerima prinsip pinjam meminjam sekuriti (securities borrowing and lending atau SBL) yang wujud dalam industri sekuriti. Bagi menepati prinsip Syariah, SBL dipadankan dengan prinsip ijarah. Namun begitu kaedah istihsan digunakan sebagai pengecualian kepada prinsip am ijarah. Ini bermakna hubungan ijarah antara penyewa dengan pemilik saham tidak terputus walaupun dalam SBL, penyewa perlu membuat penyerahan saham yang disewanya. Sehubungan dengan itu, MPS dalam mesyuarat ke-69  pada 18 April 2006, telah memutuskan bahawa jualan singkat terkawal (regulated short selling atau RSS) selaras dengan Syariah kerana kewujudan SBL dalam RSS telah menghapuskan unsur gharar.

    Klik di sini untuk sumber.

Ujrah Terhadap Jaminan
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

    Keputusan:

    Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuarat ke-36 pada 6 Februari 2002, memutuskan bahawa ujrah (upah) yang dibayar bagi tujuan jaminan pihak ketiga dalam mudharabah adalah diharuskan dengan syarat pelabur tidak boleh menuntut bayaran semula daripada penerbit sekiranya berlaku kerugian dalam pelaburan tersebut. Pelabur juga dibenarkan untuk meminta cagaran daripada penerbit bagi menghadapi situasi kemungkinan berlakunya kecuaian yang nyata oleh pihak penerbit.

    Klik di sini untuk sumber.

Pensekuritian Aset
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

    Keputusan:

    Kumpulan Penyelidikan Instrumen Islam (KPII), dalam mesyuarat ketujuh pada 1 Disember 1995, memutuskan bahawa pensekuritian aset (asset securitisation) adalah kaedah yang diharuskan jika aset pendasar kepada instrumen tersebut selaras dengan garis panduan Syariah.

    Klik di sini untuk sumber.

Pajakan Kewangan Dan Pajakan Operasi
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

    Keputusan:

    Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuarat ke-14 pada 7 Mei 1998, memutuskan bahawa bayaran sewa atas pembiayaan pajakan kewangan (finance lease) dan pajakan operasi (operating lease) tanpa unsur penalty adalah selaras dengan prinsip Syariah.

    Pengenalan:

    Kemudahan pajakan kewangan biasanya diberikan oleh syarikat pajakan kewangan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, yang kebanyakannya merupakan anak syarikat kepada institusi kewangan. Terdapat juga syarikat lain yang bukan syarikat pajakan kewangan, menyediakan perkhidmatan sewaan yang lebih dikenali sebagai pajakan operasi. Perkhidmatan pajakan operasi ini berbeza sedikit dengan pajakan kewangan kerana pajakan operasi tidak memberikan opsyen kepada pelanggan untuk membeli aset yang disewa pada akhir tempoh pajakan.

    Dalam konteks pengiraan bayaran sewa, pendekatan yang diambil oleh syarikat pajakan kewangan dan pajakan operasi adalah sama iaitu berdasarkan kepada nilai pembiayaan aset, kadar caj atau keuntungan dan tempoh pembiayaan.

    Secara umumnya, kadar penalti kerana kelewatan membayar adalah tinggi atas bayaran yang tertangguh. Caj bayaran ini dikenakan sebagai satu cara untuk tidak menggalakkan pelanggan melengah-lengahkan bayaran sewa serta bagi mengelakkan syarikat pajakan kewangan daripada terdedah kepada kerugian  dan kemudaratan akibat kerugian melepas (opportunity loss).


    Klik di sini untuk sumber.

Waran Panggilan
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

    Keputusan:

    Kumpulan Penyelidikan Instrumen Islam (KPII), dalam mesyuarat keempat pada 26 Julai 1995, telah memutuskan bahawa waran panggilan ialah instrumen yang diharuskan dari sudut Syariah dengan syarat, saham yang berkaitan dengan waran berkenaan ialah saham yang patuh Syariah. Instrumen ini telah memenuhi ciri-ciri mal (harta) menurut perundangan Islam sebagaimana digariskan dalam prinsip haq maliy dan haq tamalluk. Haq maliy boleh didagangkan sekiranya ia menepati rukun dan syarat jual beli dalam Islam.

    Klik di sini untuk sumber.

Bai` Dayn
  • Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

    Keputusan:

    Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuarat kedua pada 21 Ogos 1996, bersetuju untuk menerima prinsip bai` dayn iaitu jual beli hutang sebagai salah satu kaedah membentuk instrumen dalam pasaran modal Islam. Ini bersandarkan kepada pandangan sebahagian besar fukaha yang mengharuskan konsep ini dengan beberapa syarat. Dalam konteks pasaran modal, syarat-syarat ini akan dapat dipenuhi apabila terdapat suatu system pengawalseliaan yang telus yang memastikan maslahat (kepentingan) peserta pasaran terpelihara.

    Klik di sini untuk sumber.

Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal
  • Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penyaluran Hasil Gharamah Institusi Kewangan Islam Ke Baitulmal. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

    Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa keharusan mengenakan gharamah ke atas penerima biaya yang mungkir adalah berasaskan hadis Rasulullah SAW yang menyifatkan kelewatan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan sebagai satu kezaliman dan boleh memudaratkan institusi kewangan Islam.

    Muzakarah juga berpandangan bahawa gharamah yang dihasilkan dalam institusi kewangan Islam perlu disalurkan kepada institusi yang berkait secara khusus dengan umat Islam supaya ianya tidak disalahgunakan.

    Sehubungan itu, selaras dengan kedudukan dan fungsi Baitulmal sebagai institusi tertinggi dalam menguruskan wang dan harta umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hasil gharamah Institusi Kewangan Islam hendaklah disalurkan ke Baitulmal bagi memastikan penggunaan harta tersebut menepati maslahah ammah umat Islam.

    Klik di sini untuk sumber.

Hukum Zakat Atas Harta Haram
  • Fatwa Majelis Ulama Indonesia

    Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI), setelah : MENIMBANG :

    1. bahwa seiring dengan pesatnya sosialisasi kewajiban membayar zakat, ada amil zakat yang menarik zakat atas harta haram, dan demikian sebaliknya seseorang yang memperoleh harta haram bermaksud membayarkan zakat untuk membersihkan hartanya;
    2. bahwa di tengah masyarakat muncul pertanyaan mengenai apakah orang yang memiliki harta haram, seperti barasal dari bunga bank, hasil korupsi, dan hasil judi, memiliki kewajiban membayar zakat serta bagaimana seharusnya memanfaatkan harta haram tersebut;
    3. bahwa oleh karena itu dipandang perlu menetapkan fatwa tentang zakat atas harta non-halal guna dijadikan pedoman.

    Mengingat:

    1. Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (QS. Al-Baqarah: 267)

    2. Hadis Rasulullah SAW, antara lain: “Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik “ (HR Muslim dari Abu Hurairah)

      "Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan zakat sebagai pensucian harta “. (HR Bukhari dari Abdullah bin Umar) “Allah SWT tidak menerima sedekah dari harta hasil korupsi rampasan perang “ (HR Muslim dari Abdullah bin Umar)

      “Barang siapa yang mengumpulkan harta dari cara yang haram kemudian ia bersedekah darinya, maka ia tidak mendapatkan pahala apapun, bahkan ia tetap menanggung dosa dari harta haram tersebut “ (HR al-Baihaqi, al-Hakim, Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)

    Memperhatikan:

    1. Pendapat Imam Ibnu Nujaim sebagaimana dikutip dalam kitab Al-Bahru Al-Raaiq (2/221) yang menerangkan tidak wajibnya membayar zakat atas harta haram sekalipun sudah sampai satu nishab, sebagai berikut:

      “Seandainya ada seseorang yang memiliki harta haram seukuran nishab, maka ia tidak wajib berzakat. Karena yang menjadi kewajiban atas orang tersebut adalah membebaskan tanggungjawabnya atas harta haram itu dengan mengembalikan kepada pemiliknya atau para ahli waris – jika bisa diketahui – , atau disedekahkan kepada fakir miskin secara keseluruhan – harta haram tersebut – dan tidak boleh sebagian saja “.

    2. Pendapat Imam Al-Qurthubi sebagaimana dikutip dalam kitab Fathu Al-Baari (3/180) yang menjelaskan alasan tidak diterimanya zakat atas harta haram sebagai berikut :

      “Sedekah/zakat dari harta haram itu tidak diterima dengan alasan karena harta haram tersebut pada hakekatnya bukan hak miliknya. Dengan demikian, pemilik harta haram dilarang mentasharrufkan harta tersebut dalam bentuk apapun, sementara bersedekah adalah bagian dari tasharruf (penggunaan) harta. Seandainya sedekah dari harta haram itu diangggap sah, maka seolah-olah ada satu perkara yang di dalamnya berkumpul antara perintah dan larangan, dan itu menjadi mustahil “
    3. Pendapat, saran, dan masukan yang berkembang dalam Sidang Komisi Fatwa pada Rapat-Rapat Komisi Fatwa yang terakhir pada tanggal 3 dan 17 Maret 2011.

    Dengan bertawakkal kepada Allah SWT MEMUTUSKAN

    Menetapkan: Fatwa Tentang Hukum Zakat Atas Harta Haram

    Pertama : Ketentuan Hukum

    1. Zakat wajib ditunaikan dari harta yang halal, baik hartanya maupun cara perolehannya.
    2. Harta haram tidak menjadi obyek wajib zakat.
    3. Kewajiban bagi pemilik harta haram adalah bertaubat dan membebaskan tanggung jawab dirinya dari harta haram tersebut.
    4. Cara bertaubat sebagaimana dimaksud angka 3 adalah sebagai berikut:

    a. Meminta ampun kepada Allah, menyesali perbuatannya, dan ada keinginan kuat (‘azam) untuk tidak mengulangi perbuatannya; b. Bagi harta yang haram karena didapat dengan cara mengambil sesuatu yang bukan haknya –seperti mencuri dan korupsi–, maka harta tersebut harus dikembalikan seutuhnya kepada pemiliknya. Namun, jika pemiliknya tidak ditemukan, maka digunakan untuk kemaslahatan umum. c. Bila harta tersebut adalah hasil usaha yang tidak halal – seperti perdangan minuman keras dan bunga bank – maka hasil usaha tersebut (bukan pokok modal) secara keseluruhan harus digunakan untuk kemaslahatan umum.

    Kedua : Ketentuan Penutup

    1. Fatwa ini mulai berlaku pada tanggal ditetapkan, dengan ketentuan jika di kemudian hari ternyata terdapat kekeliruan, akan diperbaiki dan disempurnakan sebagaimana mestinya
    2. Agar setiap muslim dan pihak-pihak yang memerlukan dapat mengetahuinya, semua pihak dihimbau untuk menyebarluaskan fatwa ini. Ditetapkan di : Jakarta Pada tanggal : 12 Rabi’ul Tsani 1432 H 17 M a r e t 2011 M.

    Klik di sini untuk sumber

Wakaf Uang
  • Fatwa Majelis Ulama Indonesia

    Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia setelah:

    Menimbang :

    1. Bahwa bagi mayoritas umat Islam Indonesia, pengertian wakaf yang umum diketahui, antara lain, adalah: yakni “menahan harta yang dapat dimanfaatkan tanpa lenyap bendanya, dengan cara tidak melakukan tindakan hukum terhadap benda tersebut, disalurkan pada sesuatu yang mubah (tidak haram) yang ada,” (al-Ramli, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, [Beirut: Dar al-Fikr, 1984], juz V, h. 357; al-Khathib al-Syarbaini, Mughni al-Muhtaj, [Beirut: Dar al-Fikr, t.th], juz II, h. 376); atau “Wakaf adalah perbuatan hukum seseorang atau kelompok orang atau badan hukum yang memisahkan sebagian dari benda miliknya guna kepentingan ibadat atau keperluan umum lainnya sesuai dengan ajaran Islam” dan “Benda wakaf adalah segala benda, baik bergerak atau tidak bergerak, yang memiliki daya tahan yang tidak hanya sekali pakai dan bernilai menurut ajaran Islam”

    2. Mengingat : Firman Allah SWT:
      “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (QS. Ali Imran [3]: 92)

    3. Firman Allah SWT:

    4. “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.”

      “Orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (QS. al-Baqarah [2]: 261- 262)

    5. Hadis Nabi s.a.w.:

    6. “Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah (pahala) amal perbuatannya kecuali dari tiga hal, yaitu kecuali dari sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang dimanfaatkan, atau anak shaleh yang mendoakannya” (H.R. Muslim, al-Tirmidzi, al-Nasa’i, dan Abu Daud)

    7. Hadis Nabi s.a.w.:

    8. “Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. bahwa Umar bin al-Khaththab r.a. memperoleh tanah (kebun) di Khaibar; lalu ia datang kepada Nabi s.a.w. untuk meminta petunjuk mengenai tanah tersebut. Ia berkata, “Wahai Rasulullah! Saya memperoleh tanah di Khaibar; yang belum pernah saya peroleh harta yang lebih baik bagiku melebihi tanah tersebut; apa perintah Engkau (kepadaku) mengenainya?” Nabi s.a.w. menjawab: “Jika mau, kamu tahan pokoknya dan kamu sedekahkan (hasil)- nya.”

      Ibnu Umar berkata, “Maka, Umar menyedekahkan tanah tersebut, (dengan mensyaratkan) bahwa tanah itu tidak dijual, tidak dihibahkan, dan tidak diwariskan. Ia menyedekahkan (hasil)-nya kepada fuqara, kerabat, riqab (hamba sahaya, orang tertindas), sabilillah, ibnu sabil, dan tamu. Tidak berdosa atas orang yang mengelolanya untuk memakan dari (hasil) tanah itu secara ma’ruf (wajar) dan memberi makan (kepada orang lain) tanpa menjadikannya sebagai harta hak milik.”

      Rawi berkata, “Saya menceritakan hadis tersebut kepada Ibnu Sirin, lalu ia berkata ‘ghaira muta’tstsilin malan (tanpa menyimpannya sebagai harta hak milik)’.” (H.R. al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi, dan al-Nasa’i).

    9. Hadis Nabi s.a.w.:

    10. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; ia berkata, Umar r.a. berkata kepada Nabi s.a.w., “Saya mempunyai seratus saham (tanah, kebun) di Khaibar, belum pernah saya mendapatkan harta yang lebih saya kagumi melebihi tanah itu; saya bermaksud menyedekahkannya.” Nabi s.a.w. berkata, “Tahanlah pokoknya dan sedekahkan buahnya pada sabilillah.” (H.R. al-Nasa’i).

    11. Jabir r.a. berkata:
    12. “Tak ada seorang sahabat Rasul pun yang memiliki kemampuan kecuali berwakaf.” (lihat Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, [Damsyiq: Dar al-Fikr, 1985], juz VIII, h. 157; al-Khathib al-Syarbaini, Mughni al-Muhtaj, [Beirut: Dar al-Fikr, t.th], juz II, h. 376).


    Memperhatikan :

    1. Pendapat Imam al-Zuhri (w. 124 H.) bahwa mewakafkan dinar hukumnya boleh, dengan cara menjadikan dinar tersebut sebagai modal usaha kemudian keuntungannya
      disalurkan pada mauquf ‘alaih (Abu Su’ud Muhammad, Risalah fi Jawazi Waqf alNuqud, [Beirut: Dar Ibn Hazm, 1997], h. 20-21).
    2. Mutaqaddimin dari ulama mazhab Hanafi (lihat Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, [Damsyiq: Dar al-Fikr, 1985], juz VIII, h. 162) membolehkan wakaf uang dinar dan dirham sebagai pengecualian, atas dasar Istihsan bi al-‘Urfi, berdasarkan atsar Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin maka dalam pandangan Allah adalah baik, dan apa yang dipandang buruk oleh kaum muslimin maka dalam pandangan Allah pun buruk”.
    3. Pendapat sebagian ulama mazhab al-Syafi’i: “Abu Tsaur meriwayatkan dari Imam alSyafi’i tentang kebolehan wakaf dinar dan dirham (uang)” (al-Mawardi, al-Hawi alKabir, tahqiq Dr. Mahmud Mathraji, [Beirut: Dar al-Fikr, 1994], juz IX, h. 379).
    4. Pandangan dan pendapat rapat Komisi Fatwa MUI pada hari Sabtu, tanggal 23 Maret 2002, antara lain tentang perlunya dilakukan peninjauan dan penyempurnaan (pengembangan) definisi wakaf yang telah umum diketahui, dengan memperhatikan maksud hadis, antara lain, riwayat dari Ibnu Umar (lihat konsideran mengingat [adillah] nomor 4 dan 3 di atas:
    5. Pendapat rapat Komisi Fatwa MUI pada Sabtu, tanggal 11 Mei 2002 tentang rumusan definisi wakaf sebagai berikut:
    6. yakni “menahan harta yang dapat dimanfaatkan tanpa lenyap bendanya atau pokoknya, dengan cara tidak melakukan tindakan hukum terhadap benda tersebut (menjual, memberikan, atau mewariskannya), untuk disalurkan (hasilnya) pada sesuatu yang mubah (tidak haram) yang ada.”
    7. Surat Direktur Pengembangan Zakat dan Wakaf Depag, (terakhir) nomor Dt.1.III/5/ BA.03.2/2772/2002, tanggal 26 April 2002.


    MEMUTUSKAN

    Menetapkan : Fatwa Tentang Wakaf Uang

    Pertama :

    1. Wakaf Uang (Cash Wakaf/Waqf al-Nuqud) adalah wakaf yang dilakukan seseorang, kelompok orang, lembaga atau badan hukum dalam bentuk uang tunai.
    2. Termasuk ke dalam pengertian uang adalah surat-surat berharga.
    3. Wakaf Uang hukumnya jawaz (boleh).
    4. Wakaf Uang hanya boleh disalurkan dan digunakan untuk hal-hal yang dibolehkan secara syar’iy (مباح مصرف).
    5. Nilai pokok Wakaf Uang harus dijamin kelestariannya, tidak boleh dijual, dihibahkan, dan/atau diwariskan. Kedua : Fatwa ini berlaku sejak ditetapkan dengan ketentuan jika di kemudian hari ternyata terdapat kekeliruan, akan diperbaiki dan disempurnakan sebagaimana mestinya.

    Klik di sini untuk sumber

Thank you.

Thank you for your submission.

Ask the Scholars

Please fill in the following details and we will be in touch to assist you with your enquiry