Back

Pembiayaan Peribadi-i bagi Haji & Umrah


Realisasikan perjalanan ke Tanah Suci dengan pembiayaan peribadi-i bagi Haji & Umrah.

Kelebihan


  • Terbuka kepada pekerja berpendapatan tetap & disahkan majikan
  • Kadar bayaran mampu milik
  • Kemudahan pembayaran semula setiap bulan melalui potongan gaji atau Arahan Tetap Berubah / Variable Standing Instruction (VSI)
  • Tempoh pembayaran yang fleksibel daripada 2 tahun sehingga 10 tahun atau sehingga umur bersara (yang mana dahulu).
  • Tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin.
  • Pembayaran akan dihantar terus kepada agensi pelancongan yang diluluskan oleh Bank (rujuk senarai di bawah) setelah memenuhi semua syarat untuk kemudahan tersebut.

Pakej yang ditawarkan


Pakej yang ditawarkan

Pakej Safa

Pakej Marwa

  1. Kumpulan Syarikat Maybank
  2. Khas untuk semua agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan syarikat terpilih yang ditetapkan.
  3. Untuk Kakitangan Kontrak Kerajaan Persekutuan, Terhad Kepada Doktor, Doktor Gigi, Ahli Farmasi, Pensyarah, Guru dan Jururawat:
    • Mestilah sedang berkhidmat dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya kontrak selama 1 tahun.

 

Pekerja berpendapatan tetap selain daripada Pakej Safa, kecuali yang bekerja sendiri.

Definisi Pemohon “Bekerja Sendiri”:

Pemohon yang mengendalikan/memiliki perniagaan sebagai pemilik tunggal atau perkongsian/firma profesional. Pemohon yang merupakan pemegang saham dalam perniagaan yang diperbadankan sebagai syarikat sendirian berhad (mestilah syarikat sendirian berhad yang dikecualikan).

 

Ciri-ciri Pembiayaan


Ciri-Ciri Pakej

Pakej Safa

Pakej Marwa

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon individu sahaja
  • Umur minimum: 21 tahun
  • Umur maksimum: Sehingga umur 55 tahun
  • Pekerja tetap dan disahkan
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon individu sahaja
  • Umur minimum: 21 tahun
  • Umur maksimum: Sehingga umur 55 tahun
  • Pekerja tetap dan disahkan
  • Gaji dikreditkan ke akaun Maybank
  • Bekerja sekurang-kurangnya 2 tahun di syarikat tersebut
  • Pendapatan minimum sebanyak RM5,000.00
  • Majikan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh bank

 

Jumlah pembiayaan

Pembiayaan sehingga RM200,000 

  • Maksimum untuk Umrah: RM50,000.00 atau sehingga 20 kali gaji bulanan (termasuk elaun tetap), yang mana lebih rendah.
  • Maksimum untuk Haji: RM100,000.00 atau sehingga 20 kali gaji bulanan (termasuk elaun tetap), yang mana lebih rendah.

Tempoh pembiayaan

Dari 2 tahun sehingga 10 tahun (sehingga umur persaraan)

  

Kadar Keuntungan Efektif serendah 5.45%.

Agensi pelancongan


  1. TH Travel & Services Sdn Bhd (https://www.thts.com.my)
  2. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (https://www.umrahandalusia.com/)
  3. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd (https://mkm.my/)
  4. Azzuha Group Travel & Tours Sdn Bhd (https://azzuhatravel.com/)
  5. Rayhar Travels Sdn Bhd (https://rayhar.com/)
  6. Wira Saujana Travel & Tours Sdn Bhd (https://wirasaujana.com/)
  7. Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd
  8. Alif Travel & Tours Sdn Bhd (https://aliftravel.com.my/)
  9. Jay Ibrahim Al Islam Travel & Tours Sdn Bhd (https://www.jayibrahimalislam.com/)
  10. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd (https://mimmtravel.com/)
  11. Jad Travel & Tours Sdn Bhd (https://jadtravel.com.my/)
  12. Juara Travel & Tours Sdn Bhd (https://www.juaratravel.com.my/)
  13. Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd (https://zahafiztravel.com/)
  14. KRS Travel Sdn Bhd (https://krstravel.com.my/)

Cara untuk memohon


Hubungi Kami

Langkah 1: Muat turun dan isi Borang Permohonan Pembiayaan-i Peribadi Bagi Haji & Umrah

Muat turun borang

Langkah 2: Lampirkan dokumen yang diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon utama
  • Penyata gaji 1 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan/penyata KWSP/Borang EA/BE terkini
  • Surat pengesahan majikan
  • Surat tawaran Haji/VISA/ Sebut Harga Umrah daripada senarai agensi pelancongan yang diluluskan oleh Bank

Langkah 3: Hantar borang permohonan yang lengkap bersama dokumen yang diperlukan melalui e-mel ke mibretailfinancing@maybank.com

Sebagai pilihan lain, anda boleh menghantar permohonan ke cawangan Maybank yang terdekat.

Yuran & caj


  • Duti Setem: RM5 untuk setiap RM1,000 daripada jumlah pembiayaan
  • Tambahan perlindungan Insurans/Takaful

Maklumat lanjut


Pakej Safa & Pakej Marwa

Klik disini bagi Kadar Potongan Gaji Majikan

Klik disini bagi Kadar Pembayaran Melalui Variable Standing Instruction (VSI)

Pakej Safa

Klik disini bagi Pembayaran Melalui Variable Standing Instruction (VSI) bagi Akaun Gaji dengan Bank lain


Klik untuk maklumat produk pembiayaan peribadi-i bagi Haji & Umrah (Bahasa Malaysia | English).


Blessings All Around You This 2026!


Explore how Maybank helps turn your everyday choices into meaningful festive outcomes. Maximise your blessings with exciting prizes, wealth-building offers, SME business solutions, prosperous saving plans and more!

Terms & Conditions Apply.


Find out More