1-300-88-6688 or +603-7844 3696 (overseas) any time, any day. That includes holidays.
1-300-88-6688 or +603-7844 3696 (overseas) any time, any day. That includes holidays.
Call 1-800-88-3231 or
+603-2072 1373 for credit cards and 1-300-88-6688 for ATM cards to report it immediately
MAYBANK Islamic Berhad (Maybank Islamic) melancarkan Pusat Kecemerlangan Syariah (SCOE) yang menjadi pusat rujukan maya kepada pengamal industri, ahli akademik dan orang awam mengenai perkara berkaitan syariah institusi kewangan Islam.
Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Shahudin berkata, SCOE merupakan komitmen Maybank Islamic sebagai peneraju institusi kewangan Islam di rantau ini untuk mengekalkan piawaian tinggi dalam tadbir urus syariah khususnya dalam sektor tersebut.

“Menerusi SCOE, pengguna boleh mengetahui aspek tadbir urus syariah dan industri kewangan Islam secara keseluruhannya, penyelidikan dan pendidikan, pembangunan bakat, kepimpinan pemikiran dan kebajikan masyarakat.
“Melalui inisiatif SCOE dan menggunakan konsep syariah sebagai asas, Maybank Islamic komited untuk terus menyediakan penyelesaian inovatif yang boleh menambah nilai dalam menangani pelbagai cabaran ekonomi yang dihadapi masyarakat,” katanya pada Majlis Pelancaran SCOE di Kuala Lumpur, semalam.
Majlis pelancaran SCOE itu disempurnakan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Pada majlis itu, Ismail turut mengumumkan beberapa inisiatif usaha sama Maybank Islamic dengan Universiti Global bagi Kewangan Islam (INCEIF) antaranya institusi kewangan itu menaja RM1.5 juta untuk mempromosikan aktiviti INCEIF di auditorium INCEIF dan 15 penuntut lepasan ijazah syariah daripada negara-negara Asean.
Dalam pada itu, Ismail berkata, Maybank Islamic menyumbang 40 peratus daripada jumlah asetnya kepada Maybank Malaysia pada suku ketiga tahun lalu.
Diterbitkan oleh Sinar Harian 25 Februari 2015.