Biometric authentication is an extra layer of security to verify your identity. You can use your device’s Face ID/Facial Recognition or Fingerprint.
What types of biometric authentication can I use to approve transactions?
The MAE app supports the biometric authentication methods enabled on your device, such as Face ID/Facial Recognition or Fingerprint.
I am not able to use biometric authentication right now. How do I approve my transaction?
You can use your MAE app PIN instead when prompted.
What is MAE app PIN?
The MAE app PIN is the 6-digit PIN you created when setting up your MAE app.
Why do I need to use biometric authentication to approve my transaction?
It helps keep your account safe and prevents unauthorised transactions.
Why is the keypad of the MAE app PIN randomised?
The numbers are randomised for security purposes. This makes it harder for fraudsters to guess your PIN and prevents them from approving transactions remotely.
How do I enable biometric authentication for my MAE app?
You can go to Settings > Security > Input password > App biometric login.
Does Maybank store my biometric data?
No. Your biometric data always remains on your device and is never shared with Maybank.
I have forgotten my MAE app PIN. How do I reset it?
Go to ‘Settings’ on the MAE app.
Tap ‘Security’.
Enter your M2U login password.
Select ‘Change App PIN’.
Tap ‘Forgot PIN’.
Select your verification method:
‘Verify using MyKad/Passport’ - Scan your ID (MyKad/Passport) and take a self-portrait photo within the app to complete the security verification.
‘Verify using temporary M2U PIN’ - Visit any Maybank ATM to create a temporary M2U PIN, then enter it in the MAE app within 48 hours to proceed with the security verification.
Create a new MAE app PIN, approve it via Secure2u and you’re done.
Soalan Lazim
Apakah itu Pengesahan Biometrik Secure2u?
Pengesahan biometrik ialah lapisan keselamatan tambahan untuk mengesahkan identiti anda. Anda boleh menggunakan Face ID/Pengecaman Wajah atau cap jari pada peranti anda.
Apakah jenis pengesahan biometrik yang boleh saya gunakan untuk meluluskan transaksi?
Aplikasi MAE menyokong kaedah pengesahan biometrik yang diaktifkan pada peranti anda, seperti Face ID/Pengecaman Wajah atau cap jari.
Saya tidak dapat menggunakan pengesahan biometrik sekarang. Bagaimana cara saya meluluskan transaksi?
Anda boleh menggunakan PIN aplikasi MAE anda apabila diminta.
Apakah itu PIN aplikasi MAE?
PIN aplikasi MAE ialah PIN 6 digit yang anda cipta semasa menetapkan aplikasi MAE.
Mengapa saya perlu menggunakan pengesahan biometrik untuk meluluskan transaksi?
Ia membantu melindungi akaun anda dan mencegah transaksi tanpa kebenaran.
Mengapa pad kekunci PIN aplikasi MAE di susun secara rawak?
Nombor pada pad kekunci disusun secara rawak untuk tujuan keselamatan. Ini menyukarkan penipu meneka PIN anda dan menghalang mereka daripada meluluskan transaksi dari jauh.
Bagaimana cara mengaktifkan pengesahan biometrik untuk aplikasi MAE saya?
Anda boleh pergi ke Settings > Security > Input password > App biometric login.
Adakah Maybank menyimpan data biometrik saya?
Tidak. Data biometrik anda kekal pada peranti anda dan tidak pernah dikongsi dengan Maybank.
Saya terlupa PIN aplikasi MAE. Bagaimana cara menetapkannya semula?
Pergi ke “Settings” di aplikasi MAE.
Tekan “Security”.
Masukkan kata laluan log masuk M2U anda.
Pilih “Change App PIN”.
Tekan “Forgot PIN”.
Pilih kaedah pengesahan anda:
a. Sahkan menggunakan MyKad/Pasport – Imbas ID anda (MyKad/Pasport) dan ambil swafoto dalam aplikasi untuk melengkapkan pengesahan keselamatan.
b. Sahkan menggunakan PIN sementara M2U – Kunjungi mana-mana ATM Maybank untuk mencipta PIN sementara M2U, kemudian masukkan PIN tersebut dalam aplikasi MAE dalam tempoh 48 jam untuk meneruskan pengesahan keselamatan.
Cipta PIN aplikasi MAE baharu, sahkannya melalui Secure2u dan selesai.