Back

Pengumuman Penting: Pembaharuan Had Transaksi Harian untuk Perbankan Atas Talian Melalui Maybank2u

Klik di sini, untuk Bahasa Inggeris.

Pelanggan Yang Dihormati,

Bermula 18 Jun 2022, had transaksi harian bagi semua pemegang akaun perseorangan (individual account) dan pemegang akaun pemilikan tunggal (sole-proprietor account) akan ditingkatkan bagi memudahkan urusan perbankan anda melalui Maybank2u. Perubahan had transaksi adalah seperti jadual berikut, terhad bagi transaksi melalui laman web M2U, aplikasi M2U MY dan aplikasi MAE sahaja.

Harap maklum bahawa perubahan had transaksi baharu bukan automatik. Untuk menyemak atau menukar had transaksi anda, log masuk ke laman web Maybank2u, klik 'Setting' dan pilih 'Pay & Transfer'. Penetapan ini memerlukan kebenaran TAC melalui SMS sebagai pengesahan. Oleh itu, anda diingatkan untuk TIDAK berkongsi nombor TAC, nama pengguna log masuk dan kata laluan atau butiran perbankan lain dengan sesiapa sahaja.

Jenis Akaun

Jenis Transaksi

Had Harian Semasa

Had Harian Baharu

Pemilikan Tunggal (Business - Sole proprietor)

3rd Party

RM30,000

RM100,000

Interbank GIRO (IBG) and DuitNow Transfer (to account) - previously known as Instant Transfer (IBFT)

RM30,000

RM100,000 (had transaksi gabungan antara IBG, DuitNow  Transfer (to account) dan DuitNow)

DuitNow

RM50,000

Perseorangan (Individual)

Interbank GIRO (IBG) and DuitNow Transfer (to account) - previously known as Instant Transfer (IBFT)

RM30,000

RM50,000* (had transaksi gabungan antara IBG, DuitNow Transfer (to account) dan DuitNow)

DuitNow

RM50,000

*Pemegang akaun mempunyai fleksibiliti untuk menikmati had transaksi yang lebih tinggi bergantung kepada jumlah aset yang dilaburkan.

Terima kasih.