Dapatkan Pengecualian Faedah/ Keuntungan Untuk Bulan Pertama!
Bantuan kewangan yang dipermudahkan dengan pengecualian faedah/ keuntungan bulan pertama untuk akaun Pinjaman Peribadi Maybank/Pembiayaan Peribadi Maybank Islamic-i yang telah diluluskan. Mohon sekarang melalui laman web Maybank2u atau aplikasi Mudah Alih Maybank.
*Tertakluk pada Terma & Syarat
Tempoh Kempen : 15 Disember 2021 – 15 Februari 2022
Pengiraan Pengecualian Faedah/Keuntungan Bulan Pertama
Contoh:
Pinjaman/Pembiayaan |
RM15,000 |
Tempoh Bayaran Balik / Pembiayaan |
5 tahun (60 bulan) |
Kadar Faedah/Keuntungan |
8% |
Formula untuk Pembayaran Balik/Ansuran Bulanan |
= Amaun Diluluskan (P) + (P x Tempoh (Tahun) x Kadar Faedah/ Keuntungan Tetap) / Tempoh Kemudahan (Bulan)
= RM15,000 + (RM15,000 x 5 x 8%) 60
= RM15,000 + RM6,000 60
= RM21,000/60
= RM350
|
Pengiraan Faedah/ Keuntungan |
RM15,000 x 5 x 8.00% |
Jumlah Amaun Faedah/ Keuntungan |
RM6,000 |
Faedah/ Keuntungan Bulanan |
RM6,000 / 60 bulan = RM100 |
Pengecualian Faedah/Keuntungan Bulan Pertama |
RM100 |
Nota: Jumlah peruntukkan untuk Kempen pengecualian faedah/keuntungan bulan pertama ini, dihadkan kepada RM60,000 sahaja dan akan diberikan kepada Pelanggan yang Layak atas dasar penyertaan siapa yang cepat dia akan didahulukan semasa Tempoh Kempen.
Features
- Bayaran Ansuran bulanan tetap
- Jumlah Pinjaman/Pembiayaan:
- Jumlah minimum kemudahan adalah sebanyak RM5,000
- Jumlah maksimum kemudahan adalah sebanyak RM100,000
- Tempoh Pinjaman/Pembiayaan:
- Tempoh minimum 2 tahun
- Tempoh maksimum 6 tahun
- Kadar faedah / keuntungan:
- Kadar tetap 8% setahun untuk pinjaman/pembiayaan dari RM5,000 hingga RM20,000
- Kadar tetap 7% setahun untuk pinjaman/pembiayaan dari RM20,001 hingga RM50,000
- Kadar tetap 6.5% setahun untuk pinjaman/pembiayaan dari RM50,001 hingga RM100,000
Nota: Kadar faedah/keuntungan efektif mungkin berbeza-beza dari 11.53% hingga 14.68% berdasarkan jumlah dan tempoh kemudahan.
Kelebihan
- Bayaran bulanan serendah RM102.78 * sebulan
- Tiada fi dokumen
- Tiada bayaran pemprosesan
- Tiada penjamin atau cagaran diperlukan
- Kelulusan Segera
- Perlindungan Insurans Personal Care/ Takaful
Dokumen yang diperlukan
Sekiranya anda bergaji tetap:
- Salinan Kad Pengenalan (kedua-dua belah) DAN
- Slip gaji 1 bulan terkini ATAU
- Borang EA terkini ATAU
- Borang BE terkini dengan resit cukai rasmi
- Aktiviti akaun simpanan/ penyata akaun semasa 3 bulan terkini (pilihan)
Sekiranya anda bekerja sendiri:
- Salinan Kad Pengenalan (kedua-dua belah) DAN
- Salinan Pendaftaran Perniagaan DAN
- Borang B terkini dengan resit cukai rasmi ATAU
- Penyata Bank 6 bulan terkini
Fi dan Caj
- Tiada fi pemprosesan atau stem.
- Caj pembayaran lewat: 1% setahun ke atas jumlah tunggakan yang dikira dari tarikh bayaran tertunggak hingga tarikh pembayaran penuh bulanan.
- Fi penyelesaian awal: RM200 atau 3% daripada jumlah baki pinjaman (yang mana lebih tinggi) akan dikenakan sekiranya penyelesaian awal dilakukan pada separuh tempoh pertama pembiayaan.
- Tiada fi penyelesaian awal dikenakan untuk Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic.
Cara Memohon
Aplikasi dalam talian melalui Maybank2u & Maybank App
i. Untuk pelanggan dengan akses Maybank2u:
- Maybank2u
- Langkah 1: Log masuk ke Maybank2u
- Langkah 2: Klik "Apply" dan pilih Pinjaman Peribadi atau Pembiayaan Peribadi-i
- Langkah 3: Isi butiran dan lengkapkan permohonanan
- Aplikasi Mudah Alih
- Langkah 1: Buka Aplikasi dan tekan tiga garis kecil di bahagian kiri.
- Langkah 2: Klik "Apply Online” dan pilih Pinjaman Peribadi /Pembiayaan Peribadi-i
- Langkah 3: Log masuk dan isikan maklumat bagi melengkapkan permohonan
ii. Untuk pelanggan tanpa akses Maybank2u:
- a. Maybank2u
Dari Laman Maklumat Maybank2u, turun ke bahagain bawah halaman: - Langkah 1: Cari “Get A Loan”
- Langkah 2: Klik ‘Discover”
- Langkah 3: Klik “Apply Now” untuk permohonan Pinjaman Peribadi atau Pembiayaan Pribadi-i untuk memulakan Permohonan Dalam Talian.
- b. Aplikasi Mudah Alih
- Langkah 1: Muat turun Aplikasi Mudah Alih
- Langkah 2: Pilih “Register Now“ untuk daftar akses Maybank2u
- Langkah 3: Klik "Apply Online”
- Langkah 4: Pilih Pinjaman Peribadi atau Pembiayaan Peribadi-i