Secure2u pada MAE kini merupakan satu-satunya kaedah untuk meluluskan transaksi MAE/M2U
Pelanggan Yang Dihormati,
Harap maklum bahawa pengesahan bagi Secure2u telah dipindahkan sepenuhnya ke aplikasi MAE. Anda tidak akan dapat meluluskan transaksi pada melalui aplikasi M2U MY. Terima kasih atas kerjasama tuan/puan dalam memuat-turun aplikasi MAE dan mengaktifkan Secure2u melalui aplikasi MAE.
Secure2u pada MAE diperlukan untuk meluluskan transaksi berikut:
- Laman web/aplikasi M2U
- Aplikasi MAE
Untuk meneruskan urusan perbankan atas talian tanpa sebarang gangguan, sila muat turun aplikasi MAE dan aktifkan Secure2u.
Cara mengaktifkan Secure2u pada MAE
Langkah 1: Lancarkan aplikasi dan tekan pada 'Secure2u' di bawah Quick Actions
Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’
Langkah 3: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan ikut arahan pada skrin
Sila ambil perhatian bahawa tempoh pengaktifan minima 12 jam akan berkuat kuasa apabila anda:
- Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama; atau
- Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain
Cara menggunakan Secure2u
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi
Langkah 2: Anda akan menerima push notification Secure2u melalui aplikasi MAE pada peranti anda yang berdaftar
Langkah 3: Tekan push notification untuk meluluskan atau menolak transaksi tanpa perlu log masuk
Soalan Lazim (FAQ)
Mengapa saya perlu menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi dan bukannya TAC?
- Secure2u pada MAE menggantikan SMS TAC untuk menghalang scammers daripada mencuri SMS TAC anda melalui aplikasi palsu. Secure2u hanya terikat kepada satu peranti pada satu-satu masa. Ini memberikan perlindungan tambahan untuk akaun bank anda.
Mengapa saya perlu menunggu minima 12 jam sebelum menggunakan Secure2u pada aplikasi MAE selepas mengaktifkannya?
- Tempoh pengaktifan minima 12 jam diperlukan bagi melindungi akaun anda, kerana ia membolehkan anda mengesan dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan jika Secure2u diaktifkan tanpa pengetahuan anda. Ini kerana Secure2u hanya terikat kepada satu peranti pada satu-satu masa. Tempoh pengaktifan minima 12 jam hanya berkuat kuasa pada pengaktifan di aplikasi MAE buat kali pertama atau pengaktifan pada peranti lain.
Mengapa saya perlu memastikan sistem pengendalian (OS) saya sentiasa dikemas kini?
- OS terkini (Android 9/ iOS 13 dan ke atas) memastikan aplikasi MAE pada peranti anda dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini. Ini membantu meningkatkan lagi tahap keselamatan perbankan dalam talian anda.
Untuk Soalan Lazim (FAQ) yang lebih komprehensif, klik di sini.
Terima kasih.