Back


Dapatkan bonus harian sehingga 4.29% setahun dengan Tabung ‘Bonus’ DAN berpeluang memenangi bonus tambahan RM50!

Seperti tabung simpanan masa kecil, Tabung di dalam aplikasi MAE sedia membantu anda menyimpan pada bila-bila masa, di mana sahaja untuk mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih cepat.

Simpan dalam Tabung ‘Bonus’ dan peroleh RM0.10 bonus harian yang dikreditkan ke dalam Tabung anda pada hari berikutnya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjadi salah seorang daripada 2,000 pemenang bertuah untuk memenangi bonus tambahan RM50!

Tempoh Kempen: 25 Mei 2026 - 24 Ogos 2026*

*atau apabila had bonus maksimum telah dicapai, yang mana lebih awal.

Tertakluk pada Terma & Syarat.

Click here for English

点击这里查看中文

25/08/2026

Maklumat Lanjut





*Tabung adalah produk konvensional dan Bonus Harian Tabung adalah kempen konvensional. Tabung yang dipautkan dengan MAE Wallet tidak menjana pulangan diatas baki akaun.

Tertakluk pada Terma & Syarat.

 

Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri Tabung di sini.

Terma & Syarat


Bonus Harian Tabung RM0.10

  • Tawaran ini tidak terbuka kepada Group Tabung.
  • Bonus harian akan dikreditkan ke ‘Bonus’ Tabung pelanggan yang layak pada hari berikutnya jika semua syarat yang dinyatakan dipenuhi.
  • Kempen ini mempunyai had bonus maksimum dan ia adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Pelanggan tidak lagi boleh memperoleh bonus harian setelah had dicapai.
  • Tabung adalah produk konvensional dan Bonus Harian Tabung adalah kempen konvensional. Tabung yang dipautkan dengan MAE Wallet tidak menjana pulangan di atas bakinya. (ketahui lebih lanjut dalam T&S aplikasi MAE)
  • Dana Tabung anda tidak terkunci dan anda boleh keluarkannya pada bila-bila masa.

 

RM50 Cabutan Bertuah

  • Tawaran ini tidak terbuka kepada Group Tabung.
  • Setiap pelanggan hanya layak memenangi satu (1) RM50 Bonus Bertuah sepanjang Tempoh Kempen.
  • 2,000 pemenang akan dipilih secara rawak dan akan dimaklumkan melalui notifikasi dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh tamat kempen.
  • Hadiah wang tunai RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun Dana Semasa, Simpanan atau Dana Harian yang paling baru diaktifkan oleh pemenang.

 

Lihat Terma & Syarat penuh kempen di sini.

Soalan Lazim


Mengenai Bonus Harian Tabung

  1. Bolehkah saya memperoleh lebih banyak bonus setiap hari jika saya membuat beberapa ‘Bonus’ Tabung?

    Ya. Anda boleh buka sehingga 10 Tabung dan setiap ‘Bonus’ Tabung yang memenuhi kriteria kelayakan akan mendapat bonus harian RM0.10.

  2. Saya menukar nama Tabung lama saya kepada ‘Bonus’ Tabung. Adakah saya layak mendapat bonus harian?

    Tidak, semua ‘Bonus’ Tabung perlu dibuka semasa tempoh kempen.

  3. Saya secara tidak sengaja menukar nama ‘Bonus’ Tabung saya kepada nama tanpa 'Bonus', adakah saya masih layak mendapat bonus harian?

    Tidak, semua ‘Bonus’ Tabung perlu dinamakan seperti ini sehingga tamat tempoh kempen.

  4. Bagaimanakah saya akan tahu sama ada ‘Bonus’ Tabung saya layak untuk bonus harian?

    Apabila melihat halaman 'Tabung' utama dalam aplikasi MAE anda, Tabung tersebut akan diserlahkan dengan lingkaran cahaya berwarna hijau.

  5. Apakah jumlah maksimum yang boleh saya peroleh daripada kempen ini?

    Jika anda menyertai kempen dari hari pertama kempen (25 Mei 2026) dan memenuhi kriteria pendapatan untuk setiap hari tempoh kempen bagi 10 Tabung, anda boleh menjana bonus untuk 10 Tabung selama 92 hari. Ini bermaksud jumlah pendapatan bonus anda adalah: RM0.10 x 92 hari x maksimum 10 Tabung = RM92.

  6. Bagaimanakah pulangan 4.29% setahun dikira?

    4.29% setahun ialah kadar pulangan tahunan. Pengiraannya ialah ganjaran tahunan dibahagikan dengan baki yang diperlukan, iaitu (RM0.10 x 365 hari) / RM850 x 100 = 4.29%

  7. Bagaimanakah saya tahu jika saya telah menerima Bonus Harian saya?

    Anda boleh melihatnya pada gambaran keseluruhan ‘Bonus’ Tabung anda, di bawah 'Total Bonus Earned'. Anda juga akan menerima notifikasi dalam aplikasi MAE setiap hari sebaik sahaja ia dikreditkan ke dalam ‘Bonus’ Tabung anda.

  8. Saya menbuka Group Tabung, menamakannya 'Bonus' dan menyimpan RM850 di dalamnya. Adakah saya akan mendapat bonus harian?

    Tidak, Group Tabung tidak layak untuk kempen ini.

  9. Adakah dana Tabung saya dikunci?

    Anda boleh mengeluarkan dana Tabung anda pada bila-bila masa, kerana dana Tabung tidak dikunci. Jika anda mengeluarkan wang ke dalam MAE Wallet anda, pastikan anda mengeluarkan jumlah yang tidak menyebabkan baki MAE Wallet anda melebihi had di bawah:

    • Jika anda tidak mempunyai Kad Debit Visa MAE: Had baki RM4,999.99
    • Jika anda mempunyai Kad Debit Visa MAE: Had baki RM10,000.00

    Sekiranya anda mengeluarkan amaun yang lebih besar daripada had baki di atas, anda mesti mengeluarkan ke dalam akaun selain MAE Wallet.

  10. Bolehkah Tabung ‘Bonus’ saya dieja dengan huruf besar atau huruf kecil?

    Ia boleh dieja dengan kedua-dua cara. Asalkan terdapat perkataan ‘Bonus’, tanpa sebarang aksara khas di dalamnya.

  11. Bagaimanakah saya akan tahu jika Bonus kempen telah mencapai had lebih awal daripada tarikh tamat kempen?

    Akan terdapat notis di halaman rasmi Facebook Maybank dan juga di halaman promosi bonus harian Tabung di Maybank.my/dailybonus.

  12. Saya dapat mesej yang menyatakan ‘You have more than 10 goals’ semasa cuba mencipta Tabung baharu, apakah maksudnya?

    Setiap pelanggan hanya boleh mempunyai 10 Tabung yang sedang berlansung pada satu masa, iaitu:
    a) Tabung yang berstatus ‘Active’, iaitu masih dalam tempoh simpanan matlamatnya (tarikh tamat matlamat belum berlalu), atau
    b) Tabung yang telah melepasi tarikh tamat matlamat tetapi masih mempunyai dana (baki) di dalamnya.
    Oleh itu, walaupun anda mungkin melihat kurang daripada 10 Tabung dalam senarai ‘Active Tabung’ anda, anda mungkin mempunyai Tabung yang dalam senarai ‘Past Tabung’ yang masih mempunyai baki dan oleh itu menggunakan kuota 10 Tabung yang sedang berlansung tersebut.

    Berikut ialah perkara yang boleh anda lakukan untuk mengosongkan kuota anda:

    1. Semak senarai ‘Past Tabung’ anda dan lihat sama ada terdapat Tabung yang masih mempunyai baki di dalamnya. Jika ya, keluarkan semua baki tersebut, kemudian cuba cipta Tabung baharu.
    2. Adakah terdapat Group Tabung yang anda sertai sebagai penyumbang dan bukannya pemilik, dan anda telah membuang Tabung tersebut? Jika ya, sila minta pemilik Group Tabung untuk mengeluarkan semua baki di dalamnya dan membuang Tabung tersebut, kemudian anda boleh cuba mencipta Tabung baharu.
    Jika masalah masih berterusan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Maybank: 1 300 88 6688 (Malaysia).

 

Mengenai RM50 Cabutan Bertuah

  1. Saya hanya menggunakan Maybank dan MAE sebagai akaun bank dan e-Dompet saya. Bagaimanakah saya boleh melengkapkan langkah 'Menangi RM50 dengan Pemindahan'?

    Anda boleh meminta rakan atau keluarga yang mempunyai bank atau e-Dompet lain untuk memindahkan dana ke dalam akaun Maybank atau MAE Wallet anda.

  2. Apabila memindahkan dari bank lain atau e-Dompet saya memasukkan perkataan 'Bonus' dalam ruangan 'Butiran Pembayaran Pilihan' dan bukannya ruangan 'Rujukan Penerima'. Adakah ia masih dikira?

    Tidak, ia tidak dikira, kerana 'Bonus' mesti dimasukkan dalam ruangan 'Rujukan Penerima' sebagai syarat wajib untuk layak. Untuk rujukan anda, bank atau e-Dompet lain boleh menamakan ruangan wajib mereka sebagai "Untuk apa" atau "Nota".

  3. Bolehkah saya memenangi lebih daripada satu hadiah wang tunai RM50 jika saya mempunyai beberapa ‘Bonus’ Tabung yang layak dan telah membuat beberapa pemindahan RM200 yang layak?

    Tidak, setiap pelanggan boleh memenangi hadiah wang tunai RM50 hanya sekali. Walau bagaimanapun, anda boleh memperoleh penyertaan tambahan dengan membuat beberapa pemindahan yang layak untuk meningkatkan peluang anda untuk menang.

  4. Bolehkah saya hanya mengambil bahagian dalam Bonus Cabutan Bertuah dan bukannya kempen Bonus Harian?

    Tidak, hanya pelanggan yang telah menyertai kempen Bonus Harian dan membuat pemindahan dana minimum RM200 akan layak untuk menyertai cabutan bertuah.